One Publication

One Publication 003745940-A

Penerbitan Novel • E-books • Dropship •

One Publication—We stand as ONE

🇲🇾MINI MERDEKA SALES🇲🇾Tajuk : Doktor Terapi HatiPenulis : Anna HannahBlurb : Kadang-kadang, yang paling pandai merawat… ...
26/08/2025

🇲🇾MINI MERDEKA SALES🇲🇾

Tajuk : Doktor Terapi Hati
Penulis : Anna Hannah
Blurb : Kadang-kadang, yang paling pandai merawat… adalah yang paling parah terluka.

Welson, seorang doktor psikiatri ternama, punya segalanya termasuk kerjaya, reputasi, dan senyuman profesional yang menyorokkan parut luka silam. Di sebalik kebijaksanaannya menangani pesakit, hatinya sendiri longlai tanpa arah.

Amanda p**a hadir seperti badai tenang. Gadis yang keras kepala tapi jujur, dengan kisah silam yang tidak pernah dia izinkan sesiapa dekati. Namun di ruang terapi itulah, dua jiwa mula berbicara bukan hanya sebagai doktor dan pesakit, tapi sebagai manusia yang saling menyembuhkan.

“You think you can fix me, Doctor?”
“No, Amanda. I just want you to know… you were never broken to begin with.”

Ketika sempadan profesional mula kabur dan emosi yang terpendam mula menggelegak, mereka diheret dalam dilema antara prinsip dan perasaan. Tapi mampukah cinta bertapak di medan yang selama ini penuh dengan luka dan rahsia?

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Tajuk : Si Degil vs Dr Hezron Aurel
Penulis : Viymiy
Blurb : Jenny seorang gadis degil , yang hanya mahu bebas dari rasa sakit yang membelenggu dirinya , tapi kedegilannya seringkali mengundang masalah . Teruma apa bila berhadapan dengan Dr . Hezron Aurel seorang doktor yang terkenal dengan wajah dingin dan tegas .

Pertemuan mereka bermula , dengan pertengkaran , tetapi semakin lama , semakin banyak rahsia terbongkar . Di sebalik keras kepala Jenny ada jiwa yang rapuh . Dan di sebalik ketegasan Hezron, ada hati yang perlahan-lahan jatuh.

Namun , mampuka cinta bertahan , bila masa silam , pengkhianat dan penyakit datang menguji ?

Atau mungkinkah kedegilan Jenny , menjadi alasan sebenar Hezron untuk terus berjuang di sisinya ?

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Tajuk : Tembakan Terakhir Untuk Cinta
Penulis : Athena
Blurb : Dilahirkan tanpa nama, dibesarkan tanpa keluarga—Arisya membesar dengan luka yang tak pernah sembuh. Setiap senyuman Alisya, si gadis sempurna yang punya segalanya, baginya hanyalah penghinaan.

Bila Datin Marissa dan Dato’ Leonard memilih Arisya sebagai anak angkat, pintu syurga seperti terbuka untuknya. Tapi di balik pelukan hangat itu, ada dendam yang membara. Arisya tidak sekadar mahu kasih sayang… dia mahu segalanya.

Alisya p**a, yang sejak dulu hanya tahu memberi dan mengalah, tiba-tiba terpaksa berkongsi rumah, kasih sayang, dan keluarga. Namun semakin dia cuba memahami, semakin hatinya hancur oleh senyuman sinis kakak barunya.

Cinta, keluarga, dan dendam akhirnya bertembung dalam satu rumah megah. Bila rahsia hati mula terbongkar, siapa yang akan benar-benar memiliki cinta itu… dan siapa yang akan kehilangannya untuk selama-lamanya?

🇲🇾 MEGA MERDEKA SALE!! 🇲🇾MAT MOTOR MERDEKA JATUH CINTA | Aya ShiDia cuma nak jadi juara jalanan. Tapi tak sangka 'lumba ...
26/08/2025

🇲🇾 MEGA MERDEKA SALE!! 🇲🇾

MAT MOTOR MERDEKA JATUH CINTA | Aya Shi

Dia cuma nak jadi juara jalanan. Tapi tak sangka 'lumba hidup' lagi mencabar.

Ray, mat motor tegar yang s**a mengejar adrenalin malam minggu, akhirnya tersangkut dalam program pemulihan belia selepas ditahan dalam satu operasi. Dia ingat hidup akan menjadi bosan, sebab perlu mengikut aktiviti kampung, panjat bukit, dan membuat kerja s**arelawan.

Tetapi hidup mula kacau apabila dia terjumpa Kayla, ketua projek sambutan Merdeka yang tampak seperti Miss Sempurna sangat. Garang, idealistik, dan benci budak motor, sampai Ray terasa hendak cabut lari je.

Namun siapa sangka, si ‘minah kemas’ itu rupanya anak kepada ASP yang Ray ingin temui, kerana Ray datang ke kampung itu dengan niat yang tak semua orang tahu. Dan bila rahsia itu terbongkar… semuanya takkan sama lagi. Kisah silam mereka lebih terikat daripada yang disangka...

Dalam bising enjin dan lagu Merdeka, dua jiwa yang berbeza belajar erti kemerdekaan, bukan untuk negara saja, tapi untuk diri sendiri.

🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️

SERENA : API DALAM HATIKU | Bella Hastel

“You don’t remember my name, do you?” - JUAN

Aku terdiam. Satu-satunya yang aku ingat… hanyalah bau cologne yang menyelamatkan aku dari asap hitam yang hampir membunuh.

“You pulled me out of the fire. That’s all I know.” - SERENA

Dia senyum hambar. Mata dia… terlalu letih untuk seorang lelaki yang pernah pegang nyawa aku dalam genggamannya.

“And you… you shouldn’t have been there at all.” - JUAN

Kebakaran kolej aku bukan sekadar kemalangan. Ada tangan yang sengaja mencetuskan api. Dan sekarang, sebagai pelajar kewartawanan, aku perlu bongkar kebenaran itu walaupun aku sendiri masih dihantui trauma.

Tapi semakin aku dekat dengan jawapan, semakin aku sedar… ada rahsia dalam diri Juan yang tak pernah diceritakan pada sesiapa.

Lelaki yang menyelamatkan aku… mungkin juga lelaki yang menyembunyikan sesuatu.

🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️

CINTA TAK BERSARA | Bo Mojo

Cinta sejati tidak diukur dengan muda atau tua, tetapi dengan kesetiaan yang tetap bertahan walau masa meragut segalanya.

Inilah kisah Danny dan Naomi. Pasangan sederhana yang hidup penuh dengan tawa, manja dengan gurauan, dan tabah menghadapi detik paling getir apabila usia dan sakit mula merenggut segalanya.

Namun hingga ke hujung nyawa, mereka membuktikan bahawa cinta tidak pernah bersara. Ia kekal hidup dalam ingatan, doa, dan kenangan yang abadi.

Sebuah kisah manis, pilu, dan menyentuh hati tentang cinta yang tak pernah mati.

🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️

CURANG UNTUK SETIA | Bunga Emmly

Bagi Qalesya, suami adalah dunianya yang tiada galang ganti. Demi rasa sayang ini, jururawat itu sanggup bergadai jiwa, sehingga nyaris tercabut nyawanya.

“Mulut mak dah berbuih nasihatkan kau, Sya. Untuk kali terakhirnya, tolonglah! Tinggalkan suami jahanam kau tu! Sebelum kau jadi pelacur!”

Qalesya tidak pernah kesal mahupun gementar, tapi hadirnya sosok kacak Dr. Raihan mula mengubah pendirian.

“Kalau ditakdirkan kita berpisah, sumpah abang akan pastikan abang jatuh cinta pada Sya semula, walau seratus kali, walau seribu tahun lagi.”

Sang perawat hati nan romantik itu bakal melatari rahsia hidupnya dengan penuh dramatik, menjadikan rasa rindu ini semakin fantastik, walaupun hubungan mereka bakal dicemari angkara mistik.

“Saya terlalu cintakan dia, biarlah saya berdosa, kerana ini saja caranya untuk saya sedarkan dia... atau terus lepaskan dia.”

Demi cinta agung, Qalesya rela menanggung. Namun selama mana dia sanggup menelan derita untuk bahagia, sampaikan berani mencurang untuk setia?

🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️

BIARKU SEMBUHKAN HATIMU, SANG MEJAR! | Fiona Poem

Di medan bencana, mereka menyelamatkan orang lain. Tapi siapa yang menyelamatkan mereka?

Seorang doktor wanita yang percaya pada kasih dan pengharapan. Seorang lagi pegawai lelaki yang kehilangan segalanya, termasuk imannya terhadap cinta sejati.

Dalam runtuhan dan darah, mereka menemui sesuatu yang lebih kuat dari trauma, yakni suatu butir indah pengorbanan dan cinta sejati.

Bila dua jiwa bertemu dalam waktu yang salah, adakah kasih mereka akan bertahan, atau hanyut bersama angin perang?

🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️

PENCURI HATI MEJAR ICE | Nur Isma

Izwan lelaki berwajah dingin, s**ar didekati dan terlalu setia pada kerjayanya sebagai juruterbang TUDM. Berpangkat Mejar dan lebih dikenali dalam pas**an dengan nama panggilan Mejar Ice.

Pertemuan tidak sengaja di sebuah taman ketika berjoging menjadi titik mula perkenalan mereka. Insiden pelanggaran kecil itu membawa kepada sesuatu yang tak disangka. Apatah lagi apabila mereka sebenarnya berjiran.

Hati Izwan mula terpaut pada Nadira, namun dia dihantui keraguan. Status dan kerjaya menjadikan dia risau. Luka lama masih membekas, lebih-lebih lagi selepas rumahtangga terdahulu berakhir kerana tiada kesefahaman.

Namun, dia tidak mampu menafikan perasaannya. Nadira telah berjaya mencuri hatinya. Dan dia meluahkan segalanya.

Nadira menerima Izwan seadanya. Namun, bahagia mereka tak lama. Tiga bulan selepas bernikah, muncul Misha bekas isteri Izwan, bersama seorang anak perempuan bernama Dalila.

Anak yang tidak pernah sempat dibesarkan Izwan. Kini, dia nekad menebus kesilapan lalu. Dalila diterima dan dijaga penuh kasih sayang… namun tanpa sedar, Izwan mula mengabaikan Nadira.

Hadirnya Dalila mengubah segalanya. Rumahtangga mereka mula renggang. Kepercayaan semakin pudar. Nadira menahan rasa, memendam luka demi luka. Sehinggalah satu hari, tersingkap sebuah kebenaran yang lama tersembunyi.

Apakah yang sebenarnya berlaku antara mereka? Bahagiakah akhir kisah cinta Izwan dan Nadira? Dan apakah rahsia yang berjaya Nadira bongkarkan? Jom baca kisah ini...

🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️

SHERIFF: Lux et Labyrinthus Criminum | Izzy Isabelle Jones

Selepas beberapa kes penculikan tanpa jejak, rompakan tanpa bukti, dan pembunuhan misteri gagal diselesaikan, Bukit Aman menubuhkan D11—unit elit yang menghimpunkan penyiasat terbaik dari pelbagai cawangan. Tugas mereka: menyelesaikan kes pelik yang menentang logik biasa.

Bunyinya hebat sekali... Namun kebenarannya, D11 ditubuhkan untuk membuang pegawai-pegawai yang tidak dis**ai ke dalam satu unit dan membiarkan mereka menguruskan kes yang tiada siapa boleh selesaikan.

"Aku ni pegawai atasan kau, tau tak! Ish, takde adab betullah orang baru ni!" -Inspektor Sheriff

"Aku dipindahkan ke sini untuk pastikan kau, Inspektor Sarip, tak memalukan PDRM lagi." -Sarjan Mejar Iris

"S... Sarip?! Woi, call me 'Sheriff', okay! Bukan Sarip. Apa, kau ingat Sarip Dol apa?" -Inspektor Sheriff

Dibuang ke unit pelik D11, Inspektor Sheriff dan Iris tidak pernah sehaluan. Dia lantang, kuat perasan, selalu melanggar SOP, dan sentiasa mencari bala. Iris p**a garang, beku, dan seringkali jadi penyelamat bila Sheriff dilanda bahaya.

Apabila seorang CEO syarikat besar hilang dalam genangan darah dan seorang tukang tilik ditemui mati dengan selendangnya sendiri, mereka terpaksa bekerjasama untuk menguraikan rahsia wasiat palsu, darah yang 'tidak logik', dan bukti yang direka dengan licik.

"Kadang-kadang... Keadilan perlukan sedikit drama."

"Kalau dia dah mati dua tahun yang lalu... Siapa sebenarnya yang selama ini kita kejar?"

Jenayah gelap. Penyiasatan berliku. Dan seorang inspektor yang peliknya... masih lagi belum dibuang kerja.

"Kau? Hero? Kau tu lebih macam badut PDRM dari seorang pegawai polis."

"Dia pegawai yang berkebolehan. Tapi tulah... Bodoh tak bertempat."

SHERIFF: Lux et Labyrinthus CIza Imandi mana komedi bertemu jenayah, dan misteri terbesar ialah kenapa Sheriff masih belum dibuang kerja.

🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️🧚‍♀️

INSPEKTOR HATI DOKTOR JIWA | Iza Iman

Kerana perlanggaran kecil, ia telah mempertemukan seorang doktor pakar dan seorang inspektor polis. Daniel Rayyan dan Aulia Ismaira sering bertekak sedangkan mereka tidak pernah tahu mereka bakal dijodohkan. Tiada rasa tenang yang hadir setiap kali mereka bertemu. Yang ada hanyalah bahasa kesat dan maki hamun.

Sabrina, teman karib Daniel Rayyan yang juga seorang anggota polis sudah lama menyimpan perasaan terhadap Daniel Rayyan. Dia menyimpan rasa marah kerana Aulia Ismaira gagal menyelamatkan ibunya dalam satu pembedahan. Dia menganggap Aulia Ismaira jahat dan dia mahu membalas dendam. Satu ketika, Aulia Ismaira diculik dan Sabrina berada dalam kump**an penculikan tersebut.

Tanpa Aulia Ismaira duga, itu semua hanya satu lakonan untuk memberkas sindiket dadah. Tok Misai dan konco-konconya berjaya diberkas dengan bantuan Sabrina. Sejak itu, persepsi terhadap Sabrina telah berubah. Tiada lagi sisi negatif. Nilai persahabatan yang tinggi menjadikan mereka semua bersama-sama merasai semangat kemerdekaan.

Daniel Rayyan dan Aulia Ismaira mula belajar untuk mencipta rasa cinta dan semangat kemerdekaan bersama-sama. Mereka adalah inspektor hati dan doktor jiwa yang saling memerlukan. Tiada lagi rasa benci. Yang kekal hanyalah rasa cinta yang tidak bernoktah dan kekal bersemarak di taman bahagia.

8 EBOOK | 8 PENULIS
Harga RM 40

https://wa.me/60143630180

🌹 KOMBO DARK EBOOK 🌹MISS KARINA BLOOD & KELAB ISTERI-ISTERI DERHAKA________________________________________🔥 PROMOSI TER...
26/08/2025

🌹 KOMBO DARK EBOOK 🌹

MISS KARINA BLOOD & KELAB ISTERI-ISTERI DERHAKA
________________________________________
🔥 PROMOSI TERHAD! 23/8 - 8/9 SAHAJA! 🔥
💀 DUA DUNIA GELAP. SATU HARGA ISTIMEWA. 💀
________________________________________

🌹⚡ KOMBO GELAP YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA! ⚡🌹

Adakah anda berani menyelami dua dunia yang paling gelap dalam jiwa manusia?

🗡️ MISS KARINA BLOOD - Bella Hastel

"Her blade doesn't shine. It bleeds."

Pada siang hari, dia bersinar sebagai model terkenal. Anggun, menawan, diidamkan semua orang. Tetapi bila malam tiba, topengnya jatuh—dia menjadi pembunuh upahan yang kejam. Setiap bilah di tangannya menandakan kematian.

Hatinya pernah dikhianati oleh orang yang dipercayai, menjadikannya keras, dingin, berbahaya. Tetapi kehadiran seseorang yang misteri mula mengusik dinding yang dia bina...

Bolehkah cinta dan kemanusiaan bertahan di dunia yang penuh darah dan pengkhianatan?
________________________________________
🌙 KELAB ISTERI-ISTERI DERHAKA - Arianna Delisha

"Ketika isteri lupa akan tempatnya dalam rumahtangga."

Naira mempunyai kehidupan yang sempurna—suami penyayang, dua anak sihat, rumah selesa. Tetapi hatinya terasa kosong.

Satu klik di Instagram. Satu profil Datin Qistina yang glamor. Satu "Manual Nafkah Rohani" yang mengajar isteri memberontak terhadap suami.
Rumah yang dahulu dipenuhi kasih sayang bertukar menjadi medan perang.

Naira tidak sedar dia sedang menghancurkan perkahwinannya sendiri. Dalam kesombongan baru, dia menolak nasihat suami. Dalam kemarahan yang dipupuk, dia melupakan tanggungjawab sebagai isteri solehah.

Kata-kata kejam terakhir kepada Farid menjadi pemangkin tragedi yang tidak dapat diubah lagi.
________________________________________
💎 MENGAPA KOMBO INI ISTIMEWA?

🔪 MISS KARINA BLOOD: Thriller psikologi yang menguji batas antara kemanusiaan dan kegelapan

⚖️ KELAB ISTERI-ISTERI DERHAKA: Peringatan keras tentang bahaya nusyuz dan juga manip**asi ajaran sesat yang bertopengkan feminisme

DUA CERITA. DUA PERSPEKTIF GELAP. SATU PENGAJARAN MENDALAM.
________________________________________
⏰ TAWARAN TERHAD - 16 HARI SAHAJA!
HAREGA KOMBO DARK: R -M 27 SAHAJA!

✨ JIMAT
✨ 24 JAM DELIVERY - READY PDF
✨ DUA NOVEL LENGKAP
✨ KUALITI PREMIUM
________________________________________
🎯 UNTUK SIAPA KOMBO INI?

✅ Pencinta thriller psikologi yang mencari cerita berbeza

✅ Wanita Muslim yang mahu memahami bahaya tersembunyi zaman ini

✅ Pembaca dewasa yang berani menyelami tema gelap tetapi bermakna

✅ Peminat dark fiction yang mencari karya tempatan berkualiti tinggi
________________________________________
Bacalah sebagai iktibar dan hiburan dewasa. 18+ sahaja.
________________________________________
________________________________________
📲 ORDER SEKARANG:

HUBUNGI DROPSHIP ANDA ATAU KLIK LINK DI SINI
https://bit.ly/kombodark

Jangan tunggu sampai promosi habis!
Stock terhad untuk harga istimewa ini!
________________________________________

________________________________________
🌙 "Dalam kegelapan, tersembunyi pengajaran yang paling berharga..." 🌙

Jika anda adalah DROPSHIPPER yang ingin mrmgambil bahagian dalam pemasaran kombo dan ebook ini, Sila DM terus. Kami mengalu aluka. Anda.

Sebarang pertanyaan boleh DM terus penulis Daisy Aurora  berkenaan dengan buku2 nya ek~
08/08/2025

Sebarang pertanyaan boleh DM terus penulis Daisy Aurora berkenaan dengan buku2 nya ek~

Sebarang pertanyaan boleh DM terus penulis Fiona Poem Ffj Fiona berkenaan dengan buku2 nya ek~ selain poster di bawah, a...
08/08/2025

Sebarang pertanyaan boleh DM terus penulis Fiona Poem Ffj Fiona berkenaan dengan buku2 nya ek~ selain poster di bawah, ada banyak lagi karya beliau~

Sebarang pertanyaan boleh DM terus penulis Bella Hastel berkenaan buku2 nya ek~
08/08/2025

Sebarang pertanyaan boleh DM terus penulis Bella Hastel berkenaan buku2 nya ek~

KOMBO CINTA Iza Iman BLURB:CINTA YANG BERSEMIHidup dalam kebebasan sudah menjadi impian Rose Lynda sejak dulu lagi. Tanp...
08/08/2025

KOMBO CINTA Iza Iman

BLURB:

CINTA YANG BERSEMI

Hidup dalam kebebasan sudah menjadi impian Rose Lynda sejak dulu lagi. Tanpa insan bergelar kekasih hati, Rose Lynda merasa sungguh seronok. Tidak ada yang menyekat rutin hariannya. Tapi, kegembiraan tidak selalu menyebelahinya. Dia akhirnya terikat dengan permintaan mamanya yang inginkan menantu. Jika gagal, dia akan dikahwinkan dengan seorang duda tua beranak dua.

Aduh, itu benar-benar membuatkan emosi Rose Lynda bertukar corak. Gara-gara permintaan mamanya, dia dengan beraninya membuat perjanjian kontrak dengan Razlan, satu-satunya kerani baru di ofisnya. Rose Lynda melamar Razlan saat itu juga dan Razlan terkesima. Apakah yang akan terjadi dalam perkahwinan mereka? Dapatkah mereka menyemai kasih bersama ataupun hanya perjanjian kontrak sahaja yang bertulis di antara mereka?

“Saya nak lamar awak menjadi suami saya, Razlan.” – ROSE LYNDA.

“Saya ni hanya cebisan kertas yang tak berguna di mata awak kan, Lyn? Awak tak pernah anggap saya ni suami awak selama ini.” RAZLAN.

🌹🌹🌹

BLURB:

P.A KU ISTERIKU

Kisah mereka bermula apabila Natalia tertumpahkan minuman di baju Freddy tanpa disengajakan. Natalia selaku pelayan terpaksa berdepan dengan pelanggan yang sangat cerewet. Pelbagai hinaan Freddy lemparkan namun akhirnya, Natalia memilih untuk resign. S**ar untuk diterima segala hinaan yang dilemparkan.

Mereka dipertemukan kembali dalam satu kehidupan yang tidak dijangka. Sekali lagi Natalia rasa serabut berdepan dengan Freddy. Apa yang Freddy lakukan sehingga Natalia rasa serabut?

Jodoh yang telah digariskan merubah segalanya. Hubungan mereka disatukan dalam satu perkahwinan kontrak. Kehadiran Eriz, teman baik Freddy hadir untuk merampas cinta yang lewat disempurnakan. Natalia takut hubungannya dengan Freddy goyah kerana Eriz sedangkan kehadirannya hanya untuk merealisasikan misi. Misi apa yang Eriz hendak realisasikan? Berjayakah Eriz dengan misinya? Semuanya akan terjawab dalam P.A KU ISTERIKU.

“Lia... Eddy banyak kekurangan diri. Eddy harap Lia boleh sempurnakan kekurangan itu.” – FREDDY.

'Aduh! Baiknya dia. Kenapa aku tidak nampak semua kebaikan dia sebelum ini? Orang cakap ego dia tinggi. Tapi aku tidak nampak pun ego dia. Yang aku nampak hanyalah kebaikan dan keikhlasan.' – NATALIA.

“Kau tak akan bahagia kahwin dengan dia. Kau tidak cintakan dia.” – ERIZ.

https://wa.me/message/WSQLMS6MY5HGO1

E-BOOK: LELAKI DALAM TEMPAYANBlurb:Juliet bukan penjual mangga biasa. S**a bercakap seorang diri. Kerana tragedi yang me...
08/08/2025

E-BOOK: LELAKI DALAM TEMPAYAN

Blurb:

Juliet bukan penjual mangga biasa. S**a bercakap seorang diri. Kerana tragedi yang menimpa keluarganya dia jadi marah pada laut, tapi tetap keras kepala berniaga di jeti malah tinggal pun di rumah tepi pantai. Logik? Jangan tanya.

Semuanya berubah bila dia terjumpa sesuatu tersangkut di jala ikan — seorang lelaki tampan... yang berekor! Savior, seekor duyung jantan yang ego dan garang, langsung tak s**akan manusia. Tapi siapa sangka, dia boleh tersangkut p**a pada Juliet, si penjual mangga paling pelik atas muka bumi.

Dari pertemuan pelik ini, bermulalah persahabatan yang huru-hara — dan perlahan-lahan, timbul rasa cinta yang manis. Dalam pada lawak pelik, konflik air masin, dan sirip bergemerlapan dibaluti sarung pelikat, Juliet dan Savior akan belajar: kadang-kadang, luka lama hanya boleh sembuh... bila hati berani untuk percaya semula.

E-BOOK :DUDA LARIS MISI MENCARI JODOH

Tiga duda. Tiga hati kecewa. Satu misi: mencari jodoh sejati.

Rain, Jo dan Koi — sahabat sejati dari zaman sekolah — berkongsi takdir malang yang sama: diceraikan dan ditinggalkan oleh wanita yang pernah mereka cintai. Bila hidup terasa kosong, mereka bangkit dengan satu tekad — memperbaiki diri dan mencari cinta yang sebenar.

Dengan bantuan Lily, si bekas rakan sekolah yang pernah mereka ejek dulu (dan kini lebih bergaya dari mana-mana selebriti), mereka melalui transformasi luar dan dalam. Dari blind-date yang memalukan hingga pelajaran hidup yang mendalam, mereka menyedari bahawa cinta sejati bukanlah sesuatu yang mudah — ia perlu diperjuangkan, dimengerti dan, yang paling penting, dimiliki dengan keikhlasan.

“Duda-Duda Laris: Misi Mencari Jodoh” adalah kisah komedi romantik yang menggugah emosi dan penuh dengan detik lucu, sentuhan ikhlas serta mesej bahawa... dalam perjalanan mencari cinta, kita juga mungkin akan menemui diri sendiri.

https://www.wasap.my/601169534612/nakbeliebook

Boleh hubungi Aya Shi untuk keterangan lanjut mengenai Ebooknya 🫰
06/08/2025

Boleh hubungi Aya Shi untuk keterangan lanjut mengenai Ebooknya 🫰

01/08/2025

Terima kasih yang dah beli and support! Thank you team pembaca dan team DS yang selalu promote. Dengan ini kombo Neraka tamatkan penjualan.

Ready File✅penghantaran 24 jam✅RM36 untuk tiga! 🔅 KOMBO FANTASI 🔅E-BOOK: LELAKI DALAM TEMPAYANJuliet bukan penjual mangg...
02/05/2025

Ready File✅
penghantaran 24 jam✅
RM36 untuk tiga!

🔅 KOMBO FANTASI 🔅

E-BOOK: LELAKI DALAM TEMPAYAN

Juliet bukan penjual mangga biasa. S**a bercakap seorang diri. Kerana tragedi yang menimpa keluarganya dia jadi marah pada laut, tapi tetap keras kepala berniaga di jeti malah tinggal pun di rumah tepi pantai. Logik? Jangan tanya.

Semuanya berubah bila dia terjumpa sesuatu tersangkut di jala ikan — seorang lelaki tampan... yang berekor! Savior, seekor duyung jantan yang ego dan garang, langsung tak s**akan manusia. Tapi siapa sangka, dia boleh tersangkut p**a pada Juliet, si penjual mangga paling pelik atas muka bumi.

Dari pertemuan pelik ini, bermulalah persahabatan yang huru-hara — dan perlahan-lahan, timbul rasa cinta yang manis. Dalam pada lawak pelik, konflik air masin, dan sirip bergemerlapan dibaluti sarung pelikat, Juliet dan Savior akan belajar: kadang-kadang, luka lama hanya boleh sembuh... bila hati berani untuk percaya semula.

***

E-BOOK: MY LOVE FROM THE DEEP BLUE SEA

Alana Theia merupakan seorang gadis yang luar biasa. Dia menjalani hidup sebagai seorang manusia biasa di mata umum biarpun sebenarnya dia adalah seekor ikan duyung. Namun tiada seorang pun yang mengetahui tentang rahsia terbesarnya itu.

Dia berkerja di siang hari sebagai setiausaha di salah sebuah syarikat tekstil. Majikannya Mr.Mason Zambala seorang jejaka tampan yang digilai para wanita di sekelilingnya.

Namun secara perlahan lahan Mr.Mason mulai tertarik dengan personaliti Alana Theia yang baginya sangat berbeza dengan wanita lain. Mereka mulai meluahkan perasaan masing masing.

Namun demikian, secara tidak langsungnya Alana Theia telah pun melanggar pantang larang keturunan para duyung. Sesiapa mereka yang jatuh cinta dengan manusia akan mati secara perlahan lahan di sisi manusia yang dicintainya.

Salah satu cara untuk terus hidup adalah kembali ke dasar laut dan tidak meneruskan cintanya kepada manusia. Namun, adakah Alana Theia akan mati? Apakah pilihannya diantara cinta dan hidup? Bagaimanakah p**a reaksi Mason Zambala setelah mengetahui wanita yang dicintainya adalah seekor duyung?

***

E-BOOk: RAHSIA BOSKU SI ENCIK SOTONG

Selama bekerja sebagai assistant di Trident Beauty Salon, Yuhanna Johannson tidak pernah mengambil peduli berkenaan hal peribadi bosnya yang bersikap lelaki lembut. Bukan Yuhanna prejudis terhadap lelaki bergelar mak nyah ni, cuma dia tersangatlah menyampah dengan lagak pondan bosnya, Ren Williams, yang seakan dibuat-buat.

Siapa sangka rupanya Ren itu bukanlah seperti yang disangka semua orang. Dia menyimpan rahsia besar di sebalik kepondanan dia itu.

Apakah rahsia yang disimpan oleh Ren? Adakah setelah mengetahui rahsia bosnya akan mengundang masalah pada Yuhanna?

💐💐💐

“Yoon Yooooooon…~”

Menggeliat aku tatkala terdengar suara sotong memanggil. Kenapa mesti jadi sotong? Tak boleh ke jadi manusia normal saja? Hairan betul aku.

“Nah, udang grilled,” Ren tersenyum manja sambil meletakkan udang yang sudah siap grilled ke pinggan aku.

“Ohhh udang, bukan sotong?” aku bersuara perlahan, menyindir.

“Kenapa, you nak sotong ke? Kejap ya…” ujar Ren lagi.

“Tak nak.”

Terus saja Ren datang hampir sambil berbisik ke telinga aku,

“You sarkastik ya, perempuan,” dia bersuara garau, “Tarik you masuk air karang baru you tahu.”

Bila dia berundur semula, siap senyum sinis lagi kat aku. Kemudiannya Ren menyandar semula di kerusi dia, tersengih-sengih nakal.

Gulp.

Apa hal panas-panas muka aku ni bila menatap sisi Ren yang kononnya bad boy tadi? Ihh! Jilake. Geli aku.

https://wa.me/message/WSQLMS6MY5HGO1

Address

Tapah

Website

http://shopee.com.my/bomojo88

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when One Publication posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to One Publication:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram