Handbook Ruqyah

  • Home
  • Handbook Ruqyah

Handbook Ruqyah Boleh dapatkan secara online di: http://www.handbookruqyah.com/

Handbook Ruqyah Syariyyah beserta Khutbah KISWAH yang disusun oleh pengasas dan pengarah urusan KISWAH, Us Hayat an Naqshbandi untuk kegunaan perawat dan pesakit. Sebuah handbook 'ala buku Yaasin malam Jumaat' yang boleh menjadi panduan perawat dan pesakit untuk dibacakan kepada penderita sihir, santau, busung, saka, susuk, kanser, pukau, histeria, pesakit misteri dsb.... yang disusun oleh Ustaz Hayat an Naqsyabandi, pengasas, pengarah urusan dan perawat KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah. Padat dengan:

1) Senarai ayat2 ruqyah syariyyah
2) Khutbah dan teknik serta skripnya disertakan sekali
3) Koleksi doa2 rawatan
4) Koleksi Selawat2 Kesembuhan
5) Amalan Pendinding Diri
6) Senarai Syahid ayat dan maksudnya sekali
7) Ijazah ruqyah ( berjumpa sendiri dengan penyusun)

Boleh dapatkan secara online di : http://www.handbookruqyah.com/

22/10/2024

FASA 3: Pembinaan Surau Pondok Zawiyah Kiswah Temerloh. Sumbangan Boleh Disalurkan ke: Maybank Islamic 556057503843 - Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam atau Terus Ke Akaun Wakaf Pahang - MUIP

Kalau boleh ikut susunan bacaan surah² lazim ikut waktu dan hari mcm Imam Al-Haddad atau Sultanul Mala' Habib Abu Bakar ...
27/12/2023

Kalau boleh ikut susunan bacaan surah² lazim ikut waktu dan hari mcm Imam Al-Haddad atau Sultanul Mala' Habib Abu Bakar Al-Aydrus pun bagus. Ada masjid yang mmg ikut jadual ni. Siap digantung lagi.

02/06/2023

Malam ni perasmian pengajian Tauhid koi Masjid Paya Luas. Jumaat mlm Sabtu minggu pertama.

16/11/2022

WAKAF BINA MASJID PONDOK ZAWIYAH KISWAH TEMERLOH

Sumbangan Disalurkan:
*Maybank Islamic 556057503843*
(Pertubuhan Pengamal)

Link Borang Wakaf
https://danapondokkiswah.onpay.my/.../pembinaanmasjidkiswah

Talian Wakaf: Ustaz Hayat Kiswah
https://wa.me/601155538840

Atau boleh berjumpa secara peribadi dengan Ustaz Hayat Kiswah di Sar Kafa Kiswah berhadapan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) jika mempunyai sebarang kemusykilan atau keraguan.

Sumbangan 100% dimasukkan ke dalam pembinaan dan tiada 'percentage' kepada penggiat NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Kiswah (KISWAH) yang menguruskan pembinaan Pondok Zawiyah Kiswah Temerloh.

NGO KISWAH (PPM 017 06 23102012) adalah NGO berdaftar secara sah dengan ROS dan menghantar penyata kewangan tahunan pada setiap tahun.

Terima kasih.

16/10/2022
29/09/2022

SUMBANGAN SEMPENA BULAN MAULIDUR RASUL SAW; RABIUL AWWAL YANG BAROKAH:

Jumlah terkumpul pada Isnin 1 Rabiul Awwal 1444H – 28 / 9 /2022: Berbaki: RM11,560

FASA 2: Kerja Tanah: Levelling, tambun tanah, cerun, saliran untuk tanah pondok yang bergaung ini. Tanpa fasa ini apa-apa bangunan MUSTAHIL dibina.

Sumbangan Disalurkan:
Maybank Islamic 556057503843
(Pertubuhan Pengamal)

Link Borang Wakaf https://danapondokkiswah.onpay.my/order/form/kerja_tanah

Talian Wakaf: Ustaz Hayat Kiswah
https://wa.me/601155538840

Atau boleh berjumpa secara peribadi dengan Ustaz Hayat Kiswah di Sar Kafa Kiswah berhadapan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) jika mempunyai sebarang kemusykilan atau keraguan. Sumbangan 100% dimasukkan ke dalam pembinaan dan tiada 'percentage' kepada penggiat NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Kiswah (KISWAH) yang menguruskan pembinaan Pondok Zawiyah Kiswah Temerloh.

NGO KISWAH adalah NGO berdaftar secara sah dengan ROS dan menghantar penyata kewangan tahunan pada setiap tahun.

Terima kasih.

10/02/2022

Jumlah terkumpul pada Jumaat 9 Rejab 1443H – 11 / 2 /2022: RM306,839 daripada RM400,000 (76.7%). Baki: RM93,161.

FASA 2: Kerja Tanah: Levelling, Tambun Tanah, Cerun, Saliran untuk tanah pondok yang bergaung ini. Tanpa fasa ini apa-apa bangunan MUSTAHIL dibina....

Sumbangan Disalurkan:
Maybank Islamic 556057503843
(Pertubuhan Pengamal)

Link Borang Wakaf https://danapondokkiswah.onpay.my/order/form/kerja_tanah

Terima kasih.

Talian Wakaf: Ustaz Hayat Kiswah
https://wa.me/601155538840

16/11/2021

NOTA UHK 33: SOAL JAWAB ALAM JIN (Bahagian 1)
بسم الله الرحمن الرحيم

Pengetahuan kita berkenaan alam jin memberi nilaitambah kepada pendinding diri lantas mambantu melawan kejahatan makhluk yang mengganggu manusia tersebut.

1) Apakah asal-usul kejadian jin?
Diciptakan oleh Allah Taala daripada nyalaan api. Sebelum diciptakan Nabi Adam. Jin berasal dari bapak jin (Jaan): Azazil.

Dalil: Ayat 27 Surah al Hijr:
“dan Kami (Allah) menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.

2) Apakah jenis-jenis jin?

Hadis Abu Tha’labah: Jin itu mempunyai tiga jenis; 1)satu jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, 2)satu jenis yang berupa ular dan anjing, dan 3)satu lagi jenis yang menetap di suatu tempat dan berpindah randah.

Ada jenis kelas tinggi dan rendah. Ada beragama Islam dan kafir.

3) Apakah tempat tinggal jin?

-tempat sepi dari manusia
-tempat kotor
-biasanya tinggal di tandas
-tempat berlubang
-tempat buangan najis binatang
-pembuangan sampah
-padang pasir, gunung, hutan, laut
-‘tempat pertemuan’ –air terjun , muara sungai dsb

4) Makanan dan minuman jin

-tulang dan sisa makanan
-najis binatang ternakan
-asap (paling digemari)
-makanan dan minuman yang tidak disebut nama Allah
-binatang yang tidak disembelih
-makanan dan minuman yang syubhat

5) Jin masuk ke dalam tubuh manusia

Jin masuk ke dalam tubuh manusia melalui 32 point rongga pada tubuh semua hujung jari,telinga, mata, hidung, mulut, payudara, pusat, kemaluan depan belakang.
Kemudian jin duduk di anggota tertentu khususnya otak untuk mengawal perbuatan, emosi dan tingkah laku mangsa (60%). Ada juga duduk di anggota lain untuk memberi impak sakit kepada manusia.

BERSAMBUNG…..
Semoga bermanfaat.

- Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam - Hayat Kiswah -

……………………
Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.
Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131


Bank Rakyat: 1101587095


Maybank: 556057503843

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop;
Kiswah Shoppe

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

10/10/2021

NOTA UHK 31: PENYAKIT AIN – EVIL EYE (LEMAH SEMANGAT)
بسم الله الرحمن الرحيم

1) Apakah penyakit ain?
Penyakit ain bolehlah dikatakan penyakit lemah semangat.

