04/02/2026
Sangka Panas ☀️Sampai ke Petang,
Rupanya Hujan ☔️ di Tengah Hari
————————————————————
3 minggu lepas, saya ada peluang berjumpa dengan seorang ‘kawan’, panggil saja dia Kak Lin.
Kak Lin merupakan seorang ibu tunggal dan bekerja sebagai Senior Manager di sebuah syarikat MNC. Gaji dah sangat selesa, anak-anak 3 orang pun dah besar, 2 masih bersekolah di sekolah swasta, dan seorang dah fly menyambung pelajaran di luar negara. Paling dia tenang, syarikat dia sediakan Employee Medical Benefits yang 'limitless'.
Nak masuk hospital mana pun, tiada masalah.
Last berjumpa waktu mula saya menceburi bidang takaful, dia pernah cakap pada saya, 'Yati, akak rasa tak payah la tambah plan sakit kritikal ni. Company akak dah cover semua. Bazir saja bayar bulan-bulan.' Tapi waktu tu saya masih baru, saya senyum saja.. dan anggap ia rejection biasa. Almaklum lah.. masih baru dan tidak mahu memaksa.
Kali ni bila berjumpa, Kak Lin tetap kata plan sakit kritikal ini tidak perlu kerana syarikat tempat kerja nya dah sediakan segala-galanya untuk perubatan.
Kali ni saya senyum dan bertanya Kak Lin satu soalan 👇🏾
'Akak, kalau akak kena rehat setahun sebab sakit jantung, company bayar bil hospital tak?'
Kak Lin jawab, 'Mestilah bayar!'
Saya tanya lagi
'Kalau dalam setahun tu Kak Lin tak boleh masuk office, company masih bayar gaji penuh, bonus, dan elaun kereta macam biasa ke?'
Masa tu Kak Lin terdiam. 😶
Ini realiti yang ramai pekerja korporat terlepas pandang:
1. Medical Card bayar hospital, bukan bayar belanja dapur atau bil-bil semasa. Bila kita sakit kritikal (kanser, strok, jantung), kita perlukan masa untuk recover. Masa tu, kita mungkin terpaksa ambil cuti tanpa gaji.
2. Siapa nak bayar ansuran rumah RM3k sebulan? Siapa nak bayar yuran sekolah anak? Medical card company/individu tak bagi kita cash untuk beli susu dan pampers.
3. Harta syarikat bukan harta kita. Kalau kita dah tak mampu bekerja, syarikat terpaksa cari pengganti. Bila kita 'exit', medical card tu pun 'exit' sekali. Masa tu, nak apply insurans sendiri dah terlambat sebab rekod kesihatan dah ada 'kecacatan'.
Selepas 15 minit kami kira-kira, Kak Lin sedar. Dia bukan perlukan Medical Card baru. Dia perlukan 'Income Protection' (Pelan Perlindungan Gaji Atau Pelan Perlindungan Sakit Kritikal).
Satu pelan yang akan bagi dia CASH RM300,000 terus masuk ke akaun bank Kak Lin kalau doktor sahkan dia sakit. Duit tu lah yang akan jaga keluarga Kak Lin sementara dia kembali pulih dan sihat.
Sekarang Kak Lin dah boleh tidur lena. Tak kira dia kerja di situ atau tidak, dia tahu dia dah ada ‘payung' yang akan membantu melindungi keluarga dan simpanan sedia ada.
Sahabat semua,
Adakah anda juga 'menumpang' payung syarikat sekarang? Kalau payung tu kena ambil balik esok pagi, adakah keluarga anda akan basah kuyup?
Jom kita sembang santai. Saya bantu anda 'audit' manfaat syarikat anda dan tengok di mana lubang yang perlu kita tampal sebelum hujan turun.
Klik link whats app di bawah atau komen 'DM', nanti saya hubungi anda semula.
https://wa.me/60126494700
https://wa.me/60126494700