08/11/2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Prof. / Tuan / Puan,
SAMBUTAN HARI PATOLOGI SEDUNIA 2024 : UNVEILING THE INVISIBLE
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Makmal Diagnostik Klinikal, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM akan menganjurkan Sambutan Hari Patologi Sedunia 2024, peringkat HASA seperti butiran berikut:
Tarikh : 28 November 2024 (Khamis)
Tempat : Auditorium 2, Aras 2, HASA
Masa : 9.00 pagi – 12:30 tengah hari
3. Penganjuran program ini merupakan platform untuk menyampaikan informasi kesihatan secara komprehensif serta peranan patologi dalam perubatan kesihatan, khususnya dalam bidang patologi kimia, patologi anatomik, hematologi dan perubatan transfusi, mikrobiologi perubatan dan parasitologi, imunologi serta patologi genetik secara langsung kepada warga HASA.
4. Besar harapan kami agar YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Prof. / Tuan / Puan sudi meluangkan masa untuk hadir seterusnya bersama-sama menjayakan sambutan dan program yang diadakan. Pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung sepanjang program diadakan. Bersama-sama ini dilampirkan poster bagi program tersebut untuk perhatian semua. E-Sijil penyertaan dan jam latihan juga disediakan bagi peserta yang hadir. Untuk perhatian, pertandingan mencipta logo dilanjutkan sehingga 22 November 2024. Selain itu, terdapat pelbagai baucar disediakan untuk 100 peserta terawal.
5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Cik Sarina Ali ( 03 62165215)
En Mohd Fakhri (03 33963703)
Sekian, terima kasih.
اوسها، تقوى، مليا
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
B/P JABATAN MAKMAL DIAGNOSTIK KLINIKAL
Hospital Al-Sultan Abdullah
Universiti Teknologi MARA
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 3396 3130