Hospital Pendang

  • Home
  • Hospital Pendang

Hospital Pendang Hospital Pendang -

KONVENSYEN KUALITI PERINGKAT HOSPITAL KLUSTER KEDAH UTARA 2025Tanggal 18 Ogos 2025, Hospital Kluster Kedah Utara (HoKKU)...
25/08/2025

KONVENSYEN KUALITI PERINGKAT HOSPITAL KLUSTER KEDAH UTARA 2025

Tanggal 18 Ogos 2025, Hospital Kluster Kedah Utara (HoKKU) telah menganjurkan acara yang julung kali diadakan dengan gandingan jumlah 28 projek dari Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Pendang, Hospital Jitra dan Hospital Kuala Nerang bertempat di Hospital Sultanah Bahiyah.

Konvensyen yang telah berlangsung dengan jayanya tersebut dihakimi dan dinilai oleh 8 orang juri jemputan khas yang arif dan mahir tentang perincian kategori projek yang dipertandingkan. Juri-juri yang hadir turut menyatakan rasa kagum dengan kualiti dan inovasi yang ditunjukkan oleh para peserta dalam Pertandingan Projek Audit Klinikal, Inovasi dan Healthy Setting.

Konvensyen turut disempurnakan dengan perasmian penutup oleh Dr. Akmal Naziah binti Dato Haji Ahmad. Tahniah dan syabas kepada pasukan Hospital Pendang kerana memenangi johan bagi kategori Healthy setting dan naib johan bagi kategori inovasi proses. Semangat kolaboratif HoKKU ini amat membanggakan! Semoga momentum kecemerlangan ini dapat diteruskan demi kelestarian perkhidmatan yang berkualiti dan premium.


❤PROGRAM SANTUNI ANAK-ANAK YATIM“Satu Hari Istimewa, Merai Jiwa-Jiwa Hebat”❤21 Ogos 2025Telah berlangsung sebuah program...
22/08/2025

❤PROGRAM SANTUNI ANAK-ANAK YATIM
“Satu Hari Istimewa, Merai Jiwa-Jiwa Hebat”❤

21 Ogos 2025

Telah berlangsung sebuah program penuh kasih sayang dan keprihatinan yang cukup bermakna, dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Wakalah Zakat Hospital, Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, Unit Perpustakaan, Unit Kerja Sosial Perubatan, serta Kelab Ukhwah dan Kebajikan Hospital.

Program ini melibatkan dua buah rumah kebajikan, 📍Rumah Anak Yatim Amal Solehah dan Rumah Anak Yatim Al-Munirah, yang menyambut kehadiran kami dengan penuh mesra dan terbaik.

Antara pengisian menarik sepanjang program:

☑️Penampilan khas, Slot “Kenali Ubat Anda” oleh Duta Kenali Ubat Anda dan Pegawai Farmasi Hospital - Memberi pendedahan kepada anak-anak tentang pengambilan ubat yang betul dan asas kenali ubat dalam suasana mesra dan mudah difahami.

☑️Slot Kemerdekaan oleh Unit Perpustakaan - Membangkitkan semangat patriotik melalui aktiviti dan permainan berkonsepkan bulan kemerdekaan yang ceria dan menyeronokkan.

☑️Penyampaian sumbangan tunai serta goodies bag kelengkapan alat tulis – Sebagai tanda prihatin dan sokongan terhadap keperluan pembelajaran anak-anak yatim, hospital turut menyampaikan sumbangan tunai dan beg kelengkapan alat tulis bagi menyemarakkan semangat mereka dalam meneruskan pendidikan dengan lebih bersemangat.

Program turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah (Pengurusan), Puan Nur Fatihah binti Zarir mewakili Pengarah Hospital, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital, Encik Rosl,ee Mehat, Penolong Pengarah Pengurusan, Puan Zalina binti Zakariya, dan Ketua Penyelia Hospital, Encik Mohd Nizom bin Othman.

Sebagai tanda sokongan padu terhadap usaha murni dalam memperkukuh hubungan hospital dengan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan kedua-dua rumah anak yatim atas layanan yang amat mesra dan kesudian menerima kunjungan kami.

Semoga segala usaha ini menjadi asbab kebaikan berpanjangan dan membuka ruang kerjasama lebih erat pada masa hadapan.



🌸 LAWATAN KERJA KETUA KEPAKARAN O&G KKM KE HOSPITAL PENDANG📍 Hospital Pendang (HOPE)🗓️ 19 Ogos 2025Hospital Pendang deng...
22/08/2025

🌸 LAWATAN KERJA KETUA KEPAKARAN O&G KKM KE HOSPITAL PENDANG
📍 Hospital Pendang (HOPE)
🗓️ 19 Ogos 2025

Hospital Pendang dengan penuh sukacita menerima kunjungan rasmi YBhg. Dato’ Dr. Rozihan binti Ismail, Ketua Kepakaran Obstetrik & Ginekologi (O&G) KKM, bersama pasukan daripada Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh Pengarah Hospital Pendang, Dr. Akmal Naziah Binti Dato Haji Ahmad, bersama barisan pengurusan hospital dan pasukan Jabatan O&G Hospital Pendang.

Rombongan seterusnya dibawa meninjau fasiliti jabatan termasuk PAC, wad O&G, dewan bersalin dan dewan bedah.
Lawatan ini menjadi medan penting untuk perbincangan, perkongsian ilmu serta pertukaran pandangan dalam usaha memperkukuh lagi perkhidmatan kesihatan, khususnya dalam bidang Obstetrik & Ginekologi di daerah Pendang.

Kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Rozihan dan delegasi KKM amat bermakna buat warga HOPE dalam meneruskan aspirasi untuk memberi rawatan yang selamat, berkualiti dan mudah diakses oleh masyarakat setempat.

Pihak Hospital Pendang menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ serta seluruh delegasi atas kesudian hadir, memberi sokongan dan cadangan penambahbaikan yang pastinya akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan kesihatan di negeri Kedah.


📍AUDIT SILANG PEMATUHAN INDIKATOR HPIA DAN CLISQI BAGI DATA JANUARI HINGGA JUN 2025Pada tanggal 13 Ogos 2025, Hospital P...
22/08/2025

📍AUDIT SILANG PEMATUHAN INDIKATOR HPIA DAN CLISQI BAGI DATA JANUARI HINGGA JUN 2025

Pada tanggal 13 Ogos 2025, Hospital Pendang telah menerima kunjungan dari delegasi Unit Kualiti negeri Kedah bagi sesi Audit Silang Pematuhan Indikator HPIA dan Clisqi bilangan kedua tahun ini bagi data Januari hingga Jun 2025.

Para auditor yang hadir pada kali ini merupakan barisan Pegawai Kualiti dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan seluruh hospital di negeri Kedah. Sesi audit silang yang merangkumi 45 indikator dari keseluruhan 52 indikator yang dipantau di Hospital Pendang adalah langkah imperatif bagi memastikan kepatuhan kepada kehendak kamus HPIA dan Clisqi dan menilai ketelusan dan integriti data hospital.

Objektif audit silang dijalankan adalah selaras dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan efisien.

Antara objektif audit silang diadakan adalah untuk menilai tahap pematuhan terhadap spesifikasi yang telah ditetapkan, mengenal pasti kelemahan atau kekurangan dalam pelaksanaan indikator yang dinilai di lapangan dan menambahbaik tahap perkhidmatan yang diberikan.

Pelaksanaan audit silang merangkumi pemahaman penyelaras indikator, dokumen fail yang lengkap, kesahihan data yang dikutip dan pengurusan dan aktiviti survelan di jabatan dan unit. Data primer dan sekunder yang dikutip dan dipantau perlu pembuktian yang jelas dan verifikasi dari ketua jabatan atau ketua unit.

Penemuan audit oleh auditor yang hadir sepanjang sesi audit silang berlangsung adalah penting untuk langkah penambahbaikan di masa hadapan.

Selesai sesi audit silang, para auditor berkumpul dan bersidang di Bilik Mesyuarat Utama bagi membentangkan pencapaian dan hasil penemuan yang didapati termasuk teguran dan kelemahan dan berkongsi ilmu dan tunjuk ajar untuk penambahbaikan.

Pencapaian HPIA dan Clisqi bagi fasa pertama 2025 menunjukkan peningkatan yang positif berbanding pencapaian pada tahun 2024.

Secara keseluruhan, sesi audit silang banyak membantu Hospital Pendang mengenal pasti tahap penyampaian perkhidmatan yang diberikan dan menyemarakkan semangat semua warga hospital untuk mempergiatkan usaha dan memperkukuhkan lagi inisiatif dalam memberikan perkhidmatan yang premium.

Sesi audit silang diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada para auditor dan ditutup dengan sesi bergambar bersama Pengarah Hospital Pendang.

Selamat Datang dan Tahniah warga Hospital Pendang ucapkan.
21/08/2025

Selamat Datang dan Tahniah warga Hospital Pendang ucapkan.

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

Pengurusan Tertinggi dan warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Kedah merakamkan sekalung ucapan TAHNIAH kepada YBrs. Dr. Nor'Aishah binti Abu Bakar atas pelantikan sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.

YBrs. Dr. Nor'Aishah sebelum ini merupakan Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutan Kuala Lumpur & Putrajaya. Beliau mengantikan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah terdahulu iaitu YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia.

🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾


⚽︎ Pertandingan Futsal Merdeka🇲🇾Kelab Kebajikan dan Ukhwah, Hospital Pendang menganjurkan Pertandingan Futsal Merdeka Pi...
18/08/2025

⚽︎ Pertandingan Futsal Merdeka🇲🇾

Kelab Kebajikan dan Ukhwah, Hospital Pendang menganjurkan Pertandingan Futsal Merdeka Piala Pengarah Hospital Pendang 2025 tertutup Kedah yang telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Ogos 2025 (Sabtu) bertempat di Anjung 78 Futsal Center, Kota Sarang Semut.

Seramai 24 pasukan Lelaki dan 4 pasukan wanita telah berentap sejak awal pagi. Keputusan perlawan adalah;

🥇Johan: Pejabat Kesihatan Kuala Muda

🥈Naib Johan: Pejabat Kesihatan Kota Setar

🥉Tempat ke-3 bersama: Hospital Sultanah Maliha & Pengurusan Hospital Sultanah Bahiyah

Majlis penutup serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital Pendang, Dr. Akmal Naziah Binti Dato Haji Ahmad. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan pertandingan kali ini . Jalinan kerjasama yang baik dari pihak Yayasan Sultanah Bahiyah, Empire Futsal Center,1 Miinute Miracle Sdn Bhd, Ameera Optometris, Shanina Enterprise, Syarikat Mudim dan lain-lain penyumbang.



Setinggi penghargaan & ucapan terima kasih jua kepada semua PTJ yang menyokong dalam menjayakan kejohanan futsal ini.

𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓-𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐔𝐋𝐔𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇🔊Jom rakyat Kedah kita pakat pulun sama-sama bersihkan rumah kita sempena cu...
15/08/2025

𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓-𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐔𝐋𝐔𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

🔊Jom rakyat Kedah kita pakat pulun sama-sama bersihkan rumah kita sempena cuti hari Jumaat ini.

Pakat-pakat cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah kita.

Tak tau nak periksa kat mana?
Nah kami dah sediakan borang pemeriksaan digital bagi memudahkan hangpa buat gheja. Imbas kod QR yang disediakan atau klik pautan ini

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScF2Cutq1ojLVxfoHn1nc0747NBK2I1HGSttNqNbUWdI5L6Gg/viewform?fbclid=IwQ0xDSwMCu9FjbGNrAwK7w2V4dG4DYWVtAjExAAEepWPQkr5paz8TqDnCWZUKitjm18FTCYu8auEwqOu_zAd3nCSpG-oY66ZMSYM_aem_iWTbNoicWkIqTLO1szCHNQ

⚠️Demam Denggi boleh menyebabkan kematian.
Bertindak segera...tidak peduli, maut menanti!!!




14/08/2025

Ayuh sertai 𝐏𝐨𝐝𝐜𝐚𝐬𝐭 𝐒𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓

🔸𝐓𝐨𝐩𝐢𝐤: 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐮𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐚𝐬𝐥𝐞𝐬 𝐑𝐮𝐛𝐞𝐥𝐥𝐚 (𝐌𝐑)
🔸𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟏𝟒 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)
🔸𝐌𝐚𝐬𝐚: 𝟏𝟏.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
🔸𝐏𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦: 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡

Jangan lupa like, follow dan share!









💚 MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 💚🗓: 13 – 15 Ogos 2025Tarikh ini bersempena sambutan Hari P...
14/08/2025

💚 MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 💚
🗓: 13 – 15 Ogos 2025

Tarikh ini bersempena sambutan Hari Pendermaan Organ Sedunia yang diraikan pada 13 Ogos setiap tahun di peringkat global. Sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan menangani salah tanggapan masyarakat terhadap isu pendermaan organ.

Hospital Pendang turut menyatakan sokongan penuh dengan memancarkan cahaya hijau di bangunan hospital sebagai tanda prihatin terhadap usaha murni ini.

“Setiap nyawa adalah anugerah, dan kita berpeluang menjadi penyelamatnya.” 💚

𝐅𝐔𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐋 𝐖𝐀𝐋𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟓𝐊𝐌Jom sertai beramai-ramai Fun Malk Walk sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat...
05/08/2025

𝐅𝐔𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐋 𝐖𝐀𝐋𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟓𝐊𝐌
Jom sertai beramai-ramai Fun Malk Walk sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Negeri Kedah 2025
Tarikh
𝟔 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫.𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮)
Masa
𝟕.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
Tempat Pelepasan
𝐋𝐨𝐛𝐢 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐚𝐥 𝐒𝐪𝐮𝐚𝐫𝐞, 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐢
Jarak
𝟑.𝟓𝐊𝐌 (𝐥𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐤𝐢) & 𝟏.𝟓𝐊𝐌 (𝐥𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐥𝐢-𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡)
Tarikh tutup pendaftaran
𝟐𝟎 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓

PENGIKLANAN SEBUTHARGA KIOSK 1 HOSPITAL PENDANGSebutharga Perkhidmatan Penyewaan Ruang Niaga Bagi Mengendalikan Kedai Se...
04/08/2025

PENGIKLANAN SEBUTHARGA KIOSK 1 HOSPITAL PENDANG

Sebutharga Perkhidmatan Penyewaan Ruang Niaga Bagi Mengendalikan Kedai Serbaneka (Menjual Barang-Barang Runcit) di Kiosk 1, Hospital Pendang

📅Tarikh Taklimat & Lawatan Tapak: 10 Ogos 2025
🗓️Tarikh Tutup Iklan : 17 Ogos 2025.

PENGIKLANAN SEBUTHARGA KIOSK 2 HOSPITAL PENDANGSebutharga Perkhidmatan Penyewaan Ruang Niaga Kedai Serbaneka (Menjual Pe...
04/08/2025

PENGIKLANAN SEBUTHARGA KIOSK 2 HOSPITAL PENDANG

Sebutharga Perkhidmatan Penyewaan Ruang Niaga Kedai Serbaneka (Menjual Peralatan dan Kelengkapan Perubatan) di Kiosk 2, Hospital Pendang

📅Tarikh Taklimat & Lawatan Tapak: 10 Ogos 2025
🗓️Tarikh Tutup Iklan : 17 Ogos 2025.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Pendang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram