Jackyz Latihan Pengendalian Makanan

Jackyz Latihan Pengendalian Makanan Sila klik https://mylink.la/jzsolution18 untuk menyemak jadual dan mendaftar kursus LPM Ia ditubuhkan pada tahun 2018. Fi kursus hanya RM50 seorang.

JACKYZ SOLUTION merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktirafkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada 1 Jan 2019, sekolah tersebut secara rasminya memberikan Latihan kepada pengendali-pengendali makanan di Malaysia. Saya adalah Koordinasi dan Tenaga Pengajar dalam sekolah ini. Keselamatan Makanan merupakan salah satu aspek yang perlu diberikan perhatian. Daripada gerai, pasar ma

lam, taska, kenderaan makanan, katering, kantin, kafeteria, restoran, kilang pemprosesan, ke pengeksport makanan. Setiap pengusaha makanan perlu memastikan kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa dijaga sementara mengendalikan bisnes makanan supaya dapat mengelakkan kes keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan, membantu meningkatkan reputasi syarikat,meningkatkan keyakinan pelanggan ke atas syarikat dan sejurusnya membolehkan syarikat mengaut keuntungan yang berterusan. Kami membekalkan Latihan kepada setiap Pengendali Makanan* supaya mereka dapat memperolehi konsep betul ke atas pengendalian makanan dan pada masa yang sama mematuhi Peraturan 30 bagi Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009. Selepas peserta mengikuti kursus dalam talian atau ursus bersemuka selama 3 jam, mereka akan menerima sijil Latihan Pengendali Makanan dari pihak sekolah. Sijil ini adalah sah seumur hidup dan diterima di seluruh Malaysia (tidak perlu diperbaharui). Menurut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009, setiap bisnes makanan perlu memastikan

1. untuk memiliki pendaftaran premis*
2. pengendali-pengendali makanannya memiliki Sijil Latihan Pengendali Makanan
3. pengendali-pengendali makanannya memiliki Kad Kesihatan / Vaksinasi Anti-Tifoid

Pengusaha / Pengurus / Penyelia bisnes makanan yang ingin mengaturkan krew mereka mengikuti kursus boleh klik pautan pendaftaran kursus berikut dan memilihkan tarikh kursus serta meninggalkan maklumat krew, atau menghubungi saya untuk mengaturkan kelas. Kalau ada kuantiti pengendali makanan yang mencukupi, dan Tuan Puan rasa masa kursus adalah tidak sesuai, kami boleh runding untuk mengaturkan kelas tambahan. Tuan puan juga boleh memilih kelas Bahasa Malaysia atau kelas Mandarin. Setakat ini, JACKYZ SOLUTION akan menganjurkan kelas fizikal pada pagi Sabtu akhir setiap bulan , antara 9am hingga 12pm, bertempat di ISM. Setiap kelas boleh memuat 30 orang saja. Pautan Pendaftaran: https://mylink.la/jzsolution18


*Definisi Pengendali Makanan (Siapa perlu ikut kursus):

1. Dalam premis makanan, mereka yang

1.1 menyediakan makanan
1.2 menyentuh makanan permukaan sentuhan makanan
1.3 mengendalikan makanan samada berbungkus atau tidak dan perkakas

2. Pengendali Makanan yang belum ada Sijil Latihan Pengendali Makanan。

07/05/2026
Berikut adalah antara kesalahan biasa yang sering berlaku di premis makanan:❌ Pengendali makanan tidak menghadiri kursus...
13/04/2026

Berikut adalah antara kesalahan biasa yang sering berlaku di premis makanan:

❌ Pengendali makanan tidak menghadiri kursus LPM
❌ Pengendali makanan tidak menjalani vaksinasi anti-tifoid
❌ Pengendali Makanan berkuku panjang / tidak memakai apron semasa mengendalikan makanan
❌ Pengendali Makanan memakai seluar pendek atau selipar semasa bekerja
❌ Makanan diletakkan di atas lantai
❌ Tiada slip pendaftaran premis di dalam premis

Perkara-perkara ini bukan sekadar kesalahan kecil. Ia boleh meningkatkan risiko pencemaran makanan dan memberi kesan kepada kesihatan pelanggan.

Ramai pengusaha hanya sedar bila pemeriksaan sudah berlaku.

Jika anda ada staf yang belum menjalani kursus, jemput semak jadual kelas saya. Selain kelas ONLINE, ada juga kelas fizikal (di bandar anda).

Cikgu Chung
Pautan Pendaftaran: https://mylink.la/jzsolution18

(Sila semak komen untuk mengetahui bilangan tempat tertinggal)

Address

TB900, Jalan Chong Thien Vun, Mile 3
Tawau
91000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jackyz Latihan Pengendalian Makanan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Jackyz Latihan Pengendalian Makanan:

Share