Eskayvie 2u

Eskayvie 2u 100% Bahan semulajadi, bebas steroid, halal & ada kelulusan KKM

CERITA AKU YANG HILANG (PART 2) Setiap hari sama.Aku berfikir, dan akhirnya tertidur… lelah fizikal dan mental.Dengan ha...
28/02/2026

CERITA AKU YANG HILANG (PART 2)

Setiap hari sama.
Aku berfikir, dan akhirnya tertidur… lelah fizikal dan mental.
Dengan harapan, esok aku bangun semua akan baik-baik saja.

Pagi datang lagi.
Aku bangun dengan jiwa yang separuh, berharap hari ini lebih tenang.

Tapi… sangkaanku meleset.

Belum pun menginjak waktu dhuha, semuanya kembali berantakan.

Anak-anak bergaduh sana-sini.
Yang bayi menangis, menuntut perhatian.
Yang seorang lagi sibuk sepahkan rumah.
Huru-hara ini terasa sampai ke tulang.

Aku menjerit

Tapi suara jeritan aku sendiri tenggelam dalam tangisan dan gelak anak-anak yang bercampur-campur.

Aku cuba tarik nafas, cuba kawal diri… tapi segalanya semakin menekan.

Satu mainan terjatuh, air tumpah di lantai, buku berselerak…

Dan sesuatu dalam diriku pecah.
Aku menjerit lagi.
Aku menterbalikkan perabot.
Aku membaling apa saja yang ada di tangan.
Aku marah… hilang kawalan.

Segala penat, kecewa, dan luka hati tercurah tanpa rasa simpati pada dunia sekeliling.

Anak-anak menjerit lebih kuat, berlari ke sana sini, semakin mencampakkan aku ke dalam kegelapan emosi sendiri.
Aku hampir tidak mengenal diri sendiri.

Tiba-tiba… pintu rumah terbuka.
Suami pulang lebih awal.

Aku tidak sedar tanganku memegang sesuatu.
Sesuatu yang boleh saja mengenai dia.
Aku baling dan hampir kene padanya.

Segera, aku terhenti, dada berdebar kencang…
Realiti kembali menghantui aku.
Aku tersentak… tersedar dari kengerian yang aku ciptakan sendiri.

Aku tahu… aku tidak boleh terus macam ini.
Aku perlu cari jalan… sebelum semuanya menjadi lebih parah.



𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗔𝗞𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 (𝗣𝗔𝗥𝗧 𝟭)Pernah aku rasa nak tinggalkan semuanya.Bukan tinggalkan rumah.Bukan tinggalkan anak-anak...
27/02/2026

𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗔𝗞𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 (𝗣𝗔𝗥𝗧 𝟭)

Pernah aku rasa nak tinggalkan semuanya.

Bukan tinggalkan rumah.
Bukan tinggalkan anak-anak.
Tapi tinggalkan diri aku yang sekarang…
yang aku sendiri tak kenal.

Sejak lahirnya anak ketiga, hidup aku berubah.

Bukan sekadar rutin yang bertambah sibuk.
Tapi jiwa aku… seperti perlahan-lahan hilang.

Dulu aku periang.

Aku yang paling kuat gelak dalam rumah.
Aku yang paling lembut pujuk anak.
Aku yang paling manja dengan suami.

Sekarang?
Aku cepat marah.
Cepat terasa.
Cepat penat.

Anak menangis sedikit, dada aku berdebar.
Rumah bersepah sedikit, kepala aku serabut.
Suami tanya soalan biasa pun, aku rasa seperti diserang.

Malam-malam, bila semua dah tidur…
Aku duduk seorang diri dalam gelap.

Dan untuk pertama kali dalam hidup aku,
Aku bisik perlahan…

“Aku tak okay.”

Air mata jatuh tanpa bunyi.
Aku rasa bersalah.

Macam ibu yang tak pandai bersyukur.

Tapi jauh dalam hati…
Aku tahu ini bukan sekadar penat biasa.

Ini lebih dalam.
Lebih sunyi.
Lebih menakutkan.

Dan aku simpan semuanya sendiri.
Sampailah satu hari…

Badan aku sendiri mula “memberontak”.



“Doa Untuk Esok Yang Tenang”Ya Allah…Malam ini aku penat,bukan pada tubuh,tapi pada hati yang kadang tak mampu lagi mena...
27/02/2026

“Doa Untuk Esok Yang Tenang”

Ya Allah…
Malam ini aku penat,
bukan pada tubuh,
tapi pada hati yang kadang tak mampu lagi menahan rasa.

Esok bila aku bangun,
aku tak mahu marah-marah,
tak mahu suara tinggi mengalahkan sabar,
tak mahu emosi menguasai akal.

Ya Allah…
bangunkan aku dengan jiwa yang lembut,
dengan hati yang lapang seluas langit pagi,
dengan senyum yang lahir bukan dibuat-buat,
tapi dari tenang yang Kau titipkan.

Jika ada kata yang menyakitkan,
jadikan aku kuat untuk diam.
Jika ada ujian yang datang,
jadikan aku matang untuk menghadapi, bukan melarikan diri.

Aku tak mahu hidup dalam stress yang tak berpenghujung,
aku tak mahu hari-hari berlalu tanpa rasa syukur.
Aku cuma mahu bahagia…
bahagia yang sederhana,
yang cukup dengan redha-Mu.

Ya Allah…
ajar aku kawal marah sebelum ia membakar,
ajar aku peluk sabar sebelum ia hilang,
ajar aku percaya bahawa setiap yang berlaku
adalah cara-Mu mendidik aku jadi lebih kuat.

Esok…
biarlah aku bangun sebagai versi diriku yang lebih tenang,
lebih matang,
lebih bersyukur.

Dan jika aku lupa,
ingatkan aku bahawa bahagia itu
datangnya dari hati yang dekat dengan-Mu.

Aamiin. 🤍

19/05/2025

Happy 16th Anniversary, Eskayvie.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Today, we celebrate 16 years of unwavering commitment. And truthfully, it has been anything but easy. This journey was never a walk in the park.

Behind the name Eskayvie lies a story of faith, sacrifices, perseverance and a mission far greater than just building a brand.

Syukur kerana selama 16 tahun ini, kami masih diberi ruang dan peluang untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Still standing. Still serving. Still striving with heart and purpose.

Our vision has always been crystal clear, to empower the health and economy of the ummah. Dan hari ini, saya memanjatkan doa, semoga Allah terus menguatkan semangat dan iltizam saya untuk meneruskan perjuangan ini.

This is more than just a career. This is my life calling.

Saya tidak melangkah sendirian. Allah hadirkan an extended family, para Intrapreneur, pejuang Eskayvie Nexus dan seluruh warga kerja yang bukan sekadar menggerakkan roda organisasi tetapi turut menyemai nilai perjuangan yang berakar hingga ke akhirat.

We carry this mission together not just for the dunya, but for the akhirah. And with every breath, every step forward, I believe the best is yet to come.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Thank you for walking this journey with us.
Thank you for being part of our story.






"Anak Fokus, Ibu Tenang - Malam Pun Boleh Belajar!"Bila anak-anak dah mula mengantuk sebelum sempat siapkan kerja sekola...
15/05/2025

"Anak Fokus, Ibu Tenang - Malam Pun Boleh Belajar!"

Bila anak-anak dah mula mengantuk sebelum sempat siapkan kerja sekolah, mak-mak pun risau.

Tapi jangan bimbang, dengan Eskayvie Mindtropic, anak lebih bertenaga, fokus dan kekal cergas walaupun waktu malam.

Lihatlah si kecil ini. Semangat buat latihan, senyum tak hilang!

Dengan bantuan pencahayaan yang cukup dan suplemen yang tepat, malam tak lagi jadi penghalang untuk terus cemerlang.

✅ Vitamin Minda No1 Di Malaysia
✅ Otak Bijak Hidup Hebat
✅ Booster Minda

Jom bantu anak lebih fokus & yakin!

Dapatkan Eskayvie Mindtropic hari ini







FLASH SALE 2 HARI YA.HARI INI DAN ESOK.
03/05/2025

FLASH SALE 2 HARI YA.

HARI INI DAN ESOK.

UNTUK ANAK 2 TAHUN KE ATAS.SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH.
01/05/2025

UNTUK ANAK 2 TAHUN KE ATAS.

SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH.

Ibu ayah! Cuba check, pernah tak lakukan mana-mana kesilapan yang kami list kan ni. Tanpa sedar, ada beberapa yang mungk...
19/02/2025

Ibu ayah! Cuba check, pernah tak lakukan mana-mana kesilapan yang kami list kan ni. Tanpa sedar, ada beberapa yang mungkin ibu ayah lakukan setiap hari yang boleh beri kesan jangka panjang kepada tumbesaran dan perkembangan minda anak-anak.

❌ Beri Anak Makanan yang Mengenyangkan Sahaja Tapi Kurang Bernutrisi
"Fries ada, burger ada.. cukuplah tu! Janji kenyang."

Hakikatnya, makanan yang mengenyangkan belum tentu memberikan nutrisi yang cukup untuk perkembangan otak dan tubuh anak.

❌ Tidak Mempelbagaikan Makanan Anak
Anak makan makanan yang sama je setiap hari. Kadang-kadang kita biarkan anak hanya makan makanan kegemaran mereka tanpa cuba perkenalkan makanan baru. Kesannya? Anak boleh mengalami kekurangan vitamin dan mineral penting untuk perkembangan otak.

❌ Menjadikan Makanan Sebagai Ganjaran atau Hukuman
Bunyi macam tak ada masalah, kan? Tapi sebenarnya, cara ini buat anak lebih memilih makanan tidak sihat. Anak akan melihat sayur sebagai hukuman dan makanan manis sebagai ganjaran, menyebabkan mereka kurang berminat dengan makanan sihat.

❌ Ada Stok Snek di Rumah
Snek seperti biskut, keropok dan coklat selalu ada di rumah kerana anak s**a? Apa yang mereka nampak, itulah yang mereka nak makan!

❌ Tidak Menunjukkan Contoh yang Baik Ketika Makan
Anak-anak belajar daripada apa yang mereka lihat, bukan apa yang mereka dengar. Jika kita sendiri selalu pilih makanan tidak sihat, anak pasti ikut.

Antara 5 kesilapan ini, mana yang paling selalu terjadi di rumah? Komen nombor 1-5!

Mana satu?



Sekolah Nak Mula Dah! Ibu Ayah Dah Ready Ke?Rasa macam baru je cuti, kan? Sekarang dah nak masuk sekolah balik! Ibu ayah...
15/02/2025

Sekolah Nak Mula Dah!
Ibu Ayah Dah Ready Ke?

Rasa macam baru je cuti, kan?
Sekarang dah nak masuk sekolah balik!

Ibu ayah, anak-anak dah bersedia ke nak belajar dengan fokus dan kekal sihat sepanjang tahun ni?

Kalau nak anak cergas, tak mudah sakit, dan lebih fokus dalam kelas, ibu ayah kena bantu dari sekarang!

✅ Mindtropic & Mindtropic Junior
– Bantu anak lebih fokus & kuat daya ingatan!

✅ Diffenz & Diffenz Junior
– Perisai imun supaya anak kekal sihat & tak selalu demam!

🔥 PROMO BACK TO SCHOOL 🔥

📌 Set A – 2 kotak Mindtropic + 1 kotak Diffenz = RM160 je!

📌 Set B – 2 kotak Mindtropic Junior + 1 kotak Diffenz Junior = RM160 je!

📅 Hanya 15-16 Feb ni je!

(LAYAK SERTAI LUCKY DRAW MENANG HADIAH)

Jangan tunggu sampai anak dah mula sekolah baru nak cari solusi!

Grab sekarang sebelum terlambat! 📲💨

Klik butang Whatsapp tu sekarang tau!!

Atau terus je klik 014-692 5140



15/02/2025

Anugerah pelajar cemerlang Eskayvie

14/02/2025
Emosi tak bagus akan kalah padaSABAR, SYUKUR & TAWAKKALTapi wanita akan kalah pada emosi apabila dia tidak peduli lagi t...
06/09/2024

Emosi tak bagus akan kalah pada

SABAR, SYUKUR & TAWAKKAL

Tapi wanita akan kalah pada emosi apabila dia tidak peduli lagi tentang sayang diri.

Sejauh mana anda wanita menyayangi diri sendiri?



Address

Sungai Petani
08600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eskayvie 2u posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Eskayvie 2u:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram