Farmasi Lautan Kemaman 2

Farmasi Lautan Kemaman 2 BERKHIDMAT UNTUK KEBAIKAN KESIHATAN

26/04/2026

🛑 OZEMPIC: RAWATAN KENCING MANIS, BUKAN JALAN PINTAS KURUS!
Akhir-akhir ini, ubat Ozempic (Semaglutide) sering menjadi bualan hangat. Namun, sejauh manakah kita memahami fungsi sebenarnya? 🤔

Ozempic merupakan ubat injeksi yang dikhaskan untuk rawatan penyakit kencing manis (Diabetes Melitus Tahap 2) bagi membantu mengawal paras gula dalam darah. Ia bukanlah ubat yang dicipta khusus untuk tujuan kosmetik atau menurunkan berat badan secara sembarangan.

Bagaimana ia berfungsi? 🧠🫀
Semaglutide meniru hormon Glucagon-like Peptide-1 (GLP-1) yang memberi kesan positif kepada organ dalaman kita:

Otak: Mengurangkan selera makan. 🍽️

Jantung: Membantu menurunkan tekanan darah. ❤️

Hati: Mengurangkan penghasilan gula. 📉

Perut: Melambatkan penghadaman & meningkatkan rasa kenyang. 🥨

Pankreas: Meningkatkan penghasilan insulin. 🧪

Kenapa perlu berhati-hati? ⚠️
Penggunaan tanpa nasihat doktor pakar sangat berisiko! Tanpa pemantauan rapi:

Risiko 'Yo-Yo': Berat badan boleh melonjak semula jika pemakanan dan aktiviti fizikal tidak dijaga. 📈

Kesan Sampingan Tidak Dijangka: Keberkesanan bagi mereka yang tiada penyakit kencing manis belum dibuktikan sepenuhnya secara klinikal untuk tujuan lain.

Dos Tidak Tepat: Hanya doktor yang boleh menentukan dos yang selamat mengikut keperluan tubuh anda.

Kesihatan anda adalah pelaburan paling berharga. Jangan mudah terpengaruh dengan trend tanpa merujuk kepada yang pakar! 👩‍⚕️👨‍⚕️

Kenali Ubat Anda. Gunakan Dengan Bijak.

26/04/2026

Demensia berkait dengan limitasi kognitif, iaitu suatu keadaan di mana otak mengalami kesukaran untuk berfikir dengan jelas. Antara gejala yang sering dialami termasuklah:
1. Mudah lupa dan sering berasa keliru atau hilang arah.
2. Sukar berkomunikasi atau mengikuti perbualan.
3. Menghadapi kesukaran dalam menguruskan tugasan harian.

Hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan Warga Emas menunjukkan bahawa 1️⃣ daripada 1️⃣0️⃣ warga emas di Malaysia menghidap demensia.

🇲🇾 KKM menekankan kepentingan pengesanan awal dan sokongan sistem kekeluargaan yang mampan. Lakukanlah pemeriksaan berkala dan amalkan gaya hidup sihat untuk mengekalkan kesihatan minda.

12/04/2026

⚠️ KENYATAAN RASMI | AMARAN AKAUN PALSU

Kepada semua pelanggan Farmasi Lautan yang dihormati,

Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat akaun media sosial tidak rasmi yang menggunakan nama dan logo Farmasi Lautan tanpa kebenaran kami.

❌ Akaun palsu yang dikesan:
Nama: Farmasi Lautan | Username: miaoshixing121.my

✅ Akaun Rasmi Kami:
lpharmacy | Pengesahan “Preferred” | 18.3k Followers

Farmasi Lautan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat berurusan dengan akaun palsu tersebut.

Jika anda menjumpai akaun mencurigakan, sila:
1️⃣ Jangan berkongsi maklumat peribadi
2️⃣ Laporkan kepada platform berkenaan
3️⃣ Hubungi kami melalui akaun rasmi

Terima kasih atas kepercayaan anda. 🙏

Pihak Pengurusan Farmasi Lautan Sdn Bhd

12/04/2026

Pendedahan kepada cuaca panas ☀️ yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA. Kekal hidrat. Minum dengan banyak 💧 tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.

⚠️ Pastikan berada di tempat yang lebih teduh/sejuk. Awasi juga tanda dan gejala kelesuan dan strok haba.

‼️Sila dapatkan rawatan dengan segera. Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut.

11/04/2026
07/04/2026

Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.

09/03/2026
08/03/2026

Kegemukan atau obesiti merupakan suatu penyakit yang semakin meningkat prevalensnya dalam kalangan masyarakat di peringkat global, termasuk di Malaysia.

Sehubungan itu, berikut dikongsikan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan obesiti.

JAWATAN KOSONG! 📢📢📢Farmasi Lautan menawarkan jawatan Pembantu Farmasi di cawangan kami di Kemaman, Terengganu! Calon-cal...
01/03/2026

JAWATAN KOSONG! 📢📢📢
Farmasi Lautan menawarkan jawatan Pembantu Farmasi di cawangan kami di Kemaman, Terengganu! Calon-calon yang menepati ciri-ciri berikut akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Bagi sesiapa yg berminat dan berkelayakan, anda boleh hantar resume anda ke farmasilautan.kemaman2@gmail.com / +01156517159 (Pn. Adeena)
Jom sertai kami!

25/02/2026

Perut selalu tak selesa? Kembung, sembelit atau cirit-birit?
Mungkin badan perlukan probiotik 💚
Jaga kesihatan usus, baru badan rasa lebih ringan & bertenaga!

19/02/2026

Address

Tingkat Bawah, K-21057, Jalan Air Putih, Kampung Gong Pauh, 24000 Kemaman
Terengganu

Opening Hours

Monday 09:00 - 10:00
Tuesday 09:00 - 10:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Lautan Kemaman 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Lautan Kemaman 2:

Share