03/07/2024
RUU M***I (WILAYAH PERSEKUTUAN) MESTI DI SOKONG UMAT ISLAM SERTA JUNJUNG TITAH RAJA RAJA MELAYU KERANA TERBUKTI SEDERHANA DAN TERBUKA.
1. Rang Undang- Undang (RUU) M***i WP terutama pada perkara 4 yang mentakrifkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah, fiqh Mazhab syafie dengan meraikan 3 Mazhab lain, dan tasauf Imam Ghazali dan Imam Junaid, mesti diberi sokongan sepenuhnya oleh semua umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.
2. RUU tersebut sangat relevan dan penting minimum kerana 3 perkara iaitu:-
(a) Semangat Persekutuan yang memartabatkan Majlis Raja-Raja sebagai Institusi yang menaungi Agama Islam di Negara ini.
Perkara ini pernah ditegaskan oleh DYMM Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) yang lepas ketika menyampaikan titah baginda pada 6 Mac 2023 sempena Mesyuarat MKI kali ke 6, telah menegaskan bahawa sejak kejatuhan secara politik Kesultanan Melayu Melaka lagi, Institusi Raja-Raja Melayu telah mewarisi aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan berakidah Imam Asy'ari dan secara umumnya berkembang di Malaysia.
Dari sudut MKI, keputusan muzakarah MKI kali ke 106 pada tahun 2014 pada tarikh 21 hingga 22 Oktober 2024 telah memberi indikasi jelas bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah. Perkara ini ditegaskan sekali lagi dalam keputusan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-56 pada 20 Mei 2022 dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-265 pada 21-22 Feb 2024 telah bersetuju dan memperkenankan keputusan tersebut.
Oleh yang demikian, Jabatan M***i Wilayah Persekutuan sebagai salah satu agensi agama persekutuan, pemimpinnya iaitu M***inya mestilah mengikuti dan menghayati semangat persekutuan yang telah utuh sekian lama sejak penubuhan negara Malaysia ini bahawa Majlis Raja-Raja merupakan penaung kepada Institusi Agama Negara dengan menyokong sebulat suara RUU M***i WP ini.
(b) Sebagai sebuah aliran zaman berzaman di Malaysia dan paling terbuka dan fleksibel dengan warisan, adat istiadat dan amalan majoriti umat Islam di negara ini baik dari kalangan rakyat marhain atau bangsawan yang menjadi identiti dan keunikan umat Islam. Banyak amalan tradisi Raja-Raja Melayu seperti bacaan yasin, tahlil dibenarkan kerana kesederhanaan aliran ini.
3. Aliran Ini tidak jumud, namun amat terbuka, tidak bersikap mengkafir atau menyesatkan secara senyap-senyap. Tiada taqiyyah.
Terdapat pelbagai adat istiadat termasuk adat istiadat di ISTANA yang menjadi warisan penduduk umat islam di Malaysia. Warisan dan adat istiadat ini yang akhirnya membentuk identiti dan jati diri umat Islam di negara ini hanya dapat dipertahankan dengan sebuah fahaman aliran yang terbuka, tidak jumud, fleksibel dan harmoni iaitu aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah. Buktinya, masih banyak warisan dan adat istiadat yang masih kekal di negara ini kerana aliran al-Asyairah yang dikenali sebagai aliran yang paling toleransi dan progresif sejak zaman berzaman.
(c) Sebagai sebuah aliran yang tidak terlibat langsung dengan usul ektrimisme dan mampu mengekang fahaman-fahaman radikal di Negara ini. Sekaligus dapat menangkis ekstremisme seumpama kes di Ulu Tiram, Johor yang sanggup membunuh sesama Muslim.
4. Kesimpulannya, tanpa ada apa-apa keraguan, pindaan RUU M***i WP ini sangat penting bagi memelihara semangat sebuah persekutuan, memartabatkan Institusi Raja-Raja, memelihara warisan dan adat istiadat negara serta mengekang elemen radikalisme dalam Negara ini.
Sekian,
Prof. Dato' Dr. Asmadi Mohamed Naim
M***i Pahang
2 Julai 2024
https://www.facebook.com/share/p/4NWZTeZc7dGFNyq5/?mibextid=oFDknk