Hospital ini telah dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan Sultan Yahya Petra dan mula beroperasi pada 24 Ogos 1984 Mailing address:
Jalan Kelaburan
16200 Tumpat
Kelantan
Jajahan Tumpat mempunyai 7 daerah, iaitu Pengkalan Kubur, Bandar Tumpat, Wakaf Bharu, Kebakat, Terbak, Jal dan Sungai Pinang. Tumpat dihubungkan melalui jalan darat dari Kota Bharu dan Pasir Mas. Kedua-dua jajahan bersempadan
dengan Tumpat. Manakala melalui jalan laut Tumpat boleh dihubungi melalui Sungai Kelantan untuk ke Kota Bharu (melalui Palekbang). Selain itu juga Tumpat bersempadan dengan Wilayah Takbai di Thailand dan dipisahkan melalui Sungai Golok (perjalanan bot 5 minit). Sesuatu yang cukup menarik, Stesen keretapi Tumpat merupakan perhentian terakhir sistem perhubungan keretapi antara Gemas-Kuala Lumpur-Tumpat.