
26/07/2025
📝 LAPORAN PROGRAM BOWLING SERONOK PEKERJA KURANG UPAYA (PKU) BERSAMA KAKITANGAN BENGKEL DAYA KLANG (BDK)
Tarikh: 25.07.2025 (JUMAAT)
Masa: 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi: Klang Bowling, Harbour Place Mall
Penyertaan:
- 31 orang PKU
- 9 orang kakitangan BDK
Objektif:
1. Meningkatkan keupayaan fizikal seperti koordinasi tangan dan mata serta keseimbangan badan dalam kalangan PKU dan kakitangan.
2. Memberi peluang kepada peserta PKU untuk bergaul dan berinterasi secara sihat dalam suasana yang menyeronokkan.
3. Menyediakan ruang untuk mengenal pasti bakat dalam sukan bowling dalam kalangan PKU dan kakitangan yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
4. Mengeratkan hubungan antara PKU dan kakitangan melalui aktiviti santai yang menyeronokkan dan inklusif.
Sekian, terima kasih.