Minda Sihat Taiping

Minda Sihat Taiping Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Minda Sihat Taiping, Health & Wellness Website, Jalan Taming sari, Taiping.

Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) team, Psychiatry Department, Hospital Taiping
Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Taiping
Pertubuhan Pendidikan Psikiatri Taiping

Berita baik buat warga Taiping dan seluruh rakyat Malaysia! Pendaftaran kini dibuka untuk acara larian di lokasi ikonik,...
30/04/2026

Berita baik buat warga Taiping dan seluruh rakyat Malaysia! Pendaftaran kini dibuka untuk acara larian di lokasi ikonik, Taman Tasik Taiping. 🌳💧

🗓️ Tarikh: 5 Julai 2026 (Ahad)
📍 Lokasi: Dataran Kedamaian, Taman Tasik Taiping

🏁 Kategori & Yuran:
🔹 5 KM: RM 50.00
🔹 10 KM: RM 70.00
🔸 5 KM: RM 35.00 (Umur 7 - 18 tahun)
🔸 10 KM: RM 50.00 (Umur 7 - 18 tahun)

🎁 Setiap peserta akan mendapat:
✅ Baju Penamat (Finisher Tee) yang sangat eksklusif! 👕
✅ Pingat Kenangan (Medal) yang cantik! 🏅
✅ E-Sijil Penyertaan 📜

⚠️ Tarikh Tutup Penyertaan: 31 Mei 2026

🔗 DAFTAR SEKARANG & MAKLUMAT LANJUT DI SINI:
👉 https://sites.google.com/view/larian-mesra-taiping-2026/
atau Imbas Kod QR pada poster

Larian ini dianjurkan oleh Pertubuhan Pendidikan Psikiatri Taiping.
Jom sihatkan tubuh badan dan tenangkan minda di Larian Mesra Minda Taiping 2026! 🏃‍♂️🏃‍♀️✨Jangan tunggu lagi! Ajak kawan-kawan dan keluarga. Slot adalah terhad! 🏃‍♂️💨

7 hari sahaja lagiSiri webinar pertama akan bermula.Dapatkan tempat anda sekarang
30/04/2026

7 hari sahaja lagi
Siri webinar pertama akan bermula.
Dapatkan tempat anda sekarang

Tak perlu tunggu “teruk dulu” baru jaga kesihatan mental.Sertai Siri Webinar Melangkaui Trauma dari keselesaan rumah and...
24/04/2026

Tak perlu tunggu “teruk dulu” baru jaga kesihatan mental.

Sertai Siri Webinar Melangkaui Trauma dari keselesaan rumah anda.

Ilmu yang dekat dengan kehidupan sebenar.

P/s: webinar ini dijalankan pada malam hari minggu atau sabtu pagi, sesuai untuk anda yang telah letih bekerja, mendapat 'support' dari Doktor Pakar dan ahli Psikologi yang terkenal dengan ilmu mereka

3 minggu sahaja lagi akan bermula siri pertama"Bila luka emosi tak pernah sembuh" oleh Dr Rozanizam Zakaria Jangan lepas...
23/04/2026

3 minggu sahaja lagi akan bermula siri pertama
"Bila luka emosi tak pernah sembuh" oleh Dr Rozanizam Zakaria

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendengar perkongsian yang bermakna ini

19/04/2026

✨ SEMINAR BEYOND TRAUMA: HEALING THE MIND, MENDING THE HEART ✨
Alhamdulillah, Seminar Beyond Trauma telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Grand Baron, Taiping dengan kehadiran yang amat memberangsangkan.

Program ini menghimpunkan para peserta daripada pelbagai latar belakang bagi mendalami isu trauma, memahami kesan trauma terhadap kesihatan mental serta meneroka jalan pemulihan yang lebih menyeluruh dan penuh harapan.

Sepanjang seminar, para peserta telah mendapat perkongsian yang sangat bermakna daripada para panel penceramah yang berpengalaman, termasuk perspektif profesional, pengalaman survivor serta peranan sokongan keluarga dan komuniti dalam proses penyembuhan.

Seminar ini membuktikan bahawa trauma bukan pengakhiran sebuah perjalanan. Dengan ilmu, sokongan dan intervensi yang tepat, proses pemulihan adalah sesuatu yang nyata dan boleh dicapai.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penceramah, peserta, penaja, rakan strategik serta seluruh Ahli Jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

💙 Bersama kita tingkatkan kesedaran kesihatan mental.
💙 Bersama kita fahami trauma.
💙 Bersama kita bina harapan baharu.





Kadang kita jaga kerja, keluarga dan tanggungjawab…tapi terlupa jaga diri sendiri.Siri Webinar Melangkaui Trauma diwujud...
17/04/2026

Kadang kita jaga kerja, keluarga dan tanggungjawab…
tapi terlupa jaga diri sendiri.

Siri Webinar Melangkaui Trauma diwujudkan untuk membuka ruang memahami emosi, tekanan dan proses penyembuhan dengan lebih sihat.
🌿 5 topik penting:
✔️ Luka emosi yang belum sembuh
✔️ Burnout & keletihan melampau
✔️ Parenting tanpa trauma
✔️ Mengurus emosi yang sukar
✔️ Anxiety dalam dunia yang terlalu laju

🎓 Sijil digital disediakan
💻 7 hari akses atas talian

Tempat terhad. Jom sertai perjalanan ke arah minda yang lebih sihat.
📲 Scan QR di poster atau hubungi 016-657 5027

Kita ingat kita dah okay…tapi ada luka yang sebenarnya belum sembuh.Dan kita cuma belajar menahan.
15/04/2026

Kita ingat kita dah okay…

tapi ada luka yang sebenarnya belum sembuh.

Dan kita cuma belajar menahan.

Dunia terlalu laju…sampai kita sendiri tak sempat bernafas.Kita nampak okay,tapi dalam diam… fikiran tak pernah berhenti...
14/04/2026

Dunia terlalu laju…
sampai kita sendiri tak sempat bernafas.

Kita nampak okay,
tapi dalam diam… fikiran tak pernah berhenti.

Kita bukan tak ada emosi…kita cuma tak tahu cara nak urus.Sampai satu tahap, emosi itu yang mula mengawal kita.
13/04/2026

Kita bukan tak ada emosi…

kita cuma tak tahu cara nak urus.

Sampai satu tahap, emosi itu yang mula mengawal kita.

12/04/2026

Pernah tak…

kita marah anak,
lepas tu rasa bersalah dengan cara kita sendiri?

Kita nak jadi ibu bapa yang baik…
tapi kadang kita sendiri pun masih belajar.

Kita nak jadi ibu bapa yang terbaik…tapi tanpa sedar, kadang kita ulang luka yang kita sendiri pernah rasa.
10/04/2026

Kita nak jadi ibu bapa yang terbaik…

tapi tanpa sedar, kadang kita ulang luka yang kita sendiri pernah rasa.

Address

Jalan Taming Sari
Taiping
34000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Minda Sihat Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Minda Sihat Taiping:

Share