08/11/2022
Saya bukanlah orang Perak.
Tapi bila sebut pasal rendang, dalam banyak² versi di Malaysia ni, Rendang Tok Asli Negeri Perak juga yang menambat selera tekak saya 😋
Teksturnya yang kering² tak berkuah, pedas² rempah dan cili, harum sangat. Masak sampai kering gelap atas dapur berjam² perlukan kesabaran.
Kali ni saya buat daging 1 kilo setengah campur limpa 1 kilo.
Saya belajar resepi ni dengan orang Perak juga.
Semua bahan² rencah dikisar kering.
Saya halalkan resepi ni untuk yang s**a mencuba ♥️
Resepi Rendang Tok Asli
Bahan² hiris :
10 biji bawang rose dihiris halus
1-2 labu bawang putih dihiris halus
4 inci halia dihiris halus
Bahan² kisar :
2 genggam cili kering pedas @ kurang pedas
- dicuci, direbus, nak buang biji pun terpulang ya.
- disangai dalam kuali sampai kering
- blend kering TANPA AIR
2 ketul lengkuas
5 batang serai
- dikisar kasar dgn air, lepas tu diperah buang airnya. kita guna hampas sahaja ya
1 senduk biji ketumbar
(jintan manis & jintan putih optional ya. boleh letak kalau s**a)
- disangai dan dikisar kering
Bahan² utama lain:
1 1/2 kg daging pejal biasa yg ada lemak sikit² (bukan batang pinang. kita nak flavour dari lemak² daging juga)
900 gm limpa
- daging & limpa ni kita lakukan proses ‘mati air’ dulu sampai airnya kering.
- maksudnya rebus dalam periuk TANPA AIR. masak biar air daging tu keluar sendiri, sampailah air tu kering semua.
2 kg santan asli pekat
2 keping besar gula nisan (kalau guna gula melaka, boleh kurangkan sikit)
2 senduk kerisik
daun kunyit hiris
Cara masak :
1. Reneh santan atas kuali sambil kacau dalam 10 minit. Api sederhana je.
2. Masukkan bahan² hiris.
3. Masukkan cili kering yg dikisar kering² tadi.
4. Masak sampai terbit minyak sikit.
5. Masukkan daging & limpa.
6. Masukkan bahan² kisar yang lain.
7. Masak sampai pecah minyak.
8. Masukkan kerisik dan gula nisan.
9. Masukkan perisa & garam.
10. Tabur daun kunyit. Masak sampai kering. Kacau selalu. Proses ni dalam 2-3 jam juga. Bergantung pada kuantiti daging.
**Kalau daging belum empuk, air boleh tambah jika perlu saja ya. sebab resepi ni kalau boleh kita nak kurangkan air.
Selamat mencuba 😊
Kredit:Izani shadila