Dr Amir Mobile Clinic

Dr Amir Mobile Clinic Medical and Surgical Clinic surgery

12/02/2025

咳嗽了一个星期,终于决定去看医生。这家诊所我还是第一次来,可医生和护士一看到我,就露出一副“好像认识你”的表情。

可当医生翻看报告时,发现里面并没有我的记录

医生也笑着说:“我也觉得你很熟悉。”

我随口回答:“你肯定是在面子书看到我的。”

医生听了,立刻叫出我的名字:“Madam Thong!”

我点头:“对,我是卖房子的。”

诊所里的人听了都笑了起来,气氛顿时变得轻松又有趣。

Batuk selama seminggu, akhirnya saya memutuskan untuk pergi berjumpa doktor. Ini kali pertama saya datang ke klinik ini, tetapi doktor dan jururawat terus menunjukkan reaksi seperti mereka mengenali saya.

Namun, apabila doktor menyemak rekod, tiada maklumat saya di dalamnya.

Doktor tersenyum dan berkata, “Saya pun rasa awak sangat familiar.”

Saya terus menjawab, “Mesti sebab awak pernah nampak saya di Facebook.”

Mendengar itu, doktor serta-merta menyebut nama saya, “Madam Thong!”

Saya mengangguk dan berkata, “Ya, saya jual rumah.”

Semua orang di klinik ketawa, dan suasana pun menjadi lebih santai dan ceria.

Sehubungan dengan itu , klinik akan beroperasi seperti biasa : Isnin - Jumaat PAGI09:00AM - 03:00PMMALAM 07:00PM - 09:00...
15/09/2024

Sehubungan dengan itu , klinik akan beroperasi seperti biasa :

Isnin - Jumaat
PAGI
09:00AM - 03:00PM
MALAM
07:00PM - 09:00PM
Sabtu
09:00AM - 03:00PM


sempena bulan ramadhan yang mulia klinik kami menawarkan promosi suntikan lutut sebanyak 40% sebarang pertanyaan boleh h...
25/03/2023

sempena bulan ramadhan yang mulia
klinik kami menawarkan promosi suntikan lutut sebanyak 40%

sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

011-7074 6146

SALAM RAMADHAN MUBARAK KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DARI Dr Amir Clinic & Surgery

13/06/2022

Apakah rawatan untuk cacar monyet (monkeypox)❓

Lazimnya jangkitan cacar monyet sembuh sendiri tanpa rawatan khusus dalam tempoh 2 ke 4 minggu. Gejala yang teruk kebiasaanya berlaku dalam kalangan kanak- kanak. la berkait dengan tahap pendedahan kepada virus dan status kesihatan pesakit.

24/05/2022

📈 Wabak monkeypox yang disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses telah melanda beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Laporan awal mengatakan sebahagian kes yang mengalami jangkitan monkeypox ini mendapat jangkitan melalui kontak langsung dengan individu lain (pesakit monkeypox).

✅ Oleh itu, KKM ingin menasihati pengembara ke kawasan-kawasan yang terdapat kejadian monkeypox untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang dikongsikan.

KKM juga akan terus memantau perkembangan situasi monkeypox ini melalui laporan yang dikeluarkan oleh pihak WHO dan melakukan pemantauan kes disyaki monkeypox di Malaysia di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

13/05/2022

⚠️ Waspada dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Penyakit HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di mana ruam lepuh muncul di tangan, kaki dan kawasan lampin serta ulser dalam mulut.

Perhatikan tanda-tanda jangkitan HFMD pada anak anda. Sekiranya ada,

👉 anak anda perlu dikuarantin supaya tidak menjangkiti kanak-kanak lain.
👉 elakkan berkongsi alatan peribadi, makanan dan permainan anak anda yang dijangkiti HFMD dari anak yang lain.
👉 jangan hantar anak ke taska / tadika / sekolah.
👉 kerap lakukan pembersihan dan disinfeksi pada alatan dan permukaan yang kerap disentuh oleh anak.

JAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN DEMI MENCEGAH HFMD DARI MENJANGKITI ANAK ANDA.

15/03/2022

Ubat sakit tekak tak ada?

Jangan risau. Bukan semua sakit tekak memerlukan ubat apatah lagi antibiotik.

Gunakanlah cara alternatif yang telah terbukti berkesan.

1 . Madu

Madu telah terbukti berkesan untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Ambil 1 sudu kecil untuk 2X sehari. Bukan sahaja melegakan sakit, madu juga membantu untuk menyembuhkan luka di tekak.

2. Kumur Air Garam

Air garam yang suam dapat melegakan gejala sakit tekak. Ia juga boleh membantu membunuh kuman dan mengurangkan radang tekak. Kumur setiap 4-6 jam. Hati hati jangan tertelan p**a

3. Minum teh

Teh peppermint dan chamomile boleh membantu untuk mengurangkan radang dan mencairkan kahak. Bau yang nyaman mengurangkan gejala sakit tekak dan batuk

Selain itu, jika ada humidifier atau pelembab udara boleh gunakan untuk melembabkan persekitaran. Minum banyak, jangan merokok dan pastikan cukup tidur untuk menguatkan ketahahanan tubuh

10/01/2022

Adegan menyedut bisa ular kemudian meludah ke tanah yang biasa di paparkan dalam filem bukan cara yang betul jika di patuk ular. Sama juga dengan mengoyak kain dan mengikat bahagian tubuh yang di patuk.

Mari berkhatan sempena cuti sekolah..Sila hubungi kami untuk maklumat dan temujanji.
19/12/2021

Mari berkhatan sempena cuti sekolah..
Sila hubungi kami untuk maklumat dan temujanji.

14/12/2021

Ayam sekarang viral… harap2 jangan ada yang terbeli ayam suntik

01/12/2021

Pagi ini jika ada pergi ke kedai untuk sarapan pagi, lihatlah produk ini masih berleluasa digantung di belakang kaunter bayaran.

Akuilah bahawa penguatkuasaan terlalu lemah sehingga produk yang telah di haramkan sekian lama masih dijual dengan mudah.

Ramai individu yang pernah minum kopi ini mengadu berasa pening atau sakit kepala selepas minum kopi ini. Ada yang perlu di papah keluar dari kedai makan dan tidak dapat memandu p**ang ke rumah.

Ini kerana kopi ini mengandungi bahan beracun berjadual jenis Sildenafil iaitu bahan yang menyebabkan saluran darah mengembang dan menyebabkan tekanan darah turun mendadak.

Jika anda tidak bernasib baik, bekalan darah ke jantung dan otak boleh berkurangan dengan mendadak dan jantung boleh berhenti berdegup.
Jika anda masih mengamalkan minuman ini sila berhenti dan dapatkan pemeriksaan segera. Jika anda masih menjual dan mengedarkan produk ini hentikan segera.

Address

Tawau

Opening Hours

Monday 09:00 - 15:00
19:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 15:00
19:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 15:00
19:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 15:00
19:00 - 21:00
Friday 09:00 - 15:00
19:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 15:00

Telephone

+6089716886

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Amir Mobile Clinic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Amir Mobile Clinic:

Share