Pakar Terapi Bekam

Pakar Terapi Bekam Kepakaran kami ialah membantu seluruh umat manusia memperolehi kesihatan yang jauh lebih baik dan luarbiasa menerusi kaedah pengubatan sunnah Rasulullah s.

Kini dilancarkan PAKAR TERAPI BEKAM SUNNAH untuk lelaki sahaja. Insya Allah pakar-pakar bekam kami akan memastikan anda memperoleh kesihatan yang hebat menerusi kaedah pengubatan sunnah.

Alhamdulillah..baru selesai mengeluarkan racun dan darah kotor dari badan Tuan Haji Omar Syarif di Masjid Diraja Sultan ...
04/02/2014

Alhamdulillah..baru selesai mengeluarkan racun dan darah kotor dari badan Tuan Haji Omar Syarif di Masjid Diraja Sultan Suleiman.. semoga beliau dirahmati Allah dan mendapat kesihatan utk terus beribadah kepadaNya..

22/01/2014

Soalan 2 : betul ke bekam ni sunnah Nabi?Jawapan : benar. Ini dinyatakan dalam beberapa hadis yg sahih dan hasan, antaranya :

1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

2. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)

3. Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

4. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

5. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"(Riwayat Imam Ahmad)

6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

22/01/2014

Soalan 1 : berapakah sela kekerapan utk berbekam yg digalakkan?Jawapan : utk servis badan, digalakkan berbekam paling maksima sebulan sekali atau 40 hari sekali. Kekerapan paling minima ialah 4 bulan sekali. Kenapa perlu kerap? Kerana saban hari kita makan, minum, hisap rokok (bagi perokok) dan melakukan pelbagai perkara yg mampu menjadi punca pelbagai toksin dan racun bermastautin dalsm tubuh kita.Bagi mereka yg sedang menjalani rawatan khusus misalnya sakit darah tinggi yg kronik, digalakan ulang bekam 2 minggu sekali sehingga simptom2 penyakit itu hilang atau berkurangan. Selepas itu boleh sambung berbekam secara servis.Kerana inilah kami Pakar Terapi Bekam mengenakan caj serendah Rm5 per cup bahkan kami menyediakan pakej2 bekam servis khusus utk anda bagi membolehkan anda mengekalkan kesihatan cemerlang disamping keluarga tercinta.

22/01/2014

Soalan yg paling glemer ditanya selain harga bekam ialah "sakit tak berbekam ni?" Betul x?

Ini kerana rata2 khalayak mendengar pelbagai cerita drpd mereka yg pernah berbekam kononnya bekam ini pedih dan sakit. Jika diteliti, antara punca kesakitan tersebut ialah penggunaan kaedah hirisan menggunakan razorblade dan juga ketiadaan sapuan sebarang minyak bagi melincirkan permukaan yang ingin dibekam.

Bagi isu pertama, rasanya semua jelas mengenai kaedah lancet pencucuk menggantikam razorblade seperti yg digunapakai di Pusat Terapi Bekam Sunnah Al-Hajari ini. Bagi isu kedua, ketiadaan sebarang sapuan pelincir pada permukaan bekam antara lain boleh menyakitkan kulit yg ditarik lantaran direct contact bibir cup bekam. Dan jika x berhati2, boleh melecet.

Sebagai satu analogi, ibaratkan kita hendak menarik keluar cincin yang ketat di jari kita. Yang mana lebih mudah dan tidak menyakitkan - menarik cincin itu keluar selepas kita menyapu jari kita dengan minyak ataupun tanpa minyak?

Jadi di pusat bekam kami, kami menggunakan minyak zaitun sebagai sapuan pelincir pada permukaan bekam. Selain berbau harum, penggunaan minyak zaitun ini amat bagus kerana

1) meniadakan risiko kulit sakit akibat geseran tanpa pelincir
2) sapuan minyak zaitun selepas proses bekam berupaya mencegah pembentukan sebarang parut selain menyihatkan kulit
3) minyak zaitun juga digunakan sebagai minyak urutan bagi melegakan stress kawasan yang hendak dibekam
4) minyak zaitun juga bertindak sebagai penebat ruang udara di sekeliling point bekam bagi memastikan sedutan udara yang maksima dalam cup2 bekam agar pengeluaran darah kotor dapat dioptimakan.

Jom berbekam! Hubungi 0149339114 utk temujanji anda!

Address

Shah Alam
41000

Telephone

+60149339114

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakar Terapi Bekam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram