Klinik Anda 24 Jam Semenyih

Klinik Anda 24 Jam Semenyih 🏥 CAWANGAN KLINIK ANDA 24 JAM SEMENYIH (1373536-T)
📞03-87244234 / 013-7124234
👩‍⚕️DOKTOR WANITA

Ingat lagi tak zaman kita dulu? Nak hantar anak sunat, mak ayah yang lebih berdebar. Bayangkan budak-budak lari keliling...
22/04/2026

Ingat lagi tak zaman kita dulu? Nak hantar anak sunat, mak ayah yang lebih berdebar. Bayangkan budak-budak lari keliling rumah sebab takut. 😅

Tapi sekarang, zaman dah berubah. Mak ayah dah tak perlu pening kepala tengok anak trauma. Di Klinik Anda 24 Jam Semenyih, kami gunakan teknik Laser (Cautery).

Kenapa teknik ni jadi pilihan ramai mak ayah?

👉Anak tak merengek panjang: Kurang rasa sakit, anak lebih tenang.
👉Luka cepat kering: Tak payah tunggu berminggu-minggu nak pakai seluar balik.
👉Prosedur bersih & cepat: Kurang pendarahan, lebih selamat.

Cuti sekolah dah dekat sangat ni. Slot kami makin penuh sebab ramai yang nak anak 'setel' awal supaya sempat jalan-jalan cuti nanti.

Ibu bapa kat sini, anak umur berapa tahun yang plan nak sunat tahun ni? Cer komen kat bawah, mana tahu ada kawan-kawan pun tengah cari geng! 👇

22/04/2026

“Mama, sakit ke sunat?” 😢

Soalan ni yang paling buat ramai ibu ayah serba salah.

Seorang ibu pernah cerita, anak dia dah beberapa kali tanya benda sama…
Setiap kali nak jawab, dia sendiri pun risau.

Nak buat awal — takut anak trauma
Nak tangguh — takut lagi susah nanti

Akhirnya dia pilih buat masa cuti sekolah.
Bukan sebab ikut orang, tapi sebab dia nak anak dia ada masa rehat, tak stress, dan dia sendiri boleh jaga dengan tenang di rumah.

Lepas beberapa hari, anak dia sendiri cakap:
“Taklah sakit macam adik bayangkan pun…” 😊

Sebenarnya ramai ibu ayah dalam situasi sama:

Tak pasti umur sesuai
Risau anak takut
Tak tahu nak prepare macam mana

Padahal kalau kena cara:
✔️ Anak lebih bersedia (4–12 tahun antara fasa sesuai)
✔️ Cuti sekolah bantu proses pemulihan lebih tenang
✔️ Persediaan awal boleh kurangkan rasa takut anak

💬 Saya nak tanya sikit…

Ibu ayah dekat sini:

Anak dah sunat ke belum?
Apa yang paling risau sebelum buat?
Atau ada pengalaman nak share untuk ibu ayah lain?

Drop je dekat komen 👇
Kadang pengalaman kita boleh bantu tenangkan orang lain juga.

Akhirnya! Berita yang ditunggu-tunggu pengguna MiCare. 🥰Kenapa perlu bayar lebih kalau syarikat dah sediakan kemudahan? ...
07/04/2026

Akhirnya! Berita yang ditunggu-tunggu pengguna MiCare. 🥰

Kenapa perlu bayar lebih kalau syarikat dah sediakan kemudahan? Ramai yang terlepas pandang manfaatkan perlindungan kesihatan mereka sehingga saat kecemasan berlaku.

Jangan tunggu sakit baru nak cari klinik panel. Simpan lokasi Klinik Anda Semenyih sekarang. Kami beroperasi 24 Jam—jadi bila-bila masa sahaja anda perlukan bantuan, kad MiCare anda sedia diterima di sini.

✅ Rawatan Pantas
✅ Staf Mesra
✅ Buka 24 Jam

Tag kawan anda yang guna MiCare dekat bawah! 👇

"Bukan Sekadar Nak Kurus, Tapi Nak Sihat Sampai Tua."Ramai yang ingat turun berat badan ni cuma tentang nak pakai baju s...
06/04/2026

"Bukan Sekadar Nak Kurus, Tapi Nak Sihat Sampai Tua."

Ramai yang ingat turun berat badan ni cuma tentang nak pakai baju saiz kecil. Tapi sebenarnya, ia tentang kurangkan beban pada lutut, stabilkan hormon, dan pastikan jantung kita kuat untuk teman keluarga lebih lama.

Transformasi bukan berlaku dalam semalam, tapi ia bermula dengan keputusan hari ini. Kami di Klinik Anda sedia bimbing anda dengan cara yang selamat dan berkesan.

Jom mulakan langkah pertama anda hari ini. ✨

"Apa cabaran terbesar anda bila nak mula diet? Share di ruangan komen supaya kami boleh bantu."

Keputusan SPM bukan pengakhiran, tapi titik permulaan. ✨📖Klinik Anda 24 Jam dengan penuh bangga mengucapkan setinggi-tin...
31/03/2026

Keputusan SPM bukan pengakhiran, tapi titik permulaan. ✨📖

Klinik Anda 24 Jam dengan penuh bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada SEMUA calon SPM 2025! Anda telah membuktikan bahawa usaha yang gigih membawa hasil yang manis. 🌟

Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada adik-adik dan generasi akan datang untuk terus mengejar impian. Perjalanan seterusnya mungkin mencabar, tapi ingat, your potential is limitless. 🚀

Kami di Klinik Anda 24 Jam sentiasa mendoakan kecemerlangan anda dalam apa jua bidang yang diceburi. Kekal sihat dan terus cemerlang! 🩺❤️

Tag kawan seperjuangan SPM 2025 anda dan raikan bersama-sama! ⬇️

📍 Cawangan Kami: Sungai Besar | Kajang | Semenyih

Doa Pendek, Pengampunan Besar di Malam Lailatul Qadar
10/03/2026

Doa Pendek, Pengampunan Besar di Malam Lailatul Qadar

Jom Sunat Si Puteri di Klinik Kami! 👶✨Mencari tempat yang safe and comfortable untuk sunat your little princess? We got ...
08/03/2026

Jom Sunat Si Puteri di Klinik Kami! 👶✨

Mencari tempat yang safe and comfortable untuk sunat your little princess? We got you covered!

Ibu-ibu area Semenyih dah tak perlu pening kepala cari klinik. Di sini, kita utamakan clinical hygiene dan keselesaan baby anda.

Kenapa ramai pilih kami?

✅ Female Doctor: Lebih selesa, less awkward.
✅ Quick Procedure: Tak perlu tunggu lama, fast and efficient.
✅ Age Range: Sesuai untuk bayi umur 1 bulan hingga 1 tahun
✅ Clean Environment: Kita utamakan kebersihan gred klinikal.

Give your daughter the best care from the start. ❤️

WhatsApp kami sekarang:
💬 013-712 4234

Kerana Kesihatan Anda Adalah Kekuatan Kami 🌸Setiap wanita adalah tunjang kepada keluarga dan masyarakat. Di sebalik kele...
08/03/2026

Kerana Kesihatan Anda Adalah Kekuatan Kami 🌸

Setiap wanita adalah tunjang kepada keluarga dan masyarakat. Di sebalik kelembutan, tersimpan kekuatan yang luar biasa. Namun, dalam kesibukan menjaga orang lain, jangan lupa untuk menjaga diri sendiri.

Di Klinik Anda 24 Jam, kami komited untuk memastikan kesihatan anda sentiasa di tahap terbaik. Kerana wanita yang sihat adalah wanita yang hebat!

Selamat Hari Wanita Antarabangsa buat semua wanita luar biasa di luar sana.

✨ Kesihatan Anda, Keutamaan Kami.

02/03/2026

Terlewat sikit ikut trend ni, tapi kami pun tak nak ketinggalan! 🤭

Bila dah lapar sangat masa puasa ni nampak ubat pun macam nampak coklat kegemaran. Mata pun dah mula nampak lain macam kan? 🍬🍫💊

Ada yang senasib dengan kami ke? Komen sikit apa lagi yang korang nampak macam makanan masa tengah puasa ni! 🙋‍♀️🙋‍♂️

Nak dapatkan rawatan? Jemput datang ke Klinik Anda 24 Jam.

Address

No 23-G & 25-G, Jalan TPS 1/6
Taman Pelangi Semenyih
43500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Anda 24 Jam Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Anda 24 Jam Semenyih:

Share