Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah - Page Rasmi

Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah - Page Rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah
Jalan Pasir Mas
17500 Tanah Merah, Kelantan

Mesyuarat pertama Pelaksanaan Inisiatif Baharu Komuniti Bebas Denggi (KomBeD) yang diadakan di Dewan Ibnu Batutta, Pejab...
29/01/2026

Mesyuarat pertama Pelaksanaan Inisiatif Baharu Komuniti Bebas Denggi (KomBeD) yang diadakan di Dewan Ibnu Batutta, Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah pada hari Selasa 20/1/2026. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan pelaksanaan inisiatif baharu KomBeD dengan penglibatan semua pihak bagi memerangi wabak demam denggi dan penurunan kes di Kawasan Kampung Padang Siam, Tanah Merah, Kelantan. Program ini, turut mendapat penglibatan aktif bersama Pengerusi COMBI Masjid Padang Siam, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Padang Siam, Majlis Daerah Tanah Merah, KEMAS dan Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Diniah (SRUDUD) dalam perancangan awal menjayakan setiap aktiviti yang telah dibincangkan. Program ini membawa kesan positif jangka pendek dan panjang bagi komuniti Tanah Merah.



Satu penganugerahan  yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan kepada Unit Vektor  Pejabat Kesihatan Daerah ...
29/01/2026

Satu penganugerahan yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan kepada Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah bagi pencapaian terbaik untuk kategori Cadangan Kompaun dan Seksyen 8 sepanjang tahun 2025. Pencapaian ini mencerminkan komitmen teguh kakitangan terhadap pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975. Usaha berterusan ini menyumbang kepada penambahbaikan keselamatan dan kesihatan awam di peringkat daerah



29/01/2026

Hebahan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bagi memastikan pematuhan perundangan serta melindungi kesihatan awam.

Penguatkuasaan ini melibatkan larangan penjualan dan pengiklanan produk merokok di kawasan yang ditetapkan, pematuhan syarat jualan produk tembakau, serta kawalan terhadap penjualan rokok elektronik (v**e) dan produk merokok lain.

Orang awam dan peniaga diseru untuk sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Kerjasama semua pihak amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang sihat, selamat dan bebas daripada bahaya produk merokok.

📍 LAWATAN PENYELIAAN TEKNIKAL UNIT HIV/STI/HEPATITIS C | 2026Pada 26 Januari 2026, PKD Tanah Merah telah menerima Lawata...
28/01/2026

📍 LAWATAN PENYELIAAN TEKNIKAL UNIT HIV/STI/HEPATITIS C | 2026

Pada 26 Januari 2026, PKD Tanah Merah telah menerima Lawatan Penyeliaan Teknikal Unit HIV/STI/Hepatitis C yang diketuai oleh
👨‍⚕️ Dr. Mohd Hazwan bin Baharuddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian HIV Negeri Kelantan bersama pasukan JKN Kelantan.

Lawatan ini telah disambut oleh
👩‍⚕️ Dr. Nik Aida binti Nik Adib, Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah,
bersama
👨‍⚕️ Dr. Ahmad Zulfahmin bin Mohd Kamaruzaman dan pasukan Unit HIV/STI/Hepatitis C PKD Tanah Merah.

✨ Lawatan ini bertujuan untuk:
✔️ Memantau pelaksanaan program HIV/STI/Hepatitis C
✔️ Berkongsi pandangan dan pengalaman
✔️ Menyokong usaha mencapai sasaran “Mengakhiri AIDS Menjelang 2030”

🩺 Tahukah anda?
🔹 Saringan HIV adalah PERCUMA di semua Klinik Kesihatan KKM
🔹 Ujian HIV kendiri (self-test) juga disediakan untuk individu 18 tahun ke atas, sesuai bagi yang sibuk atau sukar hadir ke klinik

🔗 Maklumat lanjut saringan HIV:
https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/4378?mid=1451

🌐 Layari Laman Web HIV Tanah Merah untuk info, soal jawab & kaunseling:
https://sites.google.com/moh.gov.my/tmhiv/maklumat-penyakit?authuser=0

💚 PKD Tanah Merah sentiasa komited membantu komuniti melalui pelbagai program kesihatan.

Jom ambil tahu, jom ambil peduli kesihatan diri & keluarga!






🔎Apa itu Tibi (TB)?⛔Tibi ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Ia paling k...
28/01/2026

🔎Apa itu Tibi (TB)?
⛔Tibi ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Ia paling kerap menyerang paru-paru, tetapi boleh juga menjangkiti organ lain seperti kelenjar, tulang, otak, dan buah pinggang.

📍Cara Jangkitan
▶️TB merebak melalui udara apabila pesakit TB paru-paru yang aktif batuk, bersin, atau bercakap, lalu orang lain menyedut titisan kecil yang mengandungi bakteria.

📝Gejala Utama
▶️Batuk berpanjangan (lebih 2–3 minggu), kadang-kadang berdarah
▶️Demam dan berpeluh malam
▶️Penurunan berat badan dan hilang selera makan
▶️Keletihan dan lemah badan
▶️Sakit dada atau sesak nafas

🔬Diagnosis
▶️Ujian kahak (sputum)
▶️X-ray dada
▶️Ujian makmal (contohnya GeneXpert)

🩺Rawatan
❗Boleh sembuh sepenuhnya jika dirawat dengan betul
Rawatan biasanya mengambil masa 6 bulan atau lebih
Pesakit mesti mengambil ubat secara konsisten seperti yang diarahkan oleh doktor

🩹Pencegahan
Pengesanan dan rawatan awal
▶️Etika batuk yang betul
▶️Pengudaraan yang baik
▶️Vaksin BCG (diberikan semasa bayi)

🟢Kesimpulan
🔸Tibi ialah penyakit serius tetapi boleh dicegah dan dirawat. Kepatuhan terhadap rawatan sangat penting untuk mengelakkan komplikasi dan jangkitan kepada orang lain.



Senarai pembekalan makanan di Negeri Kelantan yang telah mendapatkan Pengiktirafan/Pensijilan/Penyenaraian daripada Keme...
25/01/2026

Senarai pembekalan makanan di Negeri Kelantan yang telah mendapatkan Pengiktirafan/Pensijilan/Penyenaraian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Imbas kod QR untuk akses kepada dashboard senarai atau klik pada pautan yang disediakan pada ruangan komen.





Pada 18-24 Januari 2026, Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah melalui Unit Inspektorat dan Perundangan telah melaksanaka...
25/01/2026

Pada 18-24 Januari 2026, Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah melalui Unit Inspektorat dan Perundangan telah melaksanakan Operasi Mega Bersepadu di Gua Musang, Operasi Rutin sekitar Tanah Merah/Kota Bharu dan Operasi Aduan oleh orang awam bagi penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

👮‍♂️ Seramai 10-20 (setiap operasi) pegawai penguat kuasa telah terlibat dalam operasi ini bagi memastikan pematuhan undang-undang berkaitan kawalan produk merokok di kawasan awam & penjualan produk merokok.

⚖️ Sepanjang pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan ini, anggaran jumlah tawaran kompaun yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM20,200.00. Bagi kes-kes yang melibatkan tindakan pendakwaan, denda yang boleh dikenakan oleh mahkamah adalah sehingga RM20,000.00 bagi setiap satu kes, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

📊 Ringkasan hasil penguatkuasaan:

- Notis boleh dikompaun: 84 notis

- Notis pendakwaan: 2 kes

- Bil. barang rampasan: 18 item

- Nilai rampasan: RM540

🟢 Mesej Advokasi Kesihatan Awam

Penguatkuasaan ini dilaksanakan sebagai langkah pencegahan dan pendidikan kepada masyarakat agar sentiasa mematuhi undang-undang berkaitan merokok dan penggunaan produk tembakau, khususnya di kawasan larangan & penjualan produk merokok.

Pendedahan kepada asap rokok dan v**e bukan sahaja membahayakan perokok, malah memberi risiko serius kepada orang awam termasuk kanak-kanak, warga emas dan golongan berisiko tinggi. Justeru, tindakan berterusan akan diteruskan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih sihat, selamat dan bebas asap rokok.

Marilah kita bersama-sama menyokong usaha ini demi kesihatan diri, keluarga dan komuniti.

💚 Kesihatan Awam, Tanggungjawab Bersama

Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah
Unit NCD MESVIPP

‼️Jom kenali nyamuk Anopheles, vektor kepada Demam Malaria🦟Anopheles maculatus merupakan species utama vektor malaria ya...
24/01/2026

‼️Jom kenali nyamuk Anopheles, vektor kepada Demam Malaria

🦟Anopheles maculatus merupakan species utama vektor malaria yang terdapat di daerah Tanah Merah dan daerah-daerah lain di Negeri Kelantan

💪🏻Mari sama-sama kita kekalkan 'Sifar Malaria' di daerah Tanah Merah dengan mengenali vektor yang boleh membunuh ini.

&Pest




JOM CEGAH DENGGI DENGAN MENGENALI TEMPAT POTENSI PEMBIAKAN AEDES
22/01/2026

JOM CEGAH DENGGI DENGAN MENGENALI TEMPAT POTENSI PEMBIAKAN AEDES



🍽️ On diet bukan bermaksud tak boleh makan luarKadang-kadang bila makan di luar, memang teringin masakan panas 😋Tak sala...
19/01/2026

🍽️ On diet bukan bermaksud tak boleh makan luar

Kadang-kadang bila makan di luar, memang teringin masakan panas 😋
Tak salah pun.
Yang penting, buat pilihan yang lebih sesuai.

👉 Pilih cara masak yang lebih ringkas
👉 Kurangkan kuah & minyak
👉 Kawal portion

💪 Dan jangan lupa…
Kekal aktif setiap hari, walaupun sekadar berjalan atau bergerak lebih kerap.

🌱 Diet bukan tentang larangan,
tetapi tentang pilihan yang lebih bijak.





Kredit: Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kelantan

18/01/2026

📢 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Jom kita bersama-sama cegah dan elakkan keracunan makanan. INGAT, sebelum makan sentiasa amalkan :
1. LIHAT
2. HIDU
3. RASA

Kredit : Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan,JKN Kelantan






OPERASI PENGUATKUASAAN AKTA KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2024 (AKTA 852) – TANAH MERAH & KOTA BHARUPada 13...
18/01/2026

OPERASI PENGUATKUASAAN AKTA KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2024 (AKTA 852) – TANAH MERAH & KOTA BHARU

Pada 13 dan 16 Januari 2026, Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah melalui Unit Inspektorat & Perundangan telah melaksanakan dua operasi rutin penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

📌 Ringkasan pencapaian kedua-dua operasi:

- Jumlah PDK terlibat: 20-25 orang (setiap operasi)

- Jumlah notis boleh kompaun dikeluarkan: 57 notis
- Seksyen 16(2): 27 kes
• Per. 3(4): 5 kes
• Per. 3(7): 22 kes
• Per. 3(15): 11 kes
- Seksyen 17(1): 11 kes
- Seksyen 13(3) & 18(1): 0 kes

- Pendakwaan: 0 kes (semua dalam kategori boleh kompaun)

- Jumlah eksibit disita: 55 item
- Rokok: 34
- V**e: 21
- Bukti dilupuskan/enggan serah: 1 (rokok)
- Bukti dikongsi: 1 (v**e)

- Nilai rampasan: RM0

🟢 Advokasi Kesihatan Awam

Penguatkuasaan ini bertujuan melindungi kesihatan masyarakat, khususnya kanak-kanak, remaja dan bukan perokok daripada pendedahan kepada produk merokok dan v**e. Kesalahan paling banyak direkodkan adalah di bawah Seksyen 16(2) kawasan atau tempat larangan merokok & Seksyen 17(1) larangan merokok/v**e bagi orang belum dewasa serta pelanggaran peraturan-peraturan berkaitan.

Tindakan berterusan ini menunjukkan komitmen PKD Tanah Merah dalam memastikan pematuhan undang-undang, mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD), serta mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan bebas asap rokok.

Orang ramai digesa untuk mematuhi undang-undang, tidak merokok di kawasan larangan, dan bersama-sama menyokong usaha menjadikan Tanah Merah sebagai daerah yang lebih sihat.

Kesihatan anda, tanggungjawab kita bersama. 💚
Sebarang aduan & pertanyaan: 010-8608949 (hotline akta 852)
Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah
Unit NCD MESVIPP



Address

Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah
Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099556333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah - Page Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram