Pusat Rawatan Dialisis Perdana - Behrang

Pusat Rawatan Dialisis Perdana - Behrang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Rawatan Dialisis Perdana - Behrang, Medical and health, No. 33 & 33A Jalan RESIDEN 1, BEHRANG RESIDEN. BEHRANG STESEN, Tanjung Malim.

PUSAT RAWATAN DIALISIS
PERDANA BEHRANG (LANDMARK : SEGI FRESH BEHRANG RESIDEN)
TEL : 05-4544563
http://www.wasap.my/60132822817/DialisisBooking
Visi :Keselesaan Pesakit Keutamaan Kami
Misi:Meningkatkan Kualiti Hidup Pesakit Dialysis ke Tahap Lebih Baik.

JAWATAN KOSONG STAFF NURSE DAN STAFF NURSE POST BASIC RENAL di PUSAT RAWATAN DIALISIS PERDANA CAWANGAN BEHRANG!! KEMASUK...
28/04/2026

JAWATAN KOSONG STAFF NURSE DAN STAFF NURSE POST BASIC RENAL di PUSAT RAWATAN DIALISIS PERDANA CAWANGAN BEHRANG!!

KEMASUKAN SEGERA!!

UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI KAMI ATAU WHATSAPP
013-2822817

JOM SERTAI TEAM KAMI!! πŸ˜†πŸ˜†

β€œTak lari pun… badan masih boleh β€˜rebuild’ diri.”Ramai orang ingat… kalau tak mampu berlari 30 minit, 5 kali seminggu, ...
28/04/2026

β€œTak lari pun… badan masih boleh β€˜rebuild’ diri.”

Ramai orang ingat… kalau tak mampu berlari 30 minit, 5 kali seminggu, maksudnya mereka β€œterlepas peluang” untuk jadi sihat.

Tapi realitinya lebih menarik daripada itu.

πŸ‘‰ Jalan laju (brisk walk) pun boleh ubah biologi badan β€” sampai ke tahap sel.

Dan bila kita faham mekanismenya… kita akan nampak ini bukan sekadar aktiviti ringan.

Ini adalah signal kepada badan untuk hidup lebih lama dan lebih sihat.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

🧬 CERITA SEBENAR DI DALAM SEL ANDA

Dalam setiap sel badan kita, ada struktur dipanggil telomere.

Bayangkan seperti penutup di hujung tali kasut.

Fungsinya:
βœ”οΈ Lindungi DNA
βœ”οΈ Pastikan sel stabil
βœ”οΈ Membantu sel terus berfungsi

Setiap kali sel membahagi:
➑️ Telomere semakin pendek

Bila terlalu pendek:
➑️ Sel mula rosak, lemah dan berhenti berfungsi

πŸ‘‰ Inilah asas kepada penuaan biologi

Kajian dari National Institutes of Health dan Harvard Medical School menunjukkan:

βœ”οΈ Individu yang aktif bergerak (termasuk brisk walk)
➑️ Mempunyai telomere lebih panjang

Maknanya:
βœ”οΈ Sel lebih β€œmuda”
βœ”οΈ Proses penuaan lebih perlahan

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“Š β€œKENAPA TAK SEMUA ORANG PERLU LARI?”

Kajian dalam British Journal of Sports Medicine dapati:

πŸ‘‰ Jalan laju 30 minit sehari
➑️ Memberi manfaat hampir sama dengan jogging ringan

Bezanya:
βœ”οΈ Lari β†’ kesan lebih cepat
βœ”οΈ Brisk walk β†’ kesan sama, tapi lebih perlahan

πŸ‘‰ Tetapi dalam dunia sebenar:
Yang konsisten, itulah yang menang.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

❀️ APA YANG BERUBAH DALAM BADAN ANDA

Bila anda buat brisk walk secara konsisten…

βœ”οΈ Jantung jadi lebih efisien

Denyutan jantung rehat menurun
Salur darah lebih elastik
Aliran darah lebih lancar

πŸ‘‰ Risiko sakit jantung & stroke menurun

βœ”οΈ Gula darah lebih stabil

Brisk walk selepas makan:
βœ”οΈ Bantu otot serap gula
βœ”οΈ Kurangkan lonjakan gula
βœ”οΈ Tingkatkan sensitiviti insulin

πŸ‘‰ Ini kunci kepada kesihatan metabolik

βœ”οΈ Tenaga sel meningkat (mitokondria)

Badan bina lebih banyak β€œkilang tenaga”

πŸ‘‰ Anda akan rasa:
βœ”οΈ Kurang penat
βœ”οΈ Tenaga lebih stabil

βœ”οΈ Otak jadi lebih kuat

Brisk walk tingkatkan BDNF
βœ”οΈ Bantu neuron baru terbentuk
βœ”οΈ Kuatkan memori
βœ”οΈ Stabilkan emosi

βœ”οΈ Stress berkurang
βœ”οΈ Cortisol menurun
βœ”οΈ Endorfin meningkat

πŸ‘‰ Kepala jadi lebih tenang

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

🧬 BAHAGIAN PALING RAMAI TAK TAHU

Brisk walk juga boleh aktifkan autophagy walaupun tanpa intermittent fasting.

Autophagy = sistem β€œcuci & repair” dalam sel
βœ”οΈ Buang komponen rosak
βœ”οΈ Kitar semula bahagian lama
βœ”οΈ Kekalkan sel sihat

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸšΆβ€β™‚οΈ MACAM MANA JALAN LAJU BOLEH AKTIFKAN AUTOPHAGY?

Bila anda brisk walk:

βœ”οΈ Tenaga dalam sel digunakan
➑️ Ini aktifkan
πŸ‘‰ AMP-activated protein kinase

βœ”οΈ Signal β€œgrowth mode” diturunkan
➑️ Ini kurangkan aktiviti
πŸ‘‰ mTOR pathway

βœ”οΈ Badan alami β€œstress kecil yang baik”
➑️ Dipanggil
πŸ‘‰ Hormesis

πŸ‘‰ Gabungan ini:
Aktifkan proses repair dalam sel walaupun anda tidak berpuasa

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“Š TAPI KENA JUJUR DI SINI

Brisk walk β‰  puasa panjang

βœ”οΈ Brisk walk: Autophagy ringan – sederhana
βœ”οΈ Puasa (IF / 24 jam ke atas): Autophagy lebih mendalam

πŸ‘‰ Maksudnya:
Brisk walk buka pintu Puasa tekan minyak

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“Œ CARA JADIKAN BRISKWALK LEBIH POWER

Kalau nak kesan maksimum:

βœ”οΈ 30 minit Γ— 5 hari seminggu

βœ”οΈ Intensiti sederhana (Boleh bercakap, tapi sedikit tercungap)

βœ”οΈ Timing terbaik
πŸ‘‰ 10–20 minit selepas makan
πŸ‘‰ atau sebelum sarapan

βœ”οΈ Tambah variasi
Naik bukit
Tangga
Interval

βœ”οΈ Konsisten
πŸ‘‰ Ini paling penting

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ”¬ INFO TAMBAHAN (LEVEL ADVANCED)
βœ”οΈ Aktifkan mitokondria
βœ”οΈ Kurangkan keradangan (CRP)
βœ”οΈ Tingkatkan sensitiviti insulin
βœ”οΈ Bantu autophagy & repair sel

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

🧭 KESIMPULAN BESAR

Anda tak perlu jadi pelari untuk sihat.
Anda hanya perlu:
βœ”οΈ Bergerak
βœ”οΈ Konsisten
βœ”οΈ Faham apa yang anda buat

Kerana setiap kali anda brisk walk…
Anda sebenarnya sedang:
βœ”οΈ Melambatkan penuaan sel
βœ”οΈ Menguatkan jantung
βœ”οΈ Menstabilkan gula darah
βœ”οΈ Menenangkan sistem saraf
βœ”οΈ Mengaktifkan repair dalam badan

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ”₯ PENUTUP

Jangan tunggu sempurna.
Mulakan sahaja.

Hari ini:
➑️ 10 minit brisk walk

Minggu depan:
➑️ tambah sedikit

Kerana akhirnya…
Bukan larian yang mengubah hidup anda Tetapi langkah kecil yang anda ulang setiap hari

Insya Allah. Ameen. Alhamdulillah πŸ’•

Jika bermanfaat, share kepada orang yang anda sayang.




Bangun tidur, sedar-sedar, mata sebelah kanan sukar nak buka, rabun, dan susah nak berjalan. Tapi degil, masih ke tempat...
28/04/2026

Bangun tidur, sedar-sedar, mata sebelah kanan sukar nak buka, rabun, dan susah nak berjalan. Tapi degil, masih ke tempat kerja. Rakan sekerja usik, ha, semalam pergi mengendap anak makcik timah ke tu? Tapi, betul ke mengendap?

Mata bengkak sebelah dan mata bengkak dua-dua bukan cerita yang sama.

Tapi ramai masih layan dua-dua macam benda remeh.
β€œSalah tidur kot.”
β€œKurang tidur.”
β€œNanti surutlah.”

Padahal bila satu mata saja yang bengkak, kita lebih cenderung fikir ada masalah setempat.
Contohnya ketumbit, gigitan serangga, jangkitan, trauma, atau radang pada satu bahagian mata.

Kalau dua-dua mata p**a yang bengkak, ceritanya selalu lain.
Lebih kerap fikir kepada alahan, iritasi, blepharitis, menangis, kurang tidur, atau faktor umum lain yang kena pada kedua-dua belah sekali.

Maksudnya, bukan semua mata bengkak itu β€œbiasa-biasa”.

Yang satu mungkin masalah pada satu mata.
Yang satu lagi mungkin badan anda sedang bagi signal dari arah lain.

Sebab itu jangan tengok bengkak saja.
Tengok juga coraknya.

Sebelah atau dua-dua?

Kalau datang sekali dengan sakit kuat, merah teruk, demam, nanah, penglihatan kabur, susah buka mata, atau sakit bila gerakkan mata, jangan tunggu lama.

Mata bengkak bukan sekadar soal rupa.

Kadang-kadang, cara ia bengkak pun sudah bagi petunjuk puncanya.

Tahukah anda kepentingan pengambilan Asid Folik? πŸ€”Asid Folik mempunyai pelbagai manfaat yang luar biasa, antaranya:βœ… Mem...
28/04/2026

Tahukah anda kepentingan pengambilan Asid Folik? πŸ€”

Asid Folik mempunyai pelbagai manfaat yang luar biasa, antaranya:
βœ… Membantu perkembangan bayi
βœ… Merawat kesihatan mental
βœ… Mengurangkan tekanan darah tinggi
βœ… Mencegah masalah gusi & sendi

Mari kita sebarkan info bermanfaat ini demi kesejahteraan bersama. Kesihatan yang baik bermula daripada ilmu yang betul! πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦πŸ©Ί

Kita selalu dengar pasal bahaya 'Second-hand Smoke' (Asap Rokok Sekunder). Tapi tahukah anda, bahaya sebenar bukan datan...
28/04/2026

Kita selalu dengar pasal bahaya 'Second-hand Smoke' (Asap Rokok Sekunder). Tapi tahukah anda, bahaya sebenar bukan datang dari asap yang dihembus oleh mulut perokok semata-mata?

Ada satu pembunuh senyap yang dipanggil SIDESTREAM SMOKE (Asap Hujung Rokok).

Ia adalah asap yang keluar terus dari hujung rokok yang sedang terbakar sewaktu perokok memegangnya di celah jari. Fakta perubatan menunjukkan asap 'Sidestream' ini mengandungi kepekatan nikotin dan bahan penyebab kanser yang LEBIH TINGGI berbanding asap yang disedut perokok

Sebab apa?

Dalam asap rokok ini ada lebih 7,000 bahan kimia, dan 69 daripadanya sah boleh menyebabkan kanser (Karsinogen).

Kesan second-hand smoke bukan pada paru-paru je

πŸ›‘ Salur darah dan jantung terjejas serta-merta.
πŸ›‘ Meningkatkan risiko Serangan Jantung, Strok, dan Kanser Paru-Paru kepada ORANG YANG TIDAK MEROKOK.

Siapa mangsa paling berisiko?

Bayi, kanak-kanak, ibu hamil, pesakit asma, dan warga emas. Badan mereka jauh lebih sensitif. Mereka terpaksa menyedut racun ini dalam ruang tertutup seperti di kedai makan, dalam kereta, atau di ruang tamu rumah sendiri.

TIADA PARAS SELAMAT untuk asap rokok sekunder. Walaupun hidu sekejap, kerosakannya tetap berlaku.

Perokok memilih untuk merosakkan badan sendiri. Tapi orang sekeliling terpaksa menyedut risiko maut yang mereka tidak pernah pilih

Sate yang ada kesan hitam hangit tu memang membangkitkan selera sebab aroma "smoky" dari proses bakar. Tapi awas, bahagi...
28/04/2026

Sate yang ada kesan hitam hangit tu memang membangkitkan selera sebab aroma "smoky" dari proses bakar. Tapi awas, bahagian hangit itulah yang paling bahaya

Bila daging dibakar pada suhu tinggi sampai hitam hangus, bahan kimia HCA dan PAH akan terbentuk
#
πŸ›‘ HCA terhasil bila protein daging dimasak pada suhu sangat tinggi.
πŸ›‘ PAH p**a terhasil bila lemak daging menitis atas api, lalu asapnya meruap dan melekat semula pada daging.

Kajian makmal buktikan bahan ini boleh merosakkan DNA tubuh dan dikaitkan dengan risiko KANSER.

Habis tu, kenapa kita disuruh makan sate dengan timun dan bawang? Boleh cuci kanser ke?

TIDAK. Sayur ini BUKAN "ubat ajaib" yang membatalkan kesan racun daging hangit. Tapi ia berfungsi untuk seimbangkan hidangan dengan antioksidan yang menyokong kesihatan usus.

Macam mana nak makan sate dengan selamat?

🍒 1. Potong dan buang bahagian yang hitam terbakar hangit

🍒 2. Wajib makan bersama timun, bawang, dan ulaman.
🍒 3. Jadikan sate makanan sesekali, bukan menu wajib setiap minggu.

Kesimp**annya, sate BUKAN musuh. Sedap tu boleh, tapi jangan sampai "smoky flavour" merosakkan sel badan anda.

"Jangan telan biji cili tu! Nanti kena penyakit Appendiks!"Ayat ini mungkin ayat paling seram yang kita dengar masa keci...
19/01/2026

"Jangan telan biji cili tu! Nanti kena penyakit Appendiks!"

Ayat ini mungkin ayat paling seram yang kita dengar masa kecil dulu.
Sampaikan ada yang sanggup kuis buang setiap biji cili dalam nasi goreng, dan ada yang takut nak makan jambu batu sebab malas nak buang biji.

Tapi, sejauh mana kebenarannya? Adakah sebiji benih kecil mampu membunuh kita?

Jawapannya: Ia adalah MITOS dan FITNAH terbesar dalam dunia perubatan.

Secara anatomi, Appendiks (Umbai Usus) adalah satu tiub kecil buntu yang bersambung dengan usus besar. Penyakit Appendicitis berlaku apabila lubang tiub ini tersumbat, menyebabkan bakteria membiak, bernanah, dan akhirnya pecah.

Tapi, apa yang menyumbatkannya?
Kajian perubatan menunjukkan kebarangkalian untuk biji cili atau biji buah tersangkut di situ adalah sangat-sangat nipis (kurang daripada 0.05%).
Sistem pencernaan kita sebenarnya sangat licin dan cekap untuk menolak biji-biji kecil ini keluar sebagai najis.

Jadi, siapa penjenayah sebenar?
Punca utama Appendiks tersumbat sebenarnya adalah Najis Keras (Fecalith).
Ya, najis anda sendiri yang menjadi keras seperti batu lalu tersangkut di pintu masuk Appendiks. Selain itu, bengkak kelenjar limfa akibat jangkitan kuman (demam/sakit perut) juga boleh menutup lubang tersebut.

Kasihan biji cili dan biji jambu. Bertahun-tahun mereka dipersalahkan, walhal punca sebenar adalah sembelit dan kurang minum air.

Jadi lepas ni, tak payah la susah payah nak bedah sambal belacan tu semata-mata nak buang biji. Makan saja dengan tenang.

Cuma pesan kami, kunyahlah makanan sampai hancur. Bukan sebab takut appendiks, tapi supaya perut tak senak sebab nak hadam benda keras.

Kongsikan fakta ini kepada mak-mak kita yang masih trauma dengan biji cili.

"Jangan minum ais lepas makan nasi! Nanti lemak lauk tu membeku jadi macam lilin, melekat kat usus. Nanti kena serangan ...
19/01/2026

"Jangan minum ais lepas makan nasi! Nanti lemak lauk tu membeku jadi macam lilin, melekat kat usus. Nanti kena serangan jantung!"

Pernah dengar ayat ni? Mesti pernah kan. Mungkin mak, nenek, atau kawan ofis sebelah yang tegur tadi.

Logik mereka mudah: Kalau kita tuang lemak cair dalam singki dan siram air ais, lemak tu akan beku. Jadi, benda sama jadi dalam perut.

TAPI... Logik ini ada satu kecacatan besar dari sudut sains perubatan.

Tubuh badan manusia BUKAN singki dapur.

Badan kita adalah satu mesin biologi yang canggih yang sentiasa mengekalkan suhu dalaman sekitar 37Β°C (Homeostasis). Ini panas tau! Ia ibarat sebuah "oven" atau "jakuzi" semula jadi.

Bila anda telan air ais atau air batu campur (ABC):
Sebaik sahaja air itu masuk ke kerongkong dan sampai ke perut, suhu badan anda akan bekerja keras untuk memanaskan air tersebut supaya sama dengan suhu badan.

Proses ini berlaku sangat pantas. Dalam masa beberapa saat, air ais tadi dah tak sejuk. Ia dah jadi suam.

Jadi, macam mana lemak nak membeku kalau ia berendam dalam "kolam asid" yang suhunya 37Β°C?

Secara faktanya, lemak daging atau ayam yang anda makan tu akan dicernakan oleh asid perut dan enzim, bukan dibekukan oleh suhu air.

Yang membuatkan perut buncit dan lemak berkumpul di badan bukan sebab SUHU air tu (Ais atau Suam), tapi sebab GULA dalam air tu dan KALORI dalam makanan yang anda bedal tadi.

Jadi tengah hari ni, kalau cuaca panas terik, minumlah air ais kosong kalau itu yang buat anda lega. Jangan seksa diri.

Air kosong (tak kira sejuk atau panas) adalah sifar kalori. Yang bahaya tu Teh Tarik, bukan Ais.

"Tak Lalu Lah Nak Minum Susu..." Wajib Ke Minum Susu Untuk Tulang Kuat?Bila sebut pasal kalsium, benda pertama yang terl...
19/01/2026

"Tak Lalu Lah Nak Minum Susu..." Wajib Ke Minum Susu Untuk Tulang Kuat?

Bila sebut pasal kalsium, benda pertama yang terlintas di fikiran mesti susu. Tapi hakikatnya, ramai yang "tak lalu" nak minum susu.
Ada yang rasa muak, ada yang perut jadi bergelora (lactose intolerance), dan ada warga emas yang memang tak gemar rasanya sejak dulu lagi.

Persoalannya, wajib ke minum susu untuk dapatkan kalsium?

Jawapannya: TIDAK SEMESTINYA.

Kalsium memang kritikal untuk mencegah Osteoporosis (tulang rapuh), terutamanya apabila usia mencecah 50 tahun ke atas. Namun, jika susu bukan kegemaran anda atau ibu bapa anda, jangan paksa. Kita ada banyak "hero tempatan" yang kaya dengan kalsium!

Tips Untuk Warga Emas:

1. Rendam Ikan Bilis
Untuk mengelakkan masalah darah tinggi, rendam ikan bilis sebentar untuk buang lebihan garam sebelum digoreng garing.

2. Vitamin D
Kalsium takkan diserap dengan baik tanpa Vitamin D. Jadi, pastikan ada aktiviti jalan santai di bawah cahaya matahari pagi.

3. Variasi Menu
Masukkan tauhu dalam sup atau masak sayur kailan secara kerap untuk bekalan kalsium semula jadi.

Jadi, lepas ni jangan stres kalau tak lalu minum susu. Tukar strategi dengan makanan harian kita!

10/12/2025
Ramai ibu ayah risau bila nampak senarai ikan β€œtinggi histamin” yang dikongsi lalu terus fikir ikan itu bahaya untuk ana...
08/12/2025

Ramai ibu ayah risau bila nampak senarai ikan β€œtinggi histamin” yang dikongsi lalu terus fikir ikan itu bahaya untuk anak.

Sebenarnya, BUKAN ikannya yang salah. Histamin bukan datang dari ikan… tetapi dari cara ikan itu disimpan.
Bagaimana Histamin terbentuk dalam ikan tidak segar?

Histamin terbentuk bila ikan yang tinggi protein seperti kembung, tongkol, sardin atau tenggiri tidak disejukkan segera, dibiarkan pada suhu bilik atau hampir rosak. Bila ikan tidak segar, bakteria akan menukar bahan semula jadi dalam isi ikan (histidine) menjadi histamin, dan proses ini berlaku dengan sangat cepat..
Apa kesan kepada anak jika ambil makanan tidak segar yang tinggi histamin ini?

Kalau histamin terlalu tinggi, anak boleh mengalami gejala beberapa minit selepas makan. Muka merah panas, gatal, ruam, muntah, cirit-birit atau jantung berdebar. Ia nampak macam alergi, tapi sebenarnya keracunan makanan akibat ikan tidak segar

Apa kesan kepada bayi bawah 12 bulan?

Untuk bayi bawah 12 bulan, sistem usus mereka masih sangat sensitif. Itu sebabnya ikan berisiko tinggi lebih baik dielakkan jika kita tak pasti tahap kesegarannya.

Tapi untuk kanak-kanak yang lebih besar, ikan kekal makanan yang sangat berkhasiat: tinggi protein, tinggi omega-3, baik untuk otak dan tumbesaran. Ikan bukan musuh. Ikan yang tidak segar itu musuh sebenarnya.

Bagaimana nak elak histamin dalam ikan?

β€’ pilih ikan bermata jernih dan timbul
β€’ insang merah segar, bukan coklat gelap
β€’ isi pejal, tidak lembik
β€’ tiada bau busuk

Cara simpan di rumah:

β€’ ikan mesti terus dimasukkan ke peti sejuk
β€’ jika tidak masak segera, letak dalam bekas bertutup
β€’ kalau beli banyak, terus proses & simpan dalam freezer
β€’ jangan biarkan ikan duduk di suhu bilik lebih 1–2 jam

Kesimp**annya, ikan tetap makanan terbaik untuk kanak-kanak, kaya protein dan zat penting. Makan ikan adalah selamat selagi kesegarannya dijaga. Yang perlu kita bimbang bukan nama ikan… tetapi bagaimana ikan itu diurus dari laut sampai ke dapur kita.

Pagi selalu kita nak cepat. Ambil apa yang ada depan mata. Tapi tanpa sedar, ada sarapan yang nampak β€œbiasa” sebenarnya ...
08/12/2025

Pagi selalu kita nak cepat. Ambil apa yang ada depan mata.

Tapi tanpa sedar, ada sarapan yang nampak β€œbiasa” sebenarnya terlalu tinggi kalori, gula dan minyak.

Dan bila kita penat sepanjang hari, kita salahkan kerja, bukan sarapan yang sabotaj tenaga kita.

Ramai mak ayah pun sama.

Bangun awal, siapkan anak, terus capai sarapan paling dekat.

Tapi badan kita bukan robot.

Dia simpan setiap lebihan minyak, setiap sudu gula, setiap teguk manis yang kita anggap tak apa.

Jadi ini 5 sarapan yang kita patut mula kurangkan hari ini.

1. Nasi Lemak Kukus Extra Sambal
Gabungan santan pekat, sambal manis berlemak dan portion besar buatkan ia antara sarapan paling tinggi kalori di Malaysia.

2. Roti Canai + Kuah Kari Pekat
Roti canai ialah tepung + minyak + goreng. Kuah p**a tinggi lemak. Dua benda ni buat gula darah naik mendadak waktu pagi.

3. Mee Goreng Mamak
Manis, berminyak, banyak sos. Sedap, tapi sarapan ini memang buat badan cepat letih dan lapar semula.

4. Kuih Muih Manis (Onde Onde, Seri Muka, Tepung Pelita)
Walaupun kecik, kandungan gula dan santan tinggi. 3 biji kuih boleh cecah satu gelas air manis.

5. Teh Tarik / Milo Tarik / Kopi Manis
Minuman paling β€œhalus” merosakkan diet. Kadang-kadang gula dalam secawan ni lagi tinggi dari makanan berat.

Bukan sebab tak boleh makan langsung, tapi sebab kesannya perlahan. Diam. Dan akhirnya buat kita penat tanpa sebab.

Ajak pasangan, ajak kawan satu pejabat. Kita cuba pilih yang lebih baik untuk pagi esok.

Address

No. 33 & 33A Jalan RESIDEN 1, BEHRANG RESIDEN. BEHRANG STESEN
Tanjung Malim
35950

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Dialisis Perdana - Behrang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Rawatan Dialisis Perdana - Behrang:

Share