09/12/2022
Nama: Lee Sook Yin
No Matrik: 293456
KESAN KEPADA ORANG YANG MENGAMBIL DADAH📍
❗Kesihatan terjejas❗
Pada peringkat awal akan memberi kesan mengantuk,badan menjadi lemah dan mengalami gangguan jiwa manakala kesan jangka panjangnya ialah ketagihan serta kelemahan fizikal dan mental. Selain itu, morfin memberi kesan jangka pendek yang berbeza iaitu rasa resah,cirit-birit,sakit perut,rasa sejuk dan berpeluh. Kesan jangka panjang bagi pengambilan morfin ialah gangguan jiwa,HIV dankematian. Bagi he**in p**a,kesan jangka pendek pengambilannya ialah tanggapan menjadi kurang tenang,tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya,bingung,kekejangan dan berkelakuan seperti orang mabuk. Kesan jangka panjangnya p**a ialah keracunan darah,hepatitis,kancing gigi,HIV dan kematian.Walau berjuta jenis dadah didapati sekalipun,kesannya pasti ada pada penagih itu sendiri.
❗Memusnahkan kebahagian hidup ❗
Dadah boleh memusnahkan kebahagiaan hidup seseorang. Apabila seseorang menagih dadah, maka gelaplah masa depannya. Penagih dadah tidak dapat bekerja dan menjaga anggota keluarga terutamanya anak-anak. Mereka menjadi terabai dan seterusnya mengundang masalah sosial. Penagih dadah akan menjadi lebih lemah dan daya pertahanan terhadap kesakitan adalah lebih rendah. Oleh itu, dia akan mengalami kesakitan yang tidak tetap. Hidupnya akan senantiasa terseksa oleh rasa loya, pening, sakit perut, kekejangan, muntah-muntah, dan pelbagai gejala penyakit lagi. Gejala penyakit yang paling dahsyat sebagai akibat penggunaan dadah ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS). Puncanya bukan dadah tetapi jangkitan virus kurang daya tahan melawan penyakit (HIV) pada jarum suntikan yang dikongsi bersama-sama dengan penagih lain.
❗Meningkatkan kadar kegiatan jenayah❗
Penagih dadah yang kekurangan wang untuk membeli dadah sanggup melakukan perkara-perkara yang kejam untuk mendapatkan dadah. Seseorang akan kehilangan harga diri dan kehilangan sifat-sifat kemanusiaan akibat pengaruh dadah. Mereka akan merompak dan membunuh untuk mendapatkan wang yang cukup bagi memenuhi tabiat mereka. Masyarakat yang mempunyai masalah penyalahgunaan dadah sentiasa tinggi dalamkadar kegiatan jenayah. Di samping itu, kerajaan terpaksa menambah jumlah anggota polis, kastam, penjara, perbelanjaan mahkamah dan lain-lain untuk membendung masalah ketagihan dadah ini.
❗Masalah kewangan❗
Arak dan dadah adalah sangat mahal, terutamanya jika menggunakannya dengan banyak dan kerap. Penyalahgunaan dadah juga memberi impak kepada produkiviti dan kerjayaan individu yang mengambil dadah di tempat kerja dan di universiti. Masa yang dibazirkan untuk mencari, menggunakan dan pulih daripada dadah boleh digunakan untuk belajar kemahiran baharu bagi mempertingkatkan peluang pekerjaan.
❗Akibat dari segi undang-undang❗
Pemyalahgunaan dadah dan arak tidak hanya memberi kesan negatif pada kesihatan tetpai juga boleh memberi kesan dari segi undang-undang yang perlu dihadapi untuk sepanjang hidup. Kebanyakan majikan perlu pekerja menjalani ujian dadah sebelum menawarkan kerja kepada mereka malah ada di anatara mereka yang melakukan ujian dadah secara rawak selepas menjadi pekerja. Tidak mahu berhenti mengambil dadah boleh menyebabkan pekerja dibuang kerja dan membawa kepada isu yang lebih besar. Manakala memandu di bawah pengaruh dadah atau arak boleh menyebabkan lessen memandu digantung selama 10 hingga 20 tahun di Malaysia.