Perkeso Sri Aman

Perkeso Sri Aman Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perkeso Sri Aman, Lot 647 Sublot 4 Jalan Paya, Sri Aman.

24/12/2025
24/12/2025

๐€๐ข๐ซ ๐Œ๐š๐ญ๐š ๐๐ข ๐’๐ฎ๐›๐ฎ๐ก ๐†๐ž๐ฅ๐š๐ฉ

Rutin biasa pada waktu pagi bertukar hari paling kelam apabila seorang pengawal keselamatan berusia 33 tahun maut dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya. Anak muda berumur 33 tahun yang menjadi antara harapan keluarga ini pergi sebelum sempat menjalankan tugasnya.

Kejadian tragis di Jalan Long Boh, Arau ini ibarat โ€˜Berangkat Mencari Rezeki, Kembali Dalam Damai Ilahiโ€™, sekali gus meninggalkan kesan yang membekas buat keluarga ayah dan ibunya. Dalam kedukaan, hadir sedikit sinar apabila semakan Skuad PERKESO Prihatin Perlis mendapati arwah mencarum melalui majikan Kawal Wiramas Sdn Bhd di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Hasil siasatan mendapati arwah meninggal disebabkan bencana kerja dan waris layak menerima Faedah Orang Tanggungan serta Faedah Pengurusan Jenazah daripada PERKESO. Meskipun pemergiannya tiada galang ganti, faedah caruman arwah seakan penyambung amanah untuk mengiringi perjalanan hidup ibu dan ayahnya.

Terima kasih kepada Pegawai Kerja Kawal Wiramas Sdn Bhd Cawangan Perlis, Encik Muhammad Syukur Bin Hamdan bersama Pengarah PERKESO Perlis, En. Ahmad Firdaus Hashim atas penyerahan baucar bayaran faedah di kediaman waris baru-baru ini. Turut hadir, Pegawai Sinergi PERKESO Perlis, En. Fais Syamir.

Takziah buat keluarga arwah dan semoga Allah menempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan dikasihi. Al-Fatihah





23/12/2025
15/12/2025

RUU SIP 2025 bakal ubah cara rakyat Malaysia bina kerjaya!

Itulah fokus utama RUU Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2025, yang bukan hanya membantu ketika kehilangan kerja tetapi turut memperluas perkhidmatan pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.

Melalui pelaksanaan Program Pasaran Buruh Aktif (ALMP):
โœ… Latihan ditambah baik
โœ… Akses temuduga dipermudah
โœ… e-Resume diperkuatkan
โœ… Kebolehpasaran rakyat Malaysia dipertingkatkan

Ini adalah reformasi pasaran buruh demi pelaburan masa depan negara.

Lebih banyak peluang. Lebih ramai bersaing secara sihat. Lebih kukuh ekonomi kita.

RUU SIP 2025
Peluang Kerja, Kesejahteraan Bersama

02/12/2025
02/12/2025

Nak tahu 3 cara rider jadi lebih selamat? Nombor 3 paling ramai lupa!

Rider bijak buat 3 benda wajib:

1๏ธโƒฃ Pakai helmet SIRIM โ€” bukan sekadar cantik, tapi selamat.
2๏ธโƒฃ Ikut peraturan jalan raya โ€” nyawa tak ada ganti.
3๏ธโƒฃ Daftar & mencarum LINDUNG KENDIRI โ€” untuk bantu bila perlu.

Keselamatan bukan gaya.
Keselamatan ialah keputusan.

01/12/2025

Setiap hari, jutaan pekerja melangkah keluar dari rumah dengan satu harapan agar mereka pulang semula dengan selamat.

Tetapi kehidupan sering tidak dapat diduga. Kemalangan boleh berlaku di jalan raya, di rumah, malah ketika kita sedang melakukan rutin harian.

Dengan Skim Keselamatan Sosial Bukan Bencana Kerja, perlindungan tidak berhenti apabila waktu bekerja tamat. Ia mengikuti anda ke mana sahaja ketika memandu pulang, bersenam di lepas waktu kerja atau pulang ke kampung halaman selepas kerja selesai.

Kerana keselamatan anda bukan sekadar keutamaan di tempat kerja, tetapi juga di setiap detik kehidupan.

/7

Address

Lot 647 Sublot 4 Jalan Paya
Sri Aman
95000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6083322660

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkeso Sri Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Perkeso Sri Aman:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram