10/08/2021
Ditonton lebih dari 600 ribu orang, saya kongsikan apa yang sempat dicatat.
1. Covid-19 is real. Maid saya dah pergi dulu sebelum isteri saya, Jumaat lepas. Dulu saya orang yang tak berapa percaya covid. Tapi bila kena batang hidung saya...
2. Ambil vaksin. Sekurang-kurangnya vaksin dapat membantu. Isteri saya belum divaksin. Infection almost seluruh bahagian paru-paru, dah tak boleh proses oksigen, organ dah tak boleh berfungsi dengan baik.
3. Jaga kesihatan. Jangan keluar. Duduk di rumah. Jangan rasa terer sangat. Kalau dah kena, no u-turn. Korang takkan sanggup nak hadap.
4. Ambil vitamin yang bagus-bagus. Ambil vitamin C, D, E. Kalau ada sampai Z, makan semua. Dulu saya orang yang tak jaga kesihatan, tak makan vitamin. Sekarang berpuluh jenis saya makan.
5. Jangan sayang duit. Kalau tak ada duit, makan lah apa-apa yang boleh, untuk kuatkan imun kita. Please. Duit banyak mana pun tak guna, tak boleh kembalikan Isteri saya.
6. Ini bukan lagi masanya nak berteka-teki. Kita tak tahu ke depan apa yang datang. Varian delta. Delta Plus. Ini bukan upgrade version handphone. Covid is real.
7. Bagi yang dah kena covid, make sure sediakan OXIMETER. Ini paling penting. Setiap rumah kena ada. Tak ada duit, cari, pinjam. Pergi beli. Bacaan oksigen 93-94 terus pergi hospital. Jangan lambat. Jangan berlagak.
8. Doa semoga Allah sentiasa lindungi dan berkat kita dan keluarga. Ini senjata paling dahsyat.
9. Jangan dihitung-hitung duit ringgit. Jangan takut bersedekah. Allah dah janji rezeki orang rajin bersedekah.
10. Jangan takut jadi baik, orang baik Allah ambil dulu. Percaya perkara ghaib - akhirat.
11. Jangan rasa rugi tak dapat dunia. Rasa rugi kalau kita kehilangan akhirat. Jangan duk heran sangat hidup 20 tahun, 30 tahun. Akhirat itu abadi, kekal selamanya. Kita takkan pernah sanggup bila masuk kubur, bila malaikat tanya, kita tak boleh jawab, gelap, ada ular, kala jengking.
12. Jangan sombong dengan dunia ni. Selalu bersyukur dengan rahmat Allah. Paling bodoh, 70 tahun 80 tahun kat dunia. Itu pun kita nak jalan pun dah tak larat, nyanyuk.
13. Buka mata, berubahlah 360 darjah. Solat jemaah. Mengaji kat rumah. Kita dah di hujung. Semua kebahagiaan dulu dah hilang sekelip mata.
*Buat Isteri 😗
Buat sehabis baik untuk suami. Jadi Isteri yang baik. Suami akan jadi suami yang baik. Keluarga akan bahagia.
*Buat suami 😗
Bila kita jadi suami, kita adalah ketua.
Cara nak tunjukkan kita ketua keluarga. Jadilah imam. Solat jemaah. Suami di depan. Barulah ketua. Mana ada imam perempuan. Sama dalam rumah tangga. Barulah Isteri rasa kita ketua, isteri rasa dia pengikut kita.
Hidupkan sunnah. Reset balik. Re-plan. Jadualkan solat berjemaah. Buka kitab, baca hadis, kongsi dengan anak-anak.
———————————————————*
Saya kira, siaran LIVE dari Shuib petang tadi adalah satu nasihat yang sangat baik. Betul-betul terkesan di hati saya dan suami yang sama-sama bercucuran air mata.
Cukup tenang, bersahaja tapi cukup buat kami suami isteri yang mendengar terkesan, tak berganjak.
Sama-sama kita doakan kesejahreraan Shuib, anak-anak dan keluarganya.
Walau beliau dan isterinya lebih dikenali sebagai seorang penghibur (dan kini usahawan berjaya), perkongsian tadi cukup padat.
Tidak penting, bagaimana kita bermula. Yang penting, pengakhiran kita. Khusnul khotimah yang dicemburui seisi alam. Al-fatihah buat Siti Sarah Raissudin.
Sempena awal Muharram, saya memohon maaf di atas segala kesilapan dan keterlanjuran saya selama kawan-kawan mengenali diri saya.
Salam Maal Hijrah.