18/04/2026
Masyaallahh..
Terimakasih orang baiikkk
Bayangkan seorang pakcik Cina yang terpaksa berdiri seorang diri di tepi jalan pada jam 1 pagi, motosikal rosak, duit p**a tak cukup.
Dalam keadaan penat, takut dan buntu, dia cuma berharap ada seseorang yang sudi datang.
Dan malam itu, seorang pomen Melayu datang membantunya.
Bukan sahaja sanggup keluar lewat malam, tetapi selepas melihat keadaan pakcik tersebut yang hanya tinggal sedikit wang dalam dompet, dia terus membuat keputusan untuk tidak mengambil satu sen pun bayaran.
RM145 itu mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang.