28/05/2021
Berpantang Sendiri Laki Bini dan baby. Kami ambil khidmat CL (confinement lady) Tuan Shahida Enterprise
Thorbaekk...servis mak bidan gojes.
Alhamdulillah, isteri dah tamat pantang 44 hari. Merdeka!!! (baca 3x)
Beranak setahun sorang pun ok kalau macam ni. Eh...
Urut ibu dalam pantang macam tukang urut orang lama yg berpengalaman. Tapi mak bidan ni muda belia lagi.
Layanan mesra alam buat ibu selesa.
Tips dan ilmu berpantang dan rumah tangga pun selit sekali.
Pakej kami ambil ni berbaloi. Isteri puas hati, suami rasa bahagia.
1. Masakan pantang 14 hari.
Lauk banyak. Boleh makan 2x sehari.
Ada ikan, ayam, daging dan sayur.
2. Penjagaan pantang 14 hari.
Mandi air daun² herba terpilih. Segar badan. Rasa ringan. Urut dan bertungku.
Nak harap tungku sendiri memang idok ler.
Baby pula...dimandikan dan disiapkan wangi².
3. Produk gsha.
Ni makanan pembuka selera. Ada serunding halia. Ada garlic crunchy, garlic crunchy+black pepper dan apa lagi tak tau. Lupa dah.
Tapi serius sedap.
4. Energy coffee.
Tiga kali dah kami repeat order. Wife memang hantu kopi. Minum awal pagi. Bertenaga sampai malam. Senang nak urus si kecik ni. Mood pun ok je bila badan cergas.
5. Penutup pantang hari ke-44.
Mula2 mengurut 1 badan. Kemudian, berlulur (scrub 1 badan).
Then, bersauna berpeluh macam hiking dan buat full marathon.
Lepas tu mandi air herba kering. Rebusan daun serai wangi, sintok, limau purut dan macam² herba. Masa mandi tu rasa relaks dan nak tidur je. Rasa penuh kenikmatan selepas berhari² berjaga malam urus baby.
Kesimpulannya, ibu berpantang rasa bak permaisuri dilayan sebegitu rupa. Berpantang sendiri memang highly recommended ambil pakej dari mak bidan moden ni.
Sekian, terima kasih.