2) Apakah punca penyakit ain?
Ada dua:
1) Pandangan takjub seseorang kepada penampilan dan rupa paras seseorang
2) Pandangan kebencian, kemarahan, kedengkian kepada seseorang

3) Apakah dalil penyakit ain?
1) Rasulullah saw bersabda dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim: “ Penyakit Ain adalah benar.”
2) “Sesungguhnya penyakit Ain mampun menyebabkan seseorang mati dengan izin Allah, sehingga jika dia berada di tempat yang tinggi boleh jatuh ke bawah.” Riwayat Imam Ahmad

4) Bagaimanakah penyakit ain – lemah semangat ini terjadi?
Pandangan mata takjub atau kebencian dari roh dan jiwa seseorang boleh menerjah masuk ke dalam roh di dalam tubuh badan kita sehingga menyebabkan rasa tidak sihat, lemah semangat, pucat lesi, demam, marah, malu dan kemurungan. Pandangan mata manusia mempunyai suatu kekuatan sehingga menyebabkan mudharat kepada jiwa dan roh orang lain. Bukan semata-mata datang dari mata zahir seseorang tetapi dari pandangan roh yang disalurkan ke mata dan menerjah menyerang seseorang secara sedar atau tidak. Sama ada berniat ataupun tidak.

5) Apakah persamaan dan perbezaan ain dan sihir?
Sihir dan ain mempunyai persamaan dari sudut memberi mudharat kepada seseorang. Cuma perbezaan dari sudut puncanya. Umumnya sihir dari kebencian dan hasad. Adapun ain kadang-kadang dari kebencian dan kadang-kadang dari rasa takjub dan memperagungkan.

6) Bagaimanakah mengelakkan penyakit ain dari berlaku?
- Untuk mengelakkan kita menjadi punca penyakit ain kepada seseorang , jika melihat sesuatu yang takjub maka doakan kebaikan dan keberkatan kepadanya. Janganlah memuji secara keterlaluan.
- Orang tua dahulu selalu beringat jika memuji bayi yang comel dengan mengatakan; ‘Buruk sangat budak ni yak..” untuk mengelakkan ketakjuban yang berlebihan lantas menyebabkan demam terkena penyakit ain.
- Banyakkan ibadah, baca al-Quran dan berzikir demi menguatkan jiwa agar tidak goyah dipanah ain.

7) Apakah rawatan penyakit ain?
- Bacaan ruqyah dengan meletakkan tangan di atas kepala dan dibacakan ayat- ayat ruqyah dan doa-doa kesembuhan dari hadis Nabi Muhammad SAW.
- Dimandikan dengan mandian orang yang menyebabkan ain seumpama peristiwa Saidina Sahl ibnu Hunaif yang terkena panahan ain Saidina Amir ibni Rabi’ah ketika menanggalkan baju ketika mandi. Maka Rasulullah saw menyuruh dimandikan dengan mandian Saidina Amir. Hadis Riwayat Imam Ahmad.
- Jika tidak berpeluang mandi, maka memadai dengan dimandikan dengan air yang dibacakan ruqyah syariyyah. Diberi minum air ruqyah

Semoga bermanfaat.

- Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam - Hayat Kiswah -

……………………
Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.
Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131


Bank Rakyat: 1101587095


Maybank: 556057503843

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah Shoppe

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

20/09/2021

NOTA UHK 30: IBU SELALU KEGUGURAN
بسم الله الرحمن الرحيم

Dari semasa ke semasa ramai pesakit yang datang mengadu selalu keguguran. Ada yang disebabkan fizikal semata-mata. Disebabkan alahan, side effect ubat dan tak kurang p**a disebabkan gangguan. Bagi pesakit yang terkena gangguan hendaklah diruqyah seperti pesakit-pesakit gangguan yang lain.

Rawatan Qurani:

1) Amalakan Surah as-Soffat setiap kali selepas Subuh dan Surah al-Maarij sebelum tidur. Jika terasa agak panjang khususnya surah as-Soffat pasangkan sahaja rakaman surah tersebut.

Rawatan Tabie - Pemakanan:

1) 3-7 biji kurma tiap-tiap hari sejam sebelum makan apa-apa. Atau 21 biji kismis.

2) Setiap hari segelas susu, yogurt atau produk tenusu untuk kuatkan tulang bayi.

3) Air selusuh atau ruqyah diminum 6 bulan ke atas lebih-lebih lagi jika kandungan 9 bulan.

4) Air susu kambing asli (bukan susu tepung) diminum setiap hari – 9 bulan. Bagus untuk mengelakkan jaundice pada bayi.

5) Makanan seimbang – jaga makan bagi mengelakkan kencing manis dan darah tinggi.

6) Selalu sapu minyak zaitun di atas perut.

Amalan:

1) Sedekah tiap-tiap hari selepas Subuh dengan niat kesembuhan. Sedikit setiap hari lebih baik dari banyak tapi terputus-putus. Letak di dalam tabung. Cukup minggu atau bulan sedekahkan kepada yang ‘benar-benar’ memerlukan.

2) Nazar, jika selamat kandungan hingga bersalin, ibu dan ayah akan berpuasa dll.

3) Ibu dan ayah jagalah ibadah dan jangan banyak melakukan perkara yang lagho.

4) Mula-mula mengandung, bapa sudah menyimpan dua tabungan. Satu tabung untuk akikah anak sebaik hari ketujuh dan satu tabung untuk memberi hadiah untuk isteri.

5) Jaga tutur kata. Jangan melihat perkara kotor dan ngeri yang mendatangkan trauma. Jangan melihat cerita hantu, horror, kemalangan, makhluk filem yang hodoh dan kecacatan2 manusia yang dipamerkan di dalam dokumentari dan youtube.

- Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam - Hayat Kiswah -

……………………
Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.
Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131


Bank Rakyat: 1101587095


Maybank: 556057503843

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah Shoppe

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

15/08/2021

NOTA UHK 26: RAWATAN ISTIHADAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Harap membantu pesakit yang mengalami istihadah. Istihadah kekadang berpunca dari sebab fizikal, pengambilan ubat atau boleh jadi kerana gangguan syaitan yang menghentak - mencarik dinding rahim wanita menyebabkan keluar dari penyakit (Mafhum Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan Imam Ahmad). Sesetengah ulamak rawatan Islam memanggilnya SIHIR NAZIF; SIHIR PENDARAHAN.

ISTIHADAH DAN MASALAH HAID TIDAK TERATUR – madu, minyak zaitun, jus delima, mumbang kelapa

Qurani:

1) Pesakit dibacakan RUQYAH SYARIYYAH seperti pesakit gangguan yang lain.

2) Paling kurang dibacakan kepada bahan di bawah: al Fatihah, Ayatul Kursiy, al Masad dan 3 Qul, selawat 3 kali.

Tabie:

1) Sapu minyak zaitun di perut-rahim 3 kali sehari atau sekerap mungkin.

2) Minum segelas air ruqyah + sesudu madu + sesudu jus delima + minyak zaitun - setengah jam sebelum makan apa-apa pada waktu pagi. Jus delima bagus untuk rahim wanita.

3) Sebiji mumbang kelapa rebus bersama air ruqyah. 3 bahagian air direbus sehingga tinggal 1/3 bahagian. Baca ayat di atas dan minum secawan sehari sejam sebelum makan apa-apa pada waktu pagi selama 7 – 40 hari.

4) Dengar cd ruqyah tiap-tiap hari. Bayangkan gelombang al-Quran tersebut masuk menuju ke rahim dan merawatnya.

5) Sedekah tiap-tiap hari walaupun sedikit.

- Allahu Haq – Hidayah Seluruh Alam - Hayat Kiswah -

……………………
Jangan lupa sedekah setiap Subuh untuk kehidupan yang lebih berkat, panjang umur, murah rezeki, angkat bala’, disembuhkan penyakit, membahagiakan, mengkabulkan hajat dan mempermudahkan urusan. Sedekah tiap hari hari lagi baik dari bersedekah banyak tapi terputus-putus.
Rawatan di Pusat Rawatan Islam Kiswah Temerloh. 0179065131


Bank Rakyat: 1101587095


Maybank: 556057503843

Support ekonomi KISWAH dengan membeli barangan ruqyah di Shopee Online Shop; Kiswah Shoppe

Jom join group rawatan Islam Kiswah. Bimbingan oleh Ustaz Hayat Kiswah.

https://t.me/joinchat/xnPqoBoS5UpiYWNl

Address

Lot 3700, Charok Sabudin - Kujan, Mukim Perak,

28000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Handbook Ruqyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram