Kelab Bius Sg Petani

Kelab Bius Sg Petani Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Bius Sg Petani, Medical and health, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

26/04/2026

Sesi amali penggunaan alat pemadam api – latihan hands-on bagi meningkatkan keyakinan dan kesiapsiagaan menghadapi situasi kebakaran.

πŸ”₯ Kursus Kebakaran Jabatan Anestesiologi πŸ”₯Jabatan Anestesiologi telah berjaya menganjurkan Kursus Kebakaran yang berlang...
26/04/2026

πŸ”₯ Kursus Kebakaran Jabatan Anestesiologi πŸ”₯

Jabatan Anestesiologi telah berjaya menganjurkan Kursus Kebakaran yang berlangsung pada 17 dan 24 April bertempat di ILKKM.

Penceramah adalah terdiri daripada wakil Edgenta serta Team Fire Safety Officer (FSO), Hospital Sultan Abdul Halim, yang memberikan pendedahan penting berkaitan keselamatan kebakaran di Dewan Bedah dan ICU.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kursus ini.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan dalam persekitaran kerja kita. πŸš’πŸ”₯

✨ π™π”πŒππ€ πŒπ„π‘πˆπ€π‡ππ˜π€ π‘π€π˜π€  ✨Program Kecergasan Zumba Meriahnya Raya anjuran Jabatan Anaestesiologi & Rawatan Rapi telah ber...
15/04/2026

✨ π™π”πŒππ€ πŒπ„π‘πˆπ€π‡ππ˜π€ π‘π€π˜π€ ✨

Program Kecergasan Zumba Meriahnya Raya anjuran Jabatan Anaestesiologi & Rawatan Rapi telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini 15 April 2026 di Foyer Auditorium.

Gabungan irama muzik, gaya tarian dan aura raya benar-benar menceriakan program ini !

Selain dapat mengeratkan silaturrahim, program ini juga memberi peluang kepada semua untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam suasana yang santai dan menyeronokkan πŸ€πŸ’š

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat sama dalam menjayakan program ini πŸ™Œ
Semoga kita dapat bertemu lagi dalam program sebegini pada masa akan datang ✨




07/04/2026

𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 π€π‡π‹πˆ πŠπ„π‹π€π 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 πƒπˆππ”πŠπ€ ‼️

Jom daftarkan diri sebagai ahli Kelab Bius Sg Petani ✨

πŸ“π’€π’–π’“π’‚π’ π’‚π’‰π’π’Š 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖 π’”π’†π’ƒπ’‚π’π’šπ’‚π’Œ 𝑹𝑴20 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂 (yuran daftar RM10 + yuran tahunan RM10) πŸ˜‰

πŸ‘€ Sila hubungi JT Siti Fadzilah +60125390763 untuk pendaftaran.

21/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidilfitri! βœ¨πŸŒ™

Daripada kami di Kelab Bius Sungai Petani,
kami mengucapkan Maaf Zahir & Batin kepada semua 🌸

Terima kasih atas segala usaha, pengorbanan dan semangat anda ❀️
Semoga Syawal kali ini penuh dengan kegembiraan, ketenangan dan kenangan indah bersama yang tersayang πŸ₯°

20/03/2026

β€œYang,
Raya mana dulu?
Rumah siapa dulu?
Saya pun tak tahu…
Lupa nak bincang πŸ˜†β€

Bila lagu ni dah mula trending sana sini… itu tandanya πŸŒ™ Ramadhan hampir melabuhkan tirai, dan Syawal semakin menghampiri ✨

Pengumuman raya pun dah berkumandang di televisyenβ€”debar dia lain macam!

Di kesempatan ini,
Taqabbalallahu minna wa minkum 🀍

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
daripada kami,
✨ Warga Keluarga Jabatan Anaesthesia, Hospital Sultan Abdul Halim ✨
Maaf zahir & batin, andai ada tersilap kata, terkasar bahasa sepanjang kita bersama πŸ’›

πŸš— Buat yang akan merantau jauh β€” pandu dengan selamat, semoga perjalanan dipermudahkan
🏑 Buat yang beraya di kampung β€” peluk erat mak ayah, kirimkan kasih kami juga
πŸ₯ Buat yang oncall & bertugas β€” anda adalah wira sebenar Syawal πŸ’ͺ
Walau tak berbaju raya di pagi pertama, jasa anda tetap paling bermakna

Dan untuk semua…
Selamat menikmati juadah raya 🍽️
Jangan lupa rendang, lemang, ketupat… tapi ingat diri juga ya 😜
Semoga Syawal kali ini membawa
✨ kebahagiaan
✨ keberkatan
✨ dan kenangan terindah bersama insan tersayang

Selamat Hari Raya Aidilfitri! πŸŒ™πŸ’«

Daripada : Specialist & Pegawai Perubatan Jabatan Anaestesiologi HSAH

17/03/2026

Berselawat bersamaΒ² penghuni Rumah Al-Munirah Gurun sementara menunggu waktu Berbuka.

πŸ“… 13 Mac 2026 | 24 Ramadhan 1447HπŸŒ™ Iftar Amal Ramadhan 1447H : Kelab Bius Sungai Petani & Jabatan Anestesiologi HSAH ber...
15/03/2026

πŸ“… 13 Mac 2026 | 24 Ramadhan 1447H

πŸŒ™ Iftar Amal Ramadhan 1447H : Kelab Bius Sungai Petani & Jabatan Anestesiologi HSAH bersama Rumah Persatuan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Gurun

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Iftar Amal Ramadhan anjuran Kelab Bius Sungai Petani dan Jabatan Anestesiologi Hospital Sultan Abdul Halim bersama penghuni Rumah Persatuan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Gurun.

Majlis turut dihadiri oleh kakitangan jabatan bersama ahli keluarga masing-masing bagi bersama-sama menceriakan suasana serta berkongsi kegembiraan bersama anak-anak di rumah ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Setiausaha Persatuan, Tuan Haji Mohd Nizar Yusof, yang berkongsi sejarah penubuhan rumah anak yatim ini. Kini rumah ini menempatkan 26 orang penghuni yang bersekolah rendah dan menengah, serta 3 orang yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian lebih tinggi.

Sebagai tanda sokongan dan kasih sayang, sumbangan telah disampaikan dalam bentuk duit raya kepada anak-anak, goodies bag, barangan elektrik serta sumbangan kewangan kepada pihak persatuan.

Majlis turut diserikan dengan aktiviti kuiz dan pemberian hadiah, yang jelas menggembirakan anak-anak.

Setelah masuk waktu Maghrib, semua hadirin bersama-sama berbuka puasa dan menunaikan solat secara berjemaah, sebelum menikmati hidangan nasi beriani, kuih-muih dan aiskrim.

Semoga kehadiran dan sumbangan kecil ini dapat menceriakan anak-anak serta menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan keberkatan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

✨ Terima kasih kepada semua kakitangan dan penyumbang yang menjayakan program ini.





Address

Hospital Sultan Abdul Halim
Sungai Petani
08000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Bius Sg Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kelab Bius Sg Petani:

Share