14/04/2026
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐๐ก ๐ฃ๐๐๐ ๐๐ข๐ฆ๐ฃ๐๐ง๐๐ ๐ง๐๐ฃ๐๐ โ ๐๐ฃ๐ฅ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Perhimpunan Pagi Hospital Tapah bagi bulan April 2026 telah dianjurkan oleh Wad Lelaki dan Wad Bersalin dengan penyertaan seramai 88 anggota.
Bertepatan dengan suasana Syawal, perhimpunan kali ini membawa tema sambutan Hari Raya Aidilfitri serta ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐๐ป๐ถ๐ฎ dengan slogan โTogether for Health. Stand with Science.โ sebagai peringatan kepada semua tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Dalam ucapannya, Pengarah Hospital Tapah merakamkan penghargaan kepada warga hospital atas komitmen sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri. Beliau turut menzahirkan penghargaan atas kejayaan penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Hospital Tapah.
Mengimbau kembali kejayaan pelaksanaan ๐ง๐ฎ๐ฏ๐น๐ฒ ๐ง๐ผ๐ฝ ๐๐
๐ฒ๐ฟ๐ฐ๐ถ๐๐ฒ (๐ง๐ง๐ซ) Pelan Tindakan Bencana pada 3 April 2026, beliau menekankan kepentingan kesiapsiagaan berterusan dalam menghadapi sebarang kemungkinan krisis atau bencana, di samping menggalakkan penambahbaikan berterusan terhadap pelan dan prosedur sedia ada.
Bulan April turut diisi dengan pelbagai kempen kesedaran kesihatan di peringkat global dan kebangsaan seperti ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐๐๐ถ๐๐บ ๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐๐ป๐ถ๐ฎ, ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐๐ป๐ถ๐ฎ, ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐ธ๐ถ๐ป๐๐ผ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐๐ป๐ถ๐ฎ, ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐บ๐ผ๐ณ๐ถ๐น๐ถ๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐๐ป๐ถ๐ฎ, ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐๐บ๐ถ, ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐๐ป๐ถ๐ฎ, ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐๐ป๐ถ๐ฎ serta ๐ ๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ ๐๐บ๐๐ป๐ถ๐๐ฎ๐๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐๐ป๐ถ๐ฎ. Semua warga diseru untuk terus memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat.
Majlis turut menyaksikan penyampaian ๐๐ป๐๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ป๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป kepada 13 orang anggota. Tahniah diucapkan atas komitmen dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan.
Majlis turut menzahirkan penghargaan kepada Pn. Kalyani dan Pn. Norliza serta mendoakan kesejahteraan atas persaraan yang bakal tiba.
Perhimpunan tamat pada jam 9.15 pagi.