Klinik Kesihatan Trolak Selatan

Klinik Kesihatan Trolak Selatan .

Jaga kesihatan semua....
16/12/2023

Jaga kesihatan semua....

Peningkatan kes COVID-19 dari masa ke semasa adalah dijangkakan. Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19 dicatatkan, namun keadaan adalah terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

Sehubungan itu, KKM ingin mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan langkah pencegahan penularan COVID-19 dan jangkitan respiratori yang lain, agar dapat mengurangkan risiko dan penularan jangkitan dalam kalangan komuniti.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 ini demi kesejahteraan kesihatan awam

Innalillah hiwainna ilaihirojiunAl fatehah...Mohon sedekah kan Al fatehah utk staff kamiYg terlibat dalam kemalangan pet...
10/08/2023

Innalillah hiwainna ilaihirojiun
Al fatehah...

Mohon sedekah kan Al fatehah utk staff kami
Yg terlibat dalam kemalangan petang semalam.

Moga d tmpat dlm kalangan org2 beriman
Aamiin...

Minggu Penyusuan Susu Ibu
05/08/2023

Minggu Penyusuan Susu Ibu

H F M D
28/05/2022

H F M D

⚠️HFMD disebabkan oleh virus enterovirus.

✋Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti.

✔️Penyakit ini boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer

💪Ikuti 7️⃣ langkah cuci tangan menggunakan air dan sabun seperti dikongsikan. Ajari juga anak-anak anda 7️⃣ langkah mencuci tangan ini.

Fasa Endemik ..
21/03/2022

Fasa Endemik ..

HIDUP BERSAMA COVID
15/03/2022

HIDUP BERSAMA COVID

Dalam Fasa Peralihan ke Endemik, peranan komuniti amat penting agar kita dapat hidup secara sihat dan selamat walaupun virus COVID-19 masih lagi berada dalam persekitaran.

Fasa ini merupakan ‘exit strategy’ dan amat kritikal bagi membawa kita ke fasa endemik yang membolehkan kita kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal.

👍 Untuk berjaya Hidup bersama virus COVID-19 atau Living with COVID-19 virus setiap individu perlu mengamalkan langkah-langkah seperti dikongsikan.

22022022
22/02/2022

22022022

Omicron telah muncul sebagai varian yang dominan di Malaysia.

Berikutan kadar kebolehjangkitan varian Omicron yang tinggi dan cepat, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati orang ramai agar terus patuh kepada SOP dan amalan norma baharu.

Laksanakan ujian pengesanan COVID-19 apabila perlu dan bersesuaian seperti selepas berhimpun dalam khalayak ramai atau selepas mengalami sebarang gejala COVID-19.

18/02/2022

Untuk maklumat jika anda mempunyai masalah dengan MY SEJAHTERA dari segi kuarantin dan sebagainya boleh hubungi CPRC kebangsaan 0388810200 atau 0388810600 atau 0388810700. 0178429454 (Whatsapp).TQ😊

16/02/2022

Saya kontak rapat positif!! Apa yang perlu saya buat???

16/02/2022

Ujian covid air liur saya positif??? Apa yang perlu saya lakukan?

Pen Oh Pen!!!Encik, apa warna pen insulin yang encik gunakan sekarang??Soalan ini akan diajukan setiap kali pesakit atau...
27/12/2021

Pen Oh Pen!!!

Encik, apa warna pen insulin yang encik gunakan sekarang??

Soalan ini akan diajukan setiap kali pesakit atau wakilnya mengambil ubat insulin di unit farmasi.

Insulin ialah ubat suntikan yang digunakan oleh pesakit kencing manis.

Insulin tiada dalam bentuk tablet atau biji.

Insulin perlu disuntik supaya dapat mengawal paras gula pesakit kencing manis.

Untuk suntik insulin, perlukan alat iaitu jarum dan pen insulin.

Pen Insulin ada pelbagai jenama, warna dan material buatan (besi atau plastik).

Ada pesakit yang tidak kenal jenis/warna insulin pen yang digunakan walaupun dah gunakan setiap hari.

Bagi memastikan farmasi membekalkan ubat insulin yang sesuai, anda perlu memaklumkan jenis insulin pen yang betul.

pen insulin
jenis pen yang betul
kenal, insulin muat😉👍

Credit: KK Masai

KLINIK KESIHATAN SUNGKAI
30/11/2021

KLINIK KESIHATAN SUNGKAI

Klinik Kesihatan Sungkai menyedia pemberian vaksin astrazaneca kepada jemaah umrah

Address

Klinik Kesihatan Felda Trolak Selatan
Sungkai
35600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054323136

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Trolak Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram