D'Eden Care Perkhidmatan Jururawat Ke Rumah/Hospital

D'Eden Care Perkhidmatan Jururawat Ke Rumah/Hospital Perkhidmatan jururawat di rumah/hospital untuk yang tersayang

Good News!! We are looking for a Home Care Staff Nurse/ Caregiver to be placed at our client's house and hospital in KL ...
23/11/2023

Good News!! We are looking for a Home Care Staff Nurse/ Caregiver to be placed at our client's house and hospital in KL and Selangor!

Malaysian Only and Must Have Valid APC!

BENEFITS PACKAGE

✅ Good basic salary based on experience
✅ EPF/ SOCSO
✅ Annual Bonus
✅ Overtime Payment
✅ Allowance
✅ Nearby to the public transport
and other hospital benefits!

With/without experience in Nursing. Salaries are based on experience and can be discussed.

Please read the requirements in the posts before applying for a job.

Directly contact me through this,
https://wasap.my/+60175208806/Staff+Nurse
https://wasap.my/+60175208806/Staff+Nurse
https://wasap.my/+60175208806/Staff+Nurse

18/07/2023
03/02/2017

Stevia adalah pemanis bukan gula yang digunakan dalam makanan dan industri pembuatan makanan dan minuman. Pilihan menggunakan stevia juga dibuat oleh pesakit diabetes dan orang-orang yang mahu mengehadkan gula dan kalori dalam diet mereka.

31/01/2017

[PART TIME]

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Home Care USM PPSK Pulau Pinang memerlukan 1 staff untuk jagaan pesakit bertempat Jalan Murai, Taman Kit Seong, Nibong Tebal.

Berminat whatsapp 013-4824304 (En Najwan)😊

12/01/2017

How Do Hospitals Dispose Of Dead Bodies Discreetly?
17/12/2016

How Do Hospitals Dispose Of Dead Bodies Discreetly?

People seldom die at the hospital, but when it happens the staff need a way to make the transition without causing a stir.

Pesanan ikhlas daripada Pakar Perubatan Keluarga.
12/12/2016

Pesanan ikhlas daripada Pakar Perubatan Keluarga.

* ?*

Seorang doktor senior kami pernah mencabar agar Pakar Perubatan Keluarga buat KPI kawalan DM (Kencing Manis) >80%. Indikatornya paras HbA1c kurang dari 6.5%. Kami agak cuak dan menggerutu juga dengan cadangan KPI ini. Tetapi telan ajelah. Setuju untuk tidak setuju. Selama ni nak dapat lepaskan 30% pun ssakit tayar.

Alasan valid yang diberikan adalah beliau sendiri yang sebelum ini HbA1c tinggi. Setelah beliau mengamalkan pemakanan ketat, kehidupan sihat dan ubat yang teratur, HbA1c berjaya diturunkan dalam tempoh 3 bulan. Bangga beliau kerana berjaya berbuat demikian.
"Apa kiranya para pesakit yang mendapat rawatan pakar di klinik kesihatan juga seperti saya?"
"Jika saya dapat buat tanpa jumpa pakar pun boleh control, kenapa pesakit tidak boleh? Sedangkan sudah dibawah seliaan pakar?"
"(Awak tu doktor, senanglah nak kawal. Cuba mari klinik ni. Ambik dua tiga sesi kaunseling pesakit DM. Baru tahu denyut nadi sebenar seorang doktor dilapangan)" Cakap ku dalam hati.

⚪⚪⚪
Anda mungkin pernah terbaca satu artikel dari jurnal Diabetic Care yang meletakkan tagline mereka "Kencing Manis sembuh dengan penjagaan makanan kalori rendah". Mereka menamakan "Crash Diet" untuk DM jenis 2. Kajian tersebut dibuat oleh para pengkaji dari Universiti Newcastle, Universiti Glasgow, dan Universiti Lagos.[1] Cuba bayangkan bahawa semua sampel kajian diberi makan burger sebiji sekali sehari. Jika dalam negara kita disamakan dengan 2 keping roti canai sehari. Itu sahaja. Haramkan teh tarik, biskut dan apa sahaja tambahan lain. Boleh bayangkan juga bagaimana memek muka pesakit kita apabila nasihat sedemikan diberikan? Mungkin ada doktor yang kena tampar....kerana menyekat hak asasi pemakanan mereka. Suasana pesakit kita berbeza...

Malangnya juga kajian tersebut dibuat kepada sampel kajian 30 orang sahaja, dan mendapati kejayaan menurunkan kandungan gula dalam darah selama tempoh 6 bulan seramai 12 orang (40%). Memanglah jika ditukar dalam bentuk peratus, 40% itu sudah amat memberangsangkan. Tetapi kaedah pengsampelan kajian dan penelitian analisa data agak kasar. Tidak boleh disamaratakan (generalisation) kepada masyarakat umum seluruh dunia. Sampel yang lebih besar amat perlu dalam kajian yang menakjubkan seperti ini.

Kami yang sudah bertahun lamanya di klinik-klinik kesihatan saban hari memberikan pelan perawatan yang terbaik kepada pesakit. Bukan sahaja lebih 250 pakar perubatan keluarga seluruh negara berkhidmat dalam sektor ini, tetapi dibantu p**a oleh paramedik yang belajar khusus bab pendidikan pesakit (diabetic educator). Begitu juga nilai tambah yang diberikan oleh ahli farmasi, terus-menerus memberikan kekuatan kefahaman kepada pesakit akan peri pentingnya penjagaan penyakit mereka. Semuanya mendambakan komitmen dan ketekunan dalam merawat pesakit secara holistik. Selain nasihat supaya kekal gaya hidup sihat, kurangkan stres, kurang berat badan, patuh dengan ubatan yang dibekalkan, pesakit sekali sekala diberi insentif tertentu semasa sambutan hari DM sedunia. KKM tidak terlepas setiap tahun merayakan hari tersebut. Sarat dengan program setempat demi memberi motivasi kepada mereka.

⚪⚪⚪
Pesakit seolah-olah sudah menjadi saudara mara kita. Cara pergaulan dan percakapan sudah mencapai tahap adik beradik. Cuit dan gurauan pun begitu, sudah masak dan faham celoteh doktor yang merawat mereka. Jika sesekali kita bertegas atau marah bukan bermakna kita benci. Tetapi tandanya kasih dan sayang. Moto KKM pun ada menyebut "Penyayang, Profesionalism dan Kerja Berpasukan adalah Budaya kerja Kita." Adalah normal bagi kita melepaskan "geram" kepada "saudara/pesakit" kita yang tidak langsung menghiraukan nasihat yang diberikan sepanjang bertahun kita merawat. Lagi "geram" jika dia p**angkan balik selori pen insulin yang beribu harga setelah luput tarikh. "Geram" marah ini juga tanda sayang. Sayang kepada beliau yang masih tidak masuk minda segala pendidikan kesihatan yang diberikan. Sayang juga kepada ubat yang telah dibazirkan bertahun lamanya. Jika sedari awal diberitahu dia tak guna, senang.....kita akan gunakan alternatif lain demi merawat. Hakikatnya adalah kesihatan dan kesejahteraan pesakit itu diutamakan.

Tambah "geram" sayang lagi, jika doktor senior kata kita "kufur nikmat" kerana tiada perasaan terhadap pesakit itu......alahai

Maafkan daku....

Rujuk
[1] Kajian makan kalori rendah 600- 700 cal sehari. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/behindtheheadlines/news/2016-03-22-could-a-very-low-calorie-diet-cure-type-2-diabetes/

Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga


fb.com/drsuhazeli

11.12.2016
Ketengah Jaya

Nak kurangkan berat badan?? Tengok ni...
27/11/2016

Nak kurangkan berat badan?? Tengok ni...

Adding this step to your daily routine will help you shed the pounds.

17/11/2016

Healthcare Staff Are People Like You And Me..

08/11/2016




Panadol (paracetamol/acetaminophen) dikatakan toksik pada badan adalah TIDAK BENAR. Panadol bukan ubat toksik pada badan jika ikut dose yg betul seperti disarankan oleh doktor atau pengeluar Panadol.

Dose yang disarankan adalah:
1. Tab paracetamol 1g bersamaan dengan 2 biji (500mg satu biji) setiap 6-8 jam sekali (maksima 4g sehari) untuk orang dewasa.

2. Untuk kanak2 sirap paracetamol adalah 15mg per kg dalam 6-8 jam (3-4 kali) sehari

3. Suppositories paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap 6 jam sekali (maksimum 5g sehari).

4. Paracetamol juga ada dalam bentuk intravenous (IV Perfalgan) diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari 4 jam sekali: maksimum 4g sehari)

Paracetamol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) yg paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak2, ibu2 mengandung dan tengah menyusu dan juga warga emas.

Dose toksik panadol (overdose) pada hati sebenarnya adalah >10g (20 biji) atau 200mg/kg. Yang ni memang skali nyawa kita jalan kerana kerosakan hati. Hanya beberapa perkara perlu berhati-hati jika anda adalah G6PD deficiency (possible risk of hemolysis), pesakit buah pinggang dan hati dan alahan pada paracetamol.

Panadol tinggal dlm tubuh selama 5 tahun adalah MITOS. Panadol hanya dalam badan selama 4-6 jam sahaja kemudian akan dikumuhkan.

Saya hanya menjawab satu artikel seperti dibawah yang banyak disebarkan dan circulate di media social khususnya di whatsapp. Ia akan membuatkan masyarakat jadi panik dan tidak mahu makan ubat. Saya sendiri berpengalaman jumpa pesakit yang kata pandol bahaya dan tak mahu mengambilnya setelah diberikan. Datang sakit demam jadi susah kami para doktor nak merawat.

Semoga tulisan pendek saya memberi sedikit info yang bermanfaat untuk semua.

Dr Ahmad Zakimi Abdullah

03/11/2016

"7 Aspek Gaya Hidup Sihat"

Anda boleh lah cuba.. 😊😊

[LOCUM]Assalamualaikum dan salam sejahtera..Home Care USM PPSK Pulau Pinang memerlukan 2 orang staff untuk jaga pesakit ...
30/10/2016

[LOCUM]

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Home Care USM PPSK Pulau Pinang memerlukan 2 orang staff untuk jaga pesakit dekat Kulim, Kedah.

Berminat?? Whatsapp 013-4824304 (En Najwan) untuk maklumat lanjut..

Assalamualaikum dan salam sejahtrera.[JURURAWAT]Kepada yang berkenaan, sesiapa yang duduk berdekatan Seberang Jaya, Pula...
15/10/2016

Assalamualaikum dan salam sejahtrera.

[JURURAWAT]

Kepada yang berkenaan, sesiapa yang duduk berdekatan Seberang Jaya, Pulau Pinang esok (16 Oktober 2016) untuk penjagaan pesakit di bawah Homecare USM PPSK Pulau Pinang, boleh hubungi 013-4824304 (En. Najwan) dengan kadar segera. Terima kasih.

Ketahui Rotavirus - Cara penularan, rawatan serta pencegahan daripada dijangkiti.
12/10/2016

Ketahui Rotavirus - Cara penularan, rawatan serta pencegahan daripada dijangkiti.

Ketahui Rotavirus - Cara penularan, rawatan serta pencegahan daripada dijangkiti.

06/10/2016

DATUK PROF. DR. ASMA ISMAIL NAIB CANSELOR USM KE-7

06/10/2016

Penyampaian yang bermanfaat daripada YB Khairy Jamaluddin.

Address

Subang Jaya
47640

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Eden Care Perkhidmatan Jururawat Ke Rumah/Hospital posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to D'Eden Care Perkhidmatan Jururawat Ke Rumah/Hospital:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram