04/01/2022
Sekejap Rasa Tak Puas, Lama P**a Rasa Penat, Berapa Lama Hubungan Intim Yang NORMAL?
Tewas awal, salah lelaki atau wanita?
Seks, ia adalah salah satu daripada kenikmatan dalam kehidupan yang boleh dan perlu dikecapi oleh setiap pasangan suami isteri. Namun, sering sahaja kita disajikan dengan cerita pasangan yang ‘tewas awal’ di ranjang.
Sebagai lelaki dan suami, anda adalah nakhoda kapal laut yang sedang belayar menuju ke destinasi. Ia adalah tanggungjawab anda untuk mengemudi dan mengepalai setiap aspek kehidupan dalam alam perkahwinan termasuklah seks.
Jika anda gagal, kapal laut yang anda kawal itu pasti akan tenggelam dan karam di lautan yang penuh pancaroba.
Disebabkan itu, lelaki sering dipersalahkan setiap kali hubungan seks yang dilakukan itu terlalu singkat dan kurang memuaskan. Ya, ia mungkin salah anda.
Namun, wanita juga tidak boleh lepas tangan begitu sahaja. Hubungan intim melibatkan dua individu, bukan? Jadi, tidak adil untuk menyalahkan satu pihak sahaja.
Holly Richmond, Phd, seorang pakar terapi seks mengatakan nombor yang terdapat dalam soal selidik itu mungkin sedikit tinggi. Beliau menyatakan bahawa secara purata, 9 hingga 12 minit sebenarnya adalah waktu yang paling ideal untuk melakukan hubungan pentrasi.
Ini tidak termasuk waktu adegan ‘ringan-ringan’ atau foreplay. Jadi, ia terp**ang kepada pasangan suami isteri itu sendiri untuk ‘pembuka selera’ sebelum ‘hidangan utama’.
Apa yang penting,penetrasi disarankan untuk dilakukan dalam lingkungan 9 hingga 12 minit sahaja.
Jika anda merupakan seorang lelaki yang gagah perkasa lantas dapat bertahan lebih lama, ia tidak akan mendatangkan sebarang masalah. Cuma jangan p**a sampai mencecah sehingga 1 jam atau lebih kerana berisiko mengakibatkan pasangan anda terlalu letih melayan anda.
Jika anda merupakan seorang lelaki yang kerap ‘tewas awal’ p**a, ia mungkin mendatangkan masalah. Pasangan wanita anda mungkin akan kecewa dengan prestasi anda, sekali gus menjejaskan kehidupan seks anda berdua.
Selain itu, waktu seks perlu berlangsung juga mungkin dipengaruhi kepada beberapa faktor lain seperti saiz dan bentuk z***r yang memang berbeza bagi setiap lelaki.
Jadi, tiada sebarang waktu yang ‘normal’ untuk melakukan hubungan intim, ia terp**ang kepada anda dan pasangan.