07/03/2026
Kasih Akilah berkongsi sedikit rezeki dengan 30 yg terpilih kali ini. Hari ini, benar-benar membuka hati kami. Ada yang menitiskan air mata diwaktu menerima sumbangan, ada yang terus mendoakan kami tanpa henti. Ada yang sedang menanggung sakit kehilangan anak dan isteri, ada juga yang tidak lagi mampu bekerja kerana hilang upaya, tapi tetap menyambut kami dgn senyuman ikhlas..
Di situ kami belajar bahawa makna rezeki itu sangat luas. Bukan sekadar harta atau wang, tetapi juga kesihatan, keluarga yang masih ada, ketenangan hati, dan peluang untuk terus memberi.
Memberi kepada mereka sebenarnya membawa kami pulang dengan sesuatu yang lebih besar, iaitu rasa syukur yang mendalam. Mengingatkan bahawa setiap nikmat yang kita ada hari ini adalah rezeki yang tidak ternilai.
Semoga kita semua terus diberi hati yang lembut untuk berkongsi, dan mata yang sentiasa melihat luasnya makna rezeki dalam hidup..
Terima kasih yg menyumbang didalam Kasih Akilah pada Ramadan kali ini. Hanya Allah saja membalasnya.