Pengubatan Gerak As-Saifi

Pengubatan Gerak As-Saifi MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN MISTIK

[ MUNTAH DARAH HITAM ] Pesakit ni mengadu seperti dalam gambar pertama. Dia juga kerap mimpi yang pelik dan selalu terle...
11/12/2024

[ MUNTAH DARAH HITAM ]

Pesakit ni mengadu seperti dalam gambar pertama. Dia juga kerap mimpi yang pelik dan selalu terlelap secara tiba-tiba.

Selepas mencapai persetujuan untuk diikhtiarkan, aku pun bervideo call dengan pesakit. Rawatan jarak jauh dipilih kerana pesakit berada jauh.

Rawatan mengambil masa agak lama, sebab pesakit muntah sepanjang masa rawatan. Terzahir segala penyakit dari muntah yang keluar. Hitam dan busuk kata pesakit.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku agar penyakit dan gangguan dapat dikeluarkan dari tubuh pesakit.

Pesakit berasa lebih segar selepas rawatan. Gatal berkurangan dan lebih tenang dan lena waktu tidur.







***

Anda menghadapi masalah gangguan? Sila klik pautan di bawah untuk bantuan.

📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/

[ ZAT JAHAT YANG MENYAKITKAN ]"Rumah ni memang laluan dia Ustaz. Selalu je kami nampak kelibat perempuan lalu lalang, tu...
06/12/2024

[ ZAT JAHAT YANG MENYAKITKAN ]

"Rumah ni memang laluan dia Ustaz. Selalu je kami nampak kelibat perempuan lalu lalang, turun tangga..." - Ayah kawan aku -

***

Selepas kawan aku mesej minta bantuan haritu, aku usahakan untuk datang ke rumah dia di Taman Kosas, Ampang.

Selepas berbasa basi, aku terus mulakan operasi men 'starlight' dan merimbuk jin-jin yang menetap di rumah ni tapi tak bayar sewa.

Dalam 5 bilik yang ada, hanya 2 bilik yang terasa kuat pengaruh zat jahat yang ada. Lain-lain biasa sahaja.

Takde tindak balas yang terlalu agresif dihadapi. Syukur.

Selesai bersih, pulih dinding rumah, aku beralih untuk rawat mak kawan aku.

Wajahnya kusam dan lemau dengan kesan gatal yang jelas. Terutama pada bahagian tangan.

Aku ikhtiarkan agar segala bisa dan zat jahat pada bahagian yang terkena dapat disingkirkan. Alhamdulillah, dengan izin Allah banyak perubahan yang dirasakan.

"Makcik rasa ringan badan Ustaz. Tangan pun dah boleh genggam, dah kurang banyak rasa gatal dan pijarnya..."

Alhamdulillah. Insya-Allah akan ada rawatan susulan dalam masa terdekat.






***

Perlukan bantuan masalah gangguan mistik? Sila klik pautan di bawah. 😁

📲wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲wasap.my/60193462604/rawatanmistik/

*Insya-Allah saya akan berada di Port Dickson selama 3 hari bermula hari ini sehingga hari ahad (8 Disember 2024). Sesiapa yang berdekatan perlukan khidmat rawatan, boleh berhubung terus. Terima kasih.

03/07/2024
02/07/2024

Rawatan kami tanpa sentuhan kepada pesakit. 😬



[ MACAM KERASUKAN TAPI BUKAN JIN ]Tengahari semalam abang aku mesej beritahu ada budak kerja dia tiba-tiba macam masuk h...
21/05/2024

[ MACAM KERASUKAN TAPI BUKAN JIN ]

Tengahari semalam abang aku mesej beritahu ada budak kerja dia tiba-tiba macam masuk hantu.

Abang aku tunjuk gambar budak tu terbaring macam pengsan.

Sekali imbas, aku lebih cenderung mengatakan budak tu stress dan bertindak diluar kawalan seperti kerasukan.

Dah beberapa kali jadi macam tu kata abang aku. Menjerit macam histeria sebelum ni.

Akhirnya, hari ni kebenaran terzahir. Allah tunjukkan bahawa hakikatnya budak tu memang stress dan bukan dirasuki jin.

Alhamdulillah, semoga Allah bantu tenangkan hati dan selesaikan segala masalah yang dihadapi. Insya-Allah.

*Penting untuk seorang perawat cekap dalam menilai keadaan pesakit sebelum membuat sebarang kesimp**an. Inilah yang diajar kepada kami oleh Ustaz Ahmad Sharizal ketika dalam kelas pengubatan menggunakan Ilmu Gerak.








***

Nak belajar lawan jin dan setan? Sila klik pautan di bawah.

👉 www.tasprawis.com

Nak dapatkan bantuan rawatan masalah mistik? Klik pautan di bawah.

📲www.wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲www.wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲www.wasap.my/60193462604/rawatanmistik/

[ RAWATAN TANPA JUMPA PESAKIT ] Abang sepupu aku mesej berkongsi tentang masalah yang dihadapi oleh adik ipar dia. Hasil...
07/05/2024

[ RAWATAN TANPA JUMPA PESAKIT ]

Abang sepupu aku mesej berkongsi tentang masalah yang dihadapi oleh adik ipar dia.

Hasil diagnos pihak hospital mendapati paru-paru pesakit bermasalah. Pesakit juga mengalami masalah sakit dan rasa benda bergerak di bahagian perut, tetapi tidak diketahui apa puncanya.

Setelah pemeriksaan menggunakan kaedah yang diajarkan Guru, dapat disimpulkan bahawa ada gangguan jin dan zat jahat pada pesakit.

Disebabkan pesakit dalam keadaan tidak stabil dan terlalu lemah di wad hospital, aku mengambil langkah memberikan khidmat rawatan secara jarak jauh sahaja. Rawatan dibuat selama 3 malam.

Alhamdulillah, selepas selesai rawatan, Allah mentakdirkan pesakit beransur sembuh dan kembali pulih.

Semuanya dengan izin Allah jua. Syukur. 🤲🏻✨






***

Perlukan bantuan rawatan? Klik pautan di bawah. 🫰🏻

📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/

Pesan Guru Mursyid... 😭😭😭
07/02/2024

Pesan Guru Mursyid... 😭😭😭

[ DARAH KELUAR MACAM AIR PAIP ] Pengerusi sebuah surau di bawah kelolaan Masjid tempat aku bertugas hantar mesej melalui...
29/01/2024

[ DARAH KELUAR MACAM AIR PAIP ]

Pengerusi sebuah surau di bawah kelolaan Masjid tempat aku bertugas hantar mesej melalui aplikasi 'whatsapp'.

Dia minta aku untuk buat rawatan pada anak saudara dia yang sedang menghadapi masalah yang tidak diketahui sebab sakitnya.

Hospital sudah dirujuk, beberapa kali kamera sudah dimasukkan dan ditelan untuk mencari punca beraknya berdarah. Hasilnya tidak kelihatan.

***

Pada hari yang dijanjikan, aku sampai ke rumah dia untuk cuba berikhtiar dengan kaedah alternatif p**a.

Pesakit berkongsi secara jelas apa yang berlaku pada dia. Sebelum dia mula berak berdarah, dia dah mula rasa lemah badan dan tidak selesa. Kemuncaknya dia tak dapat bekerja dan berak berdarah. Darah keluar macam air paip. Sampai satu tahap, dia takut nak buang air besar.

Rawatan dimulakan dengan niat umum. Pesakit mengadu rasa berat dibahagian kepala dan bahu. Panas membahang dibahagian perut dan sekitarnya.

Aku terus tukar niat untuk menjurus jin yang ada. Selang beberapa minit dia maklumkan dah tak rasa berat lagi. Cuma panas di bahagian perut masa terasa.

Niat bertukar untuk memusnahkan dan mengeluarkan zat jahat. Seraya itu tangan mula bergerak ke bahagian belakang perut dan seperti menarik sesuatu yang berkeping. Terasa tajam dan menyucuk. Selang beberapa ketika, tangan bergerak seperti mengaup sesuatu beberapa kali. Kaupan itu memedihkan tapak tangan.

Sekadar bersangka, sepertinya ada serbuk dan kepingan kaca.

Gerak berhenti setelah selesai tugasnya. Aku minta pesakit baring telentang dihadapan aku. Aku terus mengaktifkan kaedah rawatan yang digelar sebagai 'Asma' 20' untuk mengubati bahagian luka dalam perut dia.

Kawasan yang diubati terasa panas sepanjang rawatan sehingga panasnya berkurangan dan berhenti.

Aku bekalkan air untuk mandi dan minum.

Selepas seminggu, aku bertanya khabar dan syukur pada Allah yang memberi kesembuhan sepenuhnya.







***

Anda mengalami masalah gangguan mistik? Sila klik pada pautan di bawah untuk bantuan. 🫰🏻

📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/

[ PERAWAT BERBULU AYAM ] Kasihan kepada pesakit. Datang dengan harapan nak berubat dengan perawat, sebaliknya perawat p*...
18/12/2023

[ PERAWAT BERBULU AYAM ]

Kasihan kepada pesakit. Datang dengan harapan nak berubat dengan perawat, sebaliknya perawat p**a ambil kesempatan.

Perawat sebegini buat kerja secara halus. Tidak ada bukti secara zahir untuk didakwa dan tidak boleh dibawa ke muka pengadilan.

Pesakit akan mula teringat-ingat kepada perawat. Nafsu teralih kepada perawat. Mimpi bersetubuh dengan perawat. Bertahun-tahun pesakit keliru apa yang berlaku pada dirinya.

Tapi Allah Maha Mengetahui. Setiap tindakan perawat berbulu ayam ini pasti dapat dikesan oleh perawat yang jujur lagi bertauhid.

Pesanan khidmat masyarakat, hati-hati dalam memilih perawat. Tak semua perawat jujur dan ikhlas kerana Allah SWT.






***

Anda ada masalah gangguan jin, sihir dan zat jahat? Sila klik pautan di bawah untuk bantuan. 😊✌🏻

📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/

[ RESTORAN CAWANGAN BARU YANG TIDAK DISENANGI ]Seorang pemilik restoran makanan dan cafe telah memuat naik keluhan hatin...
16/11/2023

[ RESTORAN CAWANGAN BARU YANG TIDAK DISENANGI ]

Seorang pemilik restoran makanan dan cafe telah memuat naik keluhan hatinya di Facebook. Sebelum ni aku pernah membantu beliau dengan masalah yang sama.

Restorannya mengalami masalah kekurangan pengunjung secara tiba-tiba. Ramai pelanggan mengadu melihat kedai beliau dalam keadaan tertutup.

Kali ini sekali lagi restoran cawangan barunya p**a menghadapi nasib yang sama. Minggu pertama, penuh pelanggan. Masuk minggu kedua, sedikit berkurangan. Paling ketara apabila masuk minggu ketiga. Keadaan ini semakin membimbangkan beliau dan isteri.

Akhirnya dia menghubungi aku untuk mendapatkan bantuan.

Pada hari yang dijanjikan, aku sampai ke restoran yang dimaksudkan. Waktu tu dah agak lewat menghampiri waktu maghrib. Sebab aku bertolak dari rumah selepas p**ang dari kerja. Menghadap jem marhaen p**ang kerja.

Setelah berbasa-basi, aku terus mulakan tugas. Restoran ni agak luas. Jadi aku mulakan di bahagian dapur tempat memasak. Dikatakan juga nasi yang ditanak selalu cepat basi dan sering pekerja nampak kelibat di bahagian belakang dapur.

Tukang masak juga pernah jumpa paku dalam kuali yang nak digunakan. Kerap juga tukang masak berasa lemah dan ada lebam-lebam di tubuh badan. Jika tak ke restoran, tiada p**a begitu.

Aku terus buka gerak dan niat seperti yang sepatutnya. Beberapa kali gerak membawa ke suatu sudut dan peralatan yang agak khusus. Dan yang paling ketara apabila gerak membawa ke bahagian hadapan restoran dan betul-betul di bahagian sudut yang diletakkan alat pemadam api.

Agak lama kedudukan aku di situ tak beralih. Terasa bahang yang agak kuat disekitarnya. Apatah lagi tapak tangan aku yang terasa sungguh pedih dan panas hasil jurus yang keluar memancar ke sudut berkenaan.

Ada pekerja yang ternampak kelibat putih berdiri di tepi tiang depan restoran. Di sini juga gerak agak khusus dan lama buat kerja.

Betul-betul hampir azan berkumandang, tugas aku pun selesai. Proses pembersihan, pemulihan dan pendinding berjaya dilaksanakan dengan izin Allah jua.

Selepas seminggu, aku bertanya perkembangan semasa. Alhamdulillah, Allah perkenaan doa dan ikhtiar aku. Pulih semuanya kembali. 🤲🏻










****

Anda menghadapi masalah gangguan mistik? Sila klik pautan di bawah untuk bantuan.

📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/

[ DAH MACAM DALAM FILEM THE CONJURING... ]Seorang kenalan hantar mesej bertanya tentang rawatan berkaitan dengan adiknya...
30/10/2023

[ DAH MACAM DALAM FILEM THE CONJURING... ]

Seorang kenalan hantar mesej bertanya tentang rawatan berkaitan dengan adiknya yang menghadapi masalah.

Setelah membuat penilaian kes, aku cenderung mengatakan adiknya ada masalah gangguan jin dan sihir.

Pada hari yang disepakati, aku terus ke rumah adik dia di Shah Alam.

Selepas berbasa-basi, aku mulakan rawatan seperti biasa.

Rawatan tidak mengambil masa lama. Sihir ditangani, zat jahat dimusnahkan, jin dijurus sampai mati. Selesai.

Tiba-tiba, pesakit memaklumkan sesuatu pada aku.

"Ustaz, tadi isteri saya cakap, masa ustaz tengah rawat saya, dia rasa tak selesa satu badan. Kemudian dia muntah..."

"Baik-baik, boleh panggil isteri untuk saya buat rawatan. "

Sedia maklum, sesiapa yang berdekatan dan ada gangguan pada diri mereka, pasti akan terkesan dengan rawatan yang sedang dibuat.

Isteri pesakit duduk membelakangkan aku dan rawatan dimulakan. Selang seminit, dia tampak tak selesa dan kelihatan dari pergerakan tubuh badan dia. Tak lama lepas tu, dia mula menangis teresak-esak.

"Assalamualaikum..."

"Harrrgggggg!!!!"

"Kau siapa, apa kau nak dengan dia ni?"

"Harrrgggggg!!!!"

"Harrrgggggg!!!!"

"Harrrgggggg!!!!"

"Kau takyah nak kuatkan sangat suara tu, kau ingat aku takut ke?"

Lepas kena kecam, lagi kuat dia mengamuk dengan suara yang lebih kuat. 😂

"Senang cerita macam ni lah, aku bagi masa 60 saat untuk kau keluar dan jangan ganggu dia ni lagi. Kalau kau degil, aku bunuh kau dengan izin Allah..."

Peel bangsa degil ni sama je. Bercakap tak nak, menjerit macam takde hari esok.

Cukup masa 60 saat, aku terus berdoa pada Allah untuk membunuh hingga mati jin ini dengan kaedah sembelihan.

Gerak sembelihan sampai dan menjalankan tugasnya dengan baik.

Dia tersedar dan muntah.

Aku sambung tugas dengan niat jurus untuk pastikan dia benar-benar bebas dari gangguan.

Selesai muntah, dia menangis semula.

Kali ni lagi kuat dan ganas dari yang tadi.

Dia mula kerasukan dan cuba membengkokkan badan ke belakang untuk melihat aku. Dengan tangan yang didepakan, jari jemari kelihatan keras mengejung, dia hampir menghempas kepala ke riba aku.

Mujur sempat aku mengundur ke belakang sikit dan suaminya tampung badan isterinya dengan tangan.

Raungan garang jin ni semakin kuat. Dia kelihatan semakin tidak tahan dengan jurus silih berganti yang kena pada jasad dia.

Tanpa melengahkan masa, sekali lagi aku berdoa untuk membunuh hingga mati jin yang sedang merasuki tubuh ini.

Makbul doa, gerak tiba dan melakukan sembelihan yang tidak mampu dihalang oleh mana-mana jasad lagi.

Pesakit tersedar dan muntah sekali lagi.

Aku teruskan dengan proses memusnahkan zat jahat serta tutup laluan gangguan.

Alhamdulillah. Selesai. Aku bekalkan air untuk diminum dan mandi.

Selepas tiga hari, pasangan ini sudah bebas dari segala gangguan. Syukur pada Allah yang menyelesaikan segala permasalahan. 🤲🏻








****

Anda mempunyai masalah seperti ini? Sila klik pautan do bawah untuk bantuan. 😊

📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/

[ KANTIN YANG DISIHIR ] Kes kali ni berkaitan dengan kantin di sebuah Universiti yang dikatakan mengalami masalah ganggu...
29/10/2023

[ KANTIN YANG DISIHIR ]

Kes kali ni berkaitan dengan kantin di sebuah Universiti yang dikatakan mengalami masalah gangguan yang mengakibatkan ramai pelanggan terlihat kantin seperti tidak beroperasi dan jumlah pelanggan semakin berkurangan.

Selepas berbasa basi dan mengumpul maklumat yang perlu, aku cenderung mengatakan kantin dia telah disihir.

Persetujuan dicapai dan aku pun pergi ke kantin tersebut.

Agak luas saiz kantin ni sebenarnya. Aku pada awalnya membayangkan gerai kecil di dalam sebuah kantin/kafe. Rupanya seluruh kantin tu milik pengadu. 😅

Tanpa melengahkan masa, aku mulakan proses pembersihan dan pemulihan dan diakhiri dengan perlindungan.

Alhamdulillah, proses berlangsung dengan lancar dan mudah. Walaupun luas, gerak yang hadir bergerak pantas melaksanakan tanggungjawabnya.

Selepas seminggu berlalu, aku cuba mendapatkan maklum balas semula dari pengadu. Alhamdulillah, ikhtiar yang dibuat Allah izin menjadi asbab pulih. Semoga Allah kekalkan apa yang baik dan menambah luas rezeki sedia ada, insya-Allah. 🤲🏻✨







****

Anda mengalami masalah gangguan mistik? Sila klik pautan di bawah untuk bantuan. 😊

📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/
📲 wasap.my/60193462604/rawatanmistik/

Address

Ulu Klang
68000

Telephone

+60193462604

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengubatan Gerak As-Saifi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram