Rumah Kesembuhan Illahi

  • Home
  • Rumah Kesembuhan Illahi

Rumah Kesembuhan Illahi Pusat kerohanian & rawatan islam 100% bumiputra yang membimbing individu melalui fasa kesufian moden.

๐—ญ๐—œ๐—ž๐—œ๐—ฅ ๐—ก๐—”๐—™๐—ฆ / ๐—ญ๐—œ๐—ž๐—œ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”Dalam bidang kerohanian, banyak pihak yang membicarakan tentang ZIKIR NAFS. Namun kebanyakannya m...
09/11/2023

๐—ญ๐—œ๐—ž๐—œ๐—ฅ ๐—ก๐—”๐—™๐—ฆ / ๐—ญ๐—œ๐—ž๐—œ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”

Dalam bidang kerohanian, banyak pihak yang membicarakan tentang ZIKIR NAFS. Namun kebanyakannya masih kurang jelas atau kurang faham tentang apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ZIKIR NAFS. Penerangan terperinci tentang ZIKIR NAFS juga amatlah sedikit dan terbatas.

Amalan ZIKIR NAFS juga sebenarnya merupakan amalan asas para Anbiya dengan panggilan lain iaitu TAZKIYATUN NAFS. Amalan ini terdapat banyak penekanannya jika dirujuk kepada Al-Quran dan beberapa kitab ilmuan terdahulu. TAZKIYATUN NAFS sebetulnya adalah berkisar tentang perjalanan HAKIKAT MENGENAL DAN MENYUCIKAN DIRI.

Kata 'An-Nafs' boleh diertikan sebagai roh, jiwa atau diri. Jadi ZIKIR NAFS sebenarnya merujuk kepada zikir roh, zikir jiwa atau zikir diri. Manakala dalam sesetengah Pengajian Hakikat menggelar ZIKIR NAFS sebagai 'zikir tanpa huruf tanpa suara' atau ZIKIR RASA.

Kesalahfahaman yang kerap berlaku dalam kalangan ahli Pengajian Hakikat adalah dengan menjustifikasikan ZIKIR NAFS sebagai zikir nafas yang disertai bacaan 'Hu Allah' atau seumpamanya. Tafsiran ini telah pun disalah ertikan dari ZIKIR NAFS yang sebenar kerana telah pun 'bersuara'. Walaupun bacaan sekadar senyap didalam hati juga tetap juga telah lari dari ZIKIR NAFS yang sebenar kerana masih 'berhuruf'.

ZIKIR NAFS pada hakikatnya merupakan peringkat lanjut selepas daripada ZIKIR LISAN dan ZIKIR KALAM. Selari dengan panggilan 'zikir tanpa kalam tanpa suara', ZIKIR NAFS bukan lagi duduk pada LISAN dan KALAM, bukan lagi duduk pada 'huruf', 'suara' dan 'kata', sebaliknya hanya meletakkan zikir sepenuhnya ke atas RASA sahaja.

Apakah RASA?
RASA yang diperkatakan sebenarnya merujuk kepada deria atau kasyaf batin seseorang yang telah terbuka membuatkan seseorang itu mampu merasa seluruh aliran, pergerakan dan keadaan diri zahir dan diri batin masing-masing.

Dari manakah timbulnya RASA?
Peringkat awal dalam zikir, iaitu amalan dalam ZIKIR LISAN dan ZIKIR KALAM sebetulnya bertujuan untuk menyucikan dan menghidupkan setiap titik 'maqam' pada seluruh lapisan rohani. Setelah lapisan demi lapisan dibersihkan sehingga mencapai 'maqam' titik roh terakhir (dalam beberapa Pengajian Hakikat menggelarkan sebagai 'maqam' ROH AL-QUDSI, 'maqam' SIRR atau 'maqam' AKU), tenaga rohani dari maqam ini akan mula menghidupkan QUDRADnya kepada seluruh โ€˜maqamโ€™ rohani. Hasilnya ROHANI seseorang akan mula bangkit, semakin hidup dan memancar keluar beserta QUDRAD DZAT tersebut. Di sinilah titik permulaan bermulanya ZIKIR NAFS atau RASA.

Apakah yang diRASAkan?
Pada hakikatnya, Tenaga Rohani AKU ini tidak mempunyai RASA, selain menghidupkan ROHANI dengan QUDRADnya sahaja. ROHANI yang semakin hidup dan terbuka kasyafnya ini lah yang sedang merasakan seluruh gangguan dan kotoran yang selama ini sentiasa membelenggu dirinya. Dalam proses KEROHANIAN seseorang yang melawan dan membersihkan dirinya inilah yang menghasilkan getaran RASA pada seluruh badan diri zahir dan batin yang masih dibelengu kotoran duniawi.

Tujuan menghidupkan kasyaf RASA?
Kasyaf RASA ini sebetulnya adalah sebagai 'indicator' atau petanda kepada hakikat keadaan rohani badan diri seseorang, samada dalam keadaan bersih atau masih banyak dibelengu kotoran duniawi yang bersifat BATHIL. Semakin bersih rohani badan diri seseorang maka semakin halus dan nipislah RASA padanya. Peringkat tertinggi dalam ZIKIR NAFS apabila HILANG dan KOSONG seluruh RASA pada rohani badan diri seseorang atau disebut sebagai Martabat Nurun 'Ala Nurin (boleh diertikan sebagai Peringkat Cahaya Berdamping Cahaya). Pada martabat ini, seorang insan telah pun bebas sepenuhnya daripada seluruh penyakit zahir dan batin.

Kesimp**annya, ZIKIR NAFS adalah peringkat yang WAJIB dilalui oleh seluruh ahli kerohanian, malahan selayaknya ditekankan perjalanan rohani atau perjalanan sufi seseorang hanya bermula setelah hidup kasyaf RASA padanya. Hanya dengan ZIKIR NAFS seseorang mampu melalui perjalanan HAKIKAT MENGENAL DIRI dengan membezakan antara yang HAQ atau yang BATHIL pada kerohanian masing-masing. Seluruh HIKMAH, KARAMAH atau KELEBIHAN yang dipunyai seseorang tanpa dihidupkan ZIKIR NAFS pada dirinya terlebih dahulu dikhuatiri adalah tipu daya daripada sesuatu unsur yang BATHIL.

Semoga setiap dari kita mendapat renungan yang HAQ.

https://qudradtullah.wasap.my/
๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐Œ๐๐”๐‡๐€๐ ๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‡๐ˆ

๐ˆ๐‹๐Œ๐” ๐“๐€๐™๐Š๐ˆ๐˜๐€๐“๐”๐ ๐๐€๐…๐’ : ๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ ๐“๐€๐๐๐€ ๐”๐๐€๐“ .......................................................................Seca...
09/10/2023

๐ˆ๐‹๐Œ๐” ๐“๐€๐™๐Š๐ˆ๐˜๐€๐“๐”๐ ๐๐€๐…๐’ : ๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ ๐“๐€๐๐๐€ ๐”๐๐€๐“ .......................................................................
Secara amnya, kebanyakkan kita sedia maklum bahawa roh itulah yang menghidupkan jasad. Tetapi kurang jelas tentang bagaimanakah rohani dan jasmani itu saling berhubung antara satu sama lain.
Daripada satu sudut perlu difahami terlebih dahulu bahawa jasmani ini adalah sebuah mekanisma biologi, dinyawakan oleh sekump**an tenaga yang menjadi sumber kehidupan iaitu rohani masing-masing. Apabila tenaga rohani mampu disalurkan dengan lancar maka seluruh sistem pada mekanisma biologi ini mampu berfungsi dengan baik.
Apabila terdapat gangguan pada aliran rohani, maka prestasi pada sistem mekanisma biologi tersebut mula merosot secara berfasa. Kesannya sistem baikpulih pada jasmani mula melemah dan bermasalah, maka terzahirlah pelbagai penyakit dan masalah dalam keharmonian kehidupan.

Punca yang menyebabkan aliran rohani tersebut terganggu biasanya terpecah kepada dua faktor. Iaitu faktor luaran (penebat aliran) dan juga faktor dalaman (kerosakan rohani).
Unsur yang mampu menghalang dan menjadi penebat pada aliran rohani ini tentulah dalam elemen yang sama juga, iaitu tenaga ghaib tetapi bersifat negatif dan perosak. Dengan bahasa yang lebih mudah difahami sebagai sihir, santau dan gangguan saka.
Maka diantaranya adalah unsur ghaib tersebutlah apabila hadir dalam kuantiti yang pekat dan padat, mampu menyekat aliran tenaga daripada rohani kepada jasmani secara berperingkat.
Roh adalah mahkluk, maka ianya mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri. Mampu tercedera dan juga rosak jika tidak dapat diselenggara dengan baik. Kerosakan rohani ini juga boleh diwariskan kepada generasi seterusnya melalui pembawakan setitik benih biologi beserta setitik tenaga sumber kehidupan (rohani) daripada ibu bapa. Maka terlahirlah lebih ramai zuriat yang juga mewarisi kecacatan atau kerosakan daripada sudut rohani dan jasmani. Daripada pandangan yang paling zahir, salah satu masalah inilah yang dapat dilihat sebagai penyakit keturunan.

Roh yang semakin lemah akhirnya menyebabkan aliran tenaga pada jasmaninya semakin terbantut dan tergantung pada paras minimal, hanya sekadar mampu menghidupkan jasmani. Tetapi tiadalah kesihatannya, kekuatannya dan juga keharmonian yang dapat dibangunkan pada jasmani.
Dalam keadaan yang menekan tersebut, yang paling menyedihkan adalah perihal elemen terpenting dalam sebuah kehidupan inilah yang kerap kali diabaikan dan disisihkan oleh ramai orang. Apabila manusia semakin logikal, mementingkan kehidupan duniawi dan material semata, maka semakin butalah pandangannya pada pembangunan rohani.
Pembangunan rohani dan jasmani yang sempurna pasti tidak dapat dicapai tanpa ilmu mengenal diri atau ๐‘ฑ๐’‚๐’๐’‚๐’ ๐‘ป๐’‚๐’›๐’Œ๐’Š๐’š๐’‚๐’•๐’–๐’ ๐‘ต๐’‚๐’‡๐’” (๐’‘๐’†๐’๐’š๐’–๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๐’“๐’๐’‰/๐’‹๐’Š๐’˜๐’‚). Ilmu mengenal diri bukanlah sekadar ilmu cerita seronok sendiri (syok sendiri), tetapi ianya adalah cabang ilmu yang membongkar hakikat masalah pada rohani dan jasmani individu. Daripada setiap masalah yang diterokai inilah, seorang insan mampu memperbaiki kondisi dirinya kearah yang lebih baik dari segenap sudut kehidupan.
โ€œ๐’€๐’‚ ๐‘จ๐’๐’๐’‚๐’‰, ๐’‹๐’‚๐’…๐’Š๐’Œ๐’‚๐’๐’๐’‚๐’‰ ๐’…๐’Š ๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐’‰๐’‚๐’•๐’Š๐’Œ๐’– ๐’„๐’‚๐’‰๐’‚๐’š๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐’…๐’Š ๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐’๐’Š๐’”๐’‚๐’๐’Œ๐’– (๐’‹๐’–๐’ˆ๐’‚) ๐’„๐’‚๐’‰๐’‚๐’š๐’‚. ๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’Œ๐’‚๐’๐’๐’‚๐’‰ ๐’…๐’Š ๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐’‘๐’†๐’๐’…๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚๐’๐’Œ๐’– ๐’„๐’‚๐’‰๐’‚๐’š๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐’…๐’Š ๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐’‘๐’†๐’๐’ˆ๐’๐’Š๐’‰๐’‚๐’•๐’‚๐’๐’Œ๐’– (๐’‹๐’–๐’ˆ๐’‚) ๐’„๐’‚๐’‰๐’‚๐’š๐’‚. ๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’Œ๐’‚๐’๐’๐’‚๐’‰ ๐’…๐’‚๐’“๐’Š ๐’ƒ๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’– ๐’„๐’‚๐’‰๐’‚๐’š๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’“๐’Š ๐’…๐’†๐’‘๐’‚๐’๐’Œ๐’– (๐’‹๐’–๐’ˆ๐’‚) ๐’„๐’‚๐’‰๐’‚๐’š๐’‚. ๐‘ฑ๐’‚๐’…๐’Š๐’Œ๐’‚๐’๐’๐’‚๐’‰ ๐’…๐’‚๐’“๐’Š ๐’‚๐’•๐’‚๐’”๐’Œ๐’– (๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’Š๐’•) ๐’„๐’‚๐’‰๐’‚๐’š๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’“๐’Š ๐’ƒ๐’‚๐’˜๐’‚๐’‰๐’Œ๐’– ๐’„๐’‚๐’‰๐’‚๐’š๐’‚ (๐’ƒ๐’–๐’Ž๐’Š). ๐’€๐’‚ ๐‘จ๐’๐’๐’‚๐’‰, ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐’‚๐’Œ๐’– ๐’„๐’‚๐’‰๐’‚๐’š๐’‚.โ€
(๐‘ฏ๐‘น ๐‘ฉ๐’–๐’Œ๐’‰๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ด๐’–๐’”๐’๐’Š๐’Ž).
๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐“๐š๐ณ๐ค๐ข๐ฒ๐š๐ญ๐ฎ๐ง ๐๐š๐Ÿ๐ฌ (๐™๐ข๐ค๐ข๐ซ ๐๐š๐Ÿ๐ฌ) ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ค๐š๐ž๐๐š๐ก ๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐ฎ๐›๐š๐ญ ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ฎ๐œ๐ข๐š๐ง ๐๐ข๐ซ๐ข ๐›๐š๐ญ๐ข๐ง ๐๐š๐ง ๐ณ๐š๐ก๐ข๐ซ ๐ฆ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐š. ๐ˆ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ฃ๐ฎ๐ ๐š ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ฌ๐ž๐ฌ ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐š๐ก๐š๐ฒ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐ฅ๐š๐ฉ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐ซ๐จ๐ก๐š๐ง๐ข ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐ค๐ž ๐ฃ๐š๐ฌ๐ฆ๐š๐ง๐ข.
Di HQ SPIRITUAL HEALING CENTRE, kami telah mengkaji permasalahan pengurusan elemen terpenting ini - fungsi rohani dan perkaitannya dengan keharmonian kehidupan jasmani manusia selama bertahun-tahun. Bagi mengatasi permasalahan kesihatan yang timbul pada tubuh jasmani, mental dan rohani manusia, kami telah menemui beberapa kaedah kerohanian yang berkesan dalam menanganinya melalui Jalan Tazkiyatun Nafs.
Bagi yang serius dan komited ingin mempelajari kaedah kerohanian berkesan bersama pihak kami, boleh bertindak mendaftar ke KELAS RAWATAN DIRI ROHANI & JASMANI (Pembukaan SIRR) yang kami adakan. Ia dikenali sebagai ilmu sains kerohanian yang menjanjikan pengisian yang sarat dengan praktikal-praktikal ilmu kerohanian berbanding teori.
Kelas ini diadakan bertujuan bagi berkongsi dengan masyarakat kaedah membaik pulih struktur tubuh rohaniah yang mana boleh di olah kefahamannya melalui pelbagai perspektif samada dari sudut agama, sains, kesihatan, minda dan psikologi.

Untuk keterangan lanjut, tarikh kelas terkini serta konsultansi percuma, boleh hubungi :

๐๐”๐’๐€๐“ ๐‘๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐”๐ƒ๐‘๐€๐ƒ๐“๐”๐‹๐‹๐€๐‡
๐‘ด๐’‚๐’”๐’•๐’†๐’“ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’๐’Š๐’•๐’‚
'010-7071 601
๐‘ช๐’‚๐’๐’/๐‘พ๐’‰๐’‚๐’•๐’‚๐’‘๐’‘๐’”

Layari Website :
hqspiritualhealingcentre.com.

"Bergerak ke arah keharmonian insan sejati"


Kelas Review Bulanan April 2023SYAHADAHAL HAQJUNIOR WARRIOR 1
15/04/2023

Kelas Review Bulanan
April 2023
SYAHADAH
AL HAQ
JUNIOR WARRIOR 1

๐—˜๐— ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—› : ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก, ๐—ฆ๐—จ๐—”๐—ง๐—จ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐—”๐—จ ๐—ž๐—˜๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก?Emosional empath adalah...
22/03/2023

๐—˜๐— ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—› : ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก, ๐—ฆ๐—จ๐—”๐—ง๐—จ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐—”๐—จ ๐—ž๐—˜๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก?
Emosional empath adalah istilah spiritual untuk seseorang yang mampu merasakan emosi dan energi orang lain yang berada disekitarnya. Sehinggakan jenis emosi orang lain yang dirasakan itu seakan-akan emosinya sendiri. Malah ada juga yang mampu merasai energi negatif entiti ghaib yang gemar menggangu manusia hidup.
Jika yang datang kepadanya seseorang yang penuh kesedihan dan dukacita, maka dia juga turut bersedih dan duka, jika seseorang yang bersemangat dan bermotivasi tinggi menghampirinya maka dia turut sama bersemangat. Pernah pembaca mengalami hal ini? Jika yang datang semuanya emosi baik-baik tidak menjadi masalah, tetapi kebanyakkan individu seperti ini lebih menarik orang-orang beremosi negatif dan energi toksik yang penuh masalah hidup mendatanginya.
Dan tidak hairanlah jika individu Emosional Empath ini mempunyai corak kehidupan yang kurang ceria, mudah sakit dan sering p**a terperangkap dalam masalah kesihatan mental. Mengapa hal ini boleh terjadi?
Menurut kajian kami, individu Emosional Empath ini terjadi akibat berlakunya kebocoran sistem energi pada lapisan jasad fizikal dan juga spiritual. Dengan kata lain, medan aura-nya mudah diceroboh dan mudah terkesan dengan pertembungan energi sesama manusia dan benda-benda di sekelilingnya.
Maka, untuk menangani isu over-sensitif pada emosi dan energi disekeliling ini adalah dengan melakukan proses penyembuhan lapisan spiritual yang bocor dan seterusnya berusaha memperkuatkan medan aura diri.
Emosional empath boleh menjadi suatu kelebihan pada seseorang sekiranya dia mempunyai kemahiran mengenalpasti perbezaan antara emosi diri sendiri dan orang lain. Seterusnya berupaya membentuk diri yang mempunyai tinggi empati, mudah memahami, dan berupaya memberikan solusi dalam menangani krisis emosi diri.
Namun, sebelum kekurangan diri bertukar menjadi suatu kelebihan pada diri, seorang Emosional Empath perlulah mempunyai ilmu dan praktikal spiritual untuk benar-benar mengenal dan menguasai dirinya sendiri. Dengan ilmu dan praktikal yang tepat bakal membantu seorang Emosional Empath ini menjalani hidup yang lebih ceria, sihat, bijak mengawal energi dan emosi yang dirasai dan mampu menguasai situasi bukan situasi menguasainya.

๐‘ผ๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐’‚๐’๐’…๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’Ž๐’‚๐’‰๐’– ๐’Ž๐’†๐’๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’•๐’Œ๐’‚๐’ ๐’“๐’‚๐’˜๐’‚๐’•๐’‚๐’, ๐’ƒ๐’Š๐’Ž๐’ƒ๐’Š๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’”๐’‘๐’Š๐’“๐’Š๐’•๐’–๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’•๐’†๐’“๐’–๐’”๐’‚๐’ ๐’”๐’†๐’–๐’Ž๐’–๐’“ ๐’‰๐’Š๐’…๐’–๐’‘ ๐’”๐’†๐’“๐’•๐’‚ ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’๐’‚๐’‹๐’‚๐’“๐’Š ๐’Œ๐’‚๐’†๐’…๐’‚๐’‰ ๐’Ž๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’†๐’Ž๐’๐’”๐’Š๐’๐’๐’‚๐’ ๐’†๐’Ž๐’‘๐’‚๐’•๐’‰ ๐’‚๐’๐’…๐’‚, ๐’‹๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’๐’†๐’‘๐’‚๐’”๐’Œ๐’‚๐’ ๐’‘๐’†๐’๐’–๐’‚๐’๐’ˆ ๐’Œ๐’†๐’†๐’Ž๐’‚๐’”๐’‚๐’ ๐’Š๐’๐’Š! ๐‘บ๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Š ๐’Œ๐’๐’Ž๐’–๐’๐’Š๐’•๐’Š ๐’†๐’Ž๐’‘๐’‚๐’•๐’‰ ๐’…๐’Š ๐‘น๐’–๐’Ž๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐’†๐’”๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’–๐’‰๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’๐’๐’‚๐’‰๐’Š ๐’‚๐’ˆ๐’‚๐’“ ๐’‚๐’๐’…๐’‚ ๐’•๐’Š๐’…๐’‚๐’Œ ๐’•๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’‘๐’‚๐’Š-๐’Œ๐’‚๐’‘๐’‚๐’Š & ๐’Ž๐’‚๐’”๐’‚ ๐’…๐’†๐’‘๐’‚๐’ ๐’‚๐’๐’…๐’‚ ๐’๐’†๐’ƒ๐’Š๐’‰ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Ž๐’‚๐’Œ๐’๐’‚.

" ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’ˆ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ ๐’Œ๐’† ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰ ๐’Œ๐’†๐’‰๐’‚๐’“๐’Ž๐’๐’๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐’”๐’†๐’‹๐’‚๐’•๐’Š"
Untuk pendaftaran dan konsultansi spiritual percuma bolehlah menghubungi kami ditalian berikut :
๐‘ด๐’‚๐’”๐’•๐’†๐’“ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’๐’Š๐’•๐’‚
010 - 7071 601
๐’„๐’‚๐’๐’/๐’˜๐’‰๐’‚๐’•๐’‚๐’‘๐’‘๐’”


๐—ž๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ........................................... Wujudnya manusia bukan semata secara fizik (jasmani) malah ...
28/02/2023

๐—ž๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ...........................................

Wujudnya manusia bukan semata secara fizik (jasmani) malah secara metafizik (rohani). Jika jasmani manusia sakit, tidak bahagia, tidak mempunyai sikap dan perangai bermoral ianya tercetus lebih awal secara rohani lagi. Kerana rohanilah yang memberi kehidupan pada jasad manusia, jika bermasalah rohani ini, bermasalah-lah jasad ini. Jadi segala tindakan dan perlakuan manusia di alam fizikal ini adalah hasil penterjemahan oleh alam rohani (metafizik) yang tersembunyi disebalik jasad.

Sekiranya manusia hari ini memahami perkaitan ini, tiadalah timbul ketidakseimbangan dalam menjalani kehidupan ini. Pasti aspek jasmani (duniawi) dan rohani (ukhrawi) akan dijaga secara seimbang dan tiada kecenderungan kepada salah satunya sahaja. Tetapi malangnya, dunia manusia hari ini menunjukkan sebaliknya. Manusia berhadapan dengan pelbagai krisis kehidupan samada krisis ekonomi, penyakit, politik, kebuluran, kekeluargaan, peperangan dan pelbagai lagi. Kesemua krisis dunia luaran yang manusia alami itu bukanlah krisis yang sebenarnya, melainkan ianya sebagai peringatan pada umat manusia semata. Bahawasanya krisis yang sebenar-benarnya adalah berpunca dari dunia dalaman (rohani) manusia itu sendiri iaitu KRISIS KESEDARAN (crisis of consciousness).

Ketidakupayaan manusia untuk mengenal siapa sebenar-benarnya diri mereka hari ini, telah menjadi punca bahawa KITA HARI INI BUKANLAH DIRI KITA YANG SEBENARNYA. Majoriti manusia hari ini gagal mengenalpasti dan keliru tentang siapa diri mereka. Samada jasad, minda, rohani atau jiwa? Yang mana berperasaan, berfikir dan bertindak seharian? Ketidakjelasan tersebut menyebabkan ramai manusia hidup dalam MODE AUTOPILOT. Menjalani kehidupan seharian tanpa sedar dan tanpa kawalan diri, serta membiarkan persekitaran mencorakan hidup dan takdir mereka.

Oleh sebab tidak jelas, keliru ditambah dengan sikap malas mencari jawapan dalam diri, ramai manusia hanya hidup seperti lembu di cucuk hidung. Sekadar mengikut membuta tuli apa yang disuap oleh informasi luar diri tanpa kesahihan dari pengalaman diri sendiri. Pemikiran yang tidak jelas dan tidak sedar tentang apa yang diterima dan dilalui seharian membuatkan mereka ini menjadi hamba secara tidak langsung kepada hawa nafsu diri mahupon manusia di persekitaran mereka. Inilah punca sebenar segala penyakit terzahir dan ketidakbahagiaan hidup manusia di dunia ini.


Cara bagi menangani krisis kesedaran yang mencetuskan ketidakbahagiaan diri dalaman (rohani) dan kepincangan manusia menjalani kehidupan duniawi ini, pertamanya adalah manusia perlulah kembali belajar mendalami dan memahaminya dari dalam diri (pengalaman secara rohani). Bukan secara fizik semata dengan membaca bahan ilmu dan menyuap pemikiran dengan informasi semata tanpa menghalusinya. Lalu dijadikannya kepercayaan diri dan membentuk โ€˜pengikut butaโ€™ yang beramal tanpa tujuan yang jelas. Hasilnya mentaliti manusia tetap ditahap yang sama tidak mengalami perubahan dan apa sahaja malapetaka duniawi yang dialami terus diserahkan pada takdir semata tanpa berusaha ingin menyelesaikannya.


Hasil pengalaman bertahun-tahun oleh ahli-ahli kerohanian dan perawat di HQ SPIRITUAL HEALING CENTRE, solusi permasalahan tersebut boleh ditangani secara berfasa dengan memberi pengisian ilmu kerohanian secara praktikal beserta membekalkan Punca Kuasa Tenaga Rohani Tertinggi (SIRR) pada jasmani dan rohani manusia secara konsisten.


Sekiranya anda yang membaca perkongsian ini bersungguh-sungguh ingin berikhtiar menangani ketidakbahagiaan dalam diri dan ingin bersama-sama ahli di HQ SPIRITUAL HEALING CENTRE untuk memahami dan menghalusi setiap aspek diri manusia iaitu jasad, minda, rohani dan jiwa melalui praktikal kerohanian, bolehlah mendaftar ke kelas bimbingan spiritual yang pihak kami anjurkan. (rujuk gambar)


Kelas yang diadakan bertujuan untuk membantu individu melalui proses self-healing dan membimbing individu dalam mencapai tahap spiritualiti tertinggi dalam kehidupan. Untuk pendaftaran dan konsultansi spiritual percuma bolehlah menghubungi saya.

๐‘ด๐’‚๐’”๐’•๐’†๐’“ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’๐’Š๐’•๐’‚
'010-7071 601
๐‘ช๐’‚๐’๐’/๐‘พ๐’‰๐’‚๐’•๐’‚๐’‘๐’‘๐’”

โ€œBergerak ke arah keharmonian insan sejatiโ€





"Dari sesuatu untuk sesuatu kepada sesuatu"Baca hingga akhir mukasurat ini.
27/02/2023

"Dari sesuatu untuk sesuatu kepada sesuatu"
Baca hingga akhir mukasurat ini.

๐—ก๐—”๐—™๐—ฆ๐—จ : ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—•๐—”๐—• ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ž๐—œ๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐——๐—จ๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—ก...................................................
03/02/2023

๐—ก๐—”๐—™๐—ฆ๐—จ : ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—•๐—”๐—• ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ž๐—œ๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐——๐—จ๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—ก..................................................................................
Secara semula jadinya setiap manusia itu hidup secara selari di dua alam yang berbeza sama ada secara sedar atau tidak.

Dua alam tersebut secara ringkasnya adalah ALAM FIZIKAL (alam jasad) dan ALAM SPIRITUAL (alam roh).

Alam fizikal adalah alam pelaksanaan bagi kehidupan manakala alam spiritual adalah alam punca bagi kehidupan. Kehidupan sebenar manusia berpunca dari alam spiritual dan sentiasa memancar ke alam fizikal agar manusia dapat merasai dan menjalani kehidupan seharian dengan sempurna.

Kehidupan manusia mula bermasalah apabila wujudnya dinding yang mengganggu aliran kerohanian diantara dua alam tersebut. Dinding tersebut dalam istilah yang mudah adalah NAFSU.

Nafsu dari sudut kerohanian bukanlah sesuatu yang baik atau buruk. Apabila berada pada keadaan yang terkawal, nafsu dapat membawa kepada kebaikan dengan membawa manusia kepada keterusan hidup yang terjamin. Contohnya adalah keinginan untuk mendapat pendapatan yang terjamin, penempatan yang selamat dan makan minum yang terjaga.

Tetapi apabila nafsu membesar dan berlebihan, maka akan menjadi dinding yang menghalang perjalanan kerohanian setiap manusia dan kehidupan akan mula bermasalah. Masalah dalam kehidupan ini akan makin membesar dan lama-kelamaan mula menjadi pelbagai penyakit mistik dan penyakit moden.

Punca yang menyebabkan nafsu semakin membesar dan menjadi dinding pada pancaran rohani setiap insan banyak. Antaranya adalah KETURUNAN. Sebagai contoh, nafsu yang diwarisi dari bapa adalah pada skala 3 dan dari ibu pada skala 5, maka anak tersebut akan mewarisi nafsu dengan skala 8.

MAKANAN juga memainkan peranan dalam mempengaruhi nafsu. Kerana setiap tumbuhan dan haiwan juga mempunyai diri nafsu masingโ€”masing. Kerana itu kita perlu menjaga diet pemakanan seharian dengan mengambil makanan yang halal dan menyihatkan.

Selain itu, PERBUATAN seharian seseorang juga boleh menjadi punca besarnya blok nafsu. Manusia sering terlepas pandang akan kesilapan dan kesalahan kecil yang dilakukan sepanjang hidup.
Walaupun hanya perbuatan salah tersebut dipandang kecil dan ringan, namun hasil dari perbuatan yang sama berulang-ulang sepanjang kehidupannya akan menjadi negatif yang besar dan menjurus pada berkembangnya nafsu ke arah negatif di alam kerohaniannya.

Punca lain yang membesarkan nafsu adalah NIAT. Individu yang terlalu berniat (berkehendak) sesuatu yang melampau, atau sesuatu keinginan, fikiran atau perasaan yang tinggi tetapi dipendam tanpa diredakan maka akan menyebabkan nafsu membesar dan menjadi tidak terkawal.

Dalam skop niat, individu lain yang terlalu berniat, berharap atau menginginkan sesuatu dalam keadaan yang tidak bersederhana keatas seseorang juga boleh menyebabkan dinding atau blok nafsu pada kedua-dua individu tersebut membesar. Dan hasilnya, individu yang berniat tersebut bukan sahaja merosakkan dimensi kerohanian diri sendiri, malah turut merosakkan dimensi kerohanian individu lain. Walaupun apa yang diniatkan atas tujuan yang baik, tetapi atas dasar yang melampau dan tidak bersederhana itulah yang membawa kepada keburukan dan kerosakan dalam kehidupan seharian.

Ramai dikalangan manusia yang tidak sedar akan masalah kehidupan masing-masing pada peringkat awal. Kerana sudah terlalu biasa hidup dalam keadaan yang sama maka seseorang itu akan merasa selesa dengan kehidupannya yang semakin rosak. Manusia selalunya mula sedar dengan masalah dan kerosakan kehidupan masing-masing setelah munculnya pelbagai penyakit mistik dan moden yang s**ar diubati.

Masalah ini sebetulnya dapat dicegah dengan mudah pada peringkat awal dengan pelbagai amalan ibadah dan amalan kerohanian. Tetapi apabila nafsu pada kerohanian seseorang itu sudah terlalu melampaui batas sehingga munculnya pelbagai penyakit, maka agak s**ar untuk diubati tanpa ilmu pengetahuan dan cara yang tepat.

Melalui pengalaman dan kajian, kami telah menemui beberapa kaedah kerohanian untuk mengikis dan merendahkan semula nafsu pesakit yang bermasalah sehingga ketahap normal semula. Dalam masa sama setiap kerosakan kerohanian yang menjurus dari alam spiritual ke alam fizikal juga dapat diperbaiki agar perjalanan kerohanian pesakit berjalan dengan lancar semula.

Hasilnya, pesakit sebenarnya bukan sahaja sedang melalui proses rawatan bagi penyakitnya, tetapi juga dalam proses memperbaiki kehidupan kearah kehidupan yang lebih baik dan tenang. Insyaallah.

Sebarang pertanyaan dan permasalahan tentang temujanji untuk perkhidmatan rawatan berdepan dan rawatan jarak jauh boleh terus menghubungi saya.

๐‘ด๐’‚๐’”๐’•๐’†๐’“ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’๐’Š๐’•๐’‚
010 - 7071 601
๐’„๐’‚๐’๐’/๐’˜๐’‰๐’‚๐’•๐’‚๐’‘๐’‘๐’”

(Sila rujuk komen)

15/01/2023
Nabi Sulaiman adalah nabi yang terkenal memiliki kekayaan yang luar biasa. Keunggulan kerajaan yang dipimpin oleh Nabi S...
03/01/2023

Nabi Sulaiman adalah nabi yang terkenal memiliki kekayaan yang luar biasa. Keunggulan kerajaan yang dipimpin oleh Nabi Sulaiman A.S. sangat besar sekali. Wilayah kekuasaannya luas dan banyak musuh dari golongan manusia, binatang, jin, bahkan iblis tunduk padanya.

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa Nabi Sulaiman as memohon kepada ALLAH dalam doanya :

โ€œYa ALLAH, engkau telah menundukkan bagiku manusia, jin, binatang buas, burung-burung dan para malaikat. Ya ALLAH, aku ingin menangkap iblis dan memenjarakan, merantai, serta mengikatnya, sehingga manusia tidak berbuat dosa dan maksiat lagiโ€

ALLAH SWT kemudian mewahyukan kepada Nabi Sulaiman A.S. :
โ€œWahai Sulaiman, tidak ada kebaikan jika iblis ditangkapโ€

Nabi sulaiman A.S. tetap memohon :
โ€œYa ALLAH, keberadaan makhluk terkutuk itu tidak memiliki kebaikan didalamnyaโ€

ALLAH SWT berfirman :
โ€œJika iblis tidak ada, maka banyak pekerjaan manusia yg akan ditinggalkanโ€.

Nabi Sulaiman A.S. berkata :
โ€œYa ALLAH aku ingin menangkap makhluk terkutuk ini selama beberapa hari sajaโ€

ALLAH SWT berfirman :
โ€œdengan Nama Ku, tangkaplah iblisโ€


Kemudian Nabi Sulaiman A.S. menangkap iblis itu. Beliau merantai dan memenjarakannya. Nabi Sulaiman A.S. nampak puas setelah memenjarakan iblis laknatullah itu. Sementara itu Nabi Sulaiman A.S. juga mengait beg. Beliau memang memiliki kerajaan yg besar, namun untuk keperluan makan beliau mencari sendiri dari hasil jerih payahnya sendiri.

Suatu hari beliau membuat beg untuk dijual ke pasar. Dari hasil penjualan beg tersebut, beliau hendak membeli gandum untuk membuat roti. Padahal dalam beberapa riwayat disebutkan bahwa setiap hari di dapur istana Nabi Sulaiman A.S. dimasak 4000 unta, 5000 sapi dan 6000 kambing.

Meski demikian Nabi Sulaiman A.S. membuat beg dan menjualnya ke pasar untuk mencari makan.
Keesokan harinya, Nabi Sulaiman A.S. mengutus anak buahnya untuk menjual begnya ke pasar. Mereka melihat pasar tutup dan tak ada yg berdagang sama sekali. Mereka kembali dan mengabarkan kepada nabi Sulaiman as.

Nabi Sulaiman as bertanya, โ€œApa yg terjadi?โ€
Mereka menjawab, โ€œkami tidak tahuโ€
Akhirnya beg Nabi Sulaiman A.S. tidak bisa dijual malam itu. Nabi Sulaiman A.S. hanya minum segelas air. Hari berikutnya anak buah Nabi Sulaiman A.S. kembali menjual beg itu ke pasar. Mereka kembali membawa berita bahwa pasar tetap tutup dan semua orang pergi ke makam, sibuk menangis dan meratap. Semua orang siap-siap melakukan perjalanan ke alam akhirat.

Nabi Sulaiman A.S. bertanya kepada ALLAH :
โ€œYa ALLAH, apa sebenarnya yg telah terjadi? Mengapa orang-orang tidak bekerja mencari makan?โ€
ALLAH SWT mewahyukan kepada nabi Sulaiman A.S. :
โ€œWahai Sulaiman, engkau telah menangkap iblis itu, sehingga akibatnya manusia tidak berghairah bekerja mencari nafkah. Bukankah sebelumnya telah Ku katakan padamu bahwa menangkap iblis itu tidak mendatangkan kebaikan?โ€

Mendengar hal itu, Nabi Sulaiman A.S. segera membebaskan iblis. Esok harinya, orang-orang bergegas ke pasar dan membuka kedai mereka masing-masing. Mereka pun sibuk bekerja dan mencari nafkah. Jadi, jika tidak ada iblis, pekerjaan manusia akan kacau balau. Dan hanya Allah lah yang Maha Tahu atas segala kejadian di muka bumi dan di langit.


๐Ÿ•๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐€๐๐€๐Š ๐Œ๐„๐Œ๐๐€๐๐“๐” ๐ˆ๐๐‹๐ˆ๐’Iblis yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad S...
03/01/2023

๐Ÿ•๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐€๐๐€๐Š ๐Œ๐„๐Œ๐๐€๐๐“๐” ๐ˆ๐๐‹๐ˆ๐’

Iblis yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.

Makhluk laknat terbabit pernah bertemu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda.

Berikut adalah sambungan pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis:
Rasulullah SAW lalu bersabda, โ€œSegala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.โ€

Iblis segera menyampuk: โ€œTidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.โ€

Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: โ€œTidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.โ€

โ€œJika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak s**a pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.โ€

โ€œSelama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.โ€

โ€œTahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan?โ€

โ€œSebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.โ€

โ€œAku punya anak yang s**a kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.โ€

โ€œAku punya anak yang s**a menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.โ€

โ€œAku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.โ€

โ€œPada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya. Syaitan juga berkata, โ€˜Keluarkan tanganmuโ€™, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.โ€

โ€œMereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.

โ€œAkhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.โ€

โ€œTahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,โ€ terang Iblis kepada Rasulullah SAW.


Address


Telephone

+60107071601

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Kesembuhan Illahi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rumah Kesembuhan Illahi:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram