Medical Card Takaful

Medical Card Takaful PruBSN Takaful Advisor
It's my pleasure to share and serve about income protection.

๐Ÿ“ฃ PERLINDUNGAN DARI SERENDAH RM3 SEHARI!โœ… Pampasan bila sakit kritikalโœ… Income ganti bila tak boleh kerjaโœ… Dana untuk wa...
19/07/2025

๐Ÿ“ฃ PERLINDUNGAN DARI SERENDAH RM3 SEHARI!

โœ… Pampasan bila sakit kritikal
โœ… Income ganti bila tak boleh kerja
โœ… Dana untuk waris jika berlaku kematian
โœ… Medical card pun ada, cover masuk hospital!

๐Ÿ“Œ Sesuai untuk individu, ibu ayah, & yang cari perlindungan jangka panjang.

๐Ÿ“ฒ Berminat nak tahu pelan sesuai ikut bajet?
Klik https://linktr.ee/fadhilahkhairunnas untuk semak percuma.
Tak ambil, tak apa. Biar tahu dulu.

SAFT Advisory

19/07/2025

Kes Hibah: Adik Sahkan Hibah Kekal Milik Balu

Artikel penuh di ruangan komen

Tahniah PruBSN ! ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ขAlhamdulillah ๐Ÿคฒ sekali lagi, PruBSN berjaya meneruskan legasi kecemerlangan dengan pengiktirafan seb...
26/05/2025

Tahniah PruBSN ! ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข

Alhamdulillah ๐Ÿคฒ sekali lagi, PruBSN berjaya meneruskan legasi kecemerlangan dengan pengiktirafan sebagai Pengendali Takaful Terbaik โ€“ Perniagaan Agensi Takaful Keluarga di Takaful Star Awards 2025, untuk 12 tahun berturut-turut. โœจ๏ธ๐ŸŽ†๐ŸŽ‡

Sekalung tahniah juga kepada para ejen yang turut diiktiraf dengan anugerah pada majlis tersebut. Kemenangan ini adalah kemenangan kita bersama.

๐Ÿ—ฃ Kongsikan pencapaian bermakna ini bersama pelanggan, keluarga, rakan-rakan dan kenalan anda.

Siapa Sangka Ini Amanah Terakhir?Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tuntutan kematian client saya berjaya. HIBAH TAKA...
18/04/2025

Siapa Sangka Ini Amanah Terakhir?

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tuntutan kematian client saya berjaya. HIBAH TAKAFUL IS REAL!

Pada 10 Februari 2025, client saya yang masih bujang telah menghubungi saya melalui WhatsApp untuk mengeluarkan cash value yang ada untuk kegunaan peribadi. Katanya sudah tidak lagi bekerja dan tiada pendapatan. Jadi, saya faham dan tolong mudahkan prosesnya.

Kemudian, pada 13 Mac 2025, saya mendapat panggilan dan WhatsApp daripada no tak dikenali yang mengatakan dia merupakan adik kepada client saya. Dia mengatakan bahawa client saya itu telah meninggal dunia disebabkan oleh dilated cardiomyopathy. Lalu, saya terus check policy medical card takafulnya yang juga ada sedikit pampasan kematian/ hibah takaful. Dan adik arwah mengiyakannya. Alhamdulillah lega sedikit policynya masih in force/ aktif walaupun sedikit terkejut kerana baru bulan sebelumnya saya menghubungi arwah. Mungkin arwah dapat rasakan dia akan โ€˜dijemput Ilahiโ€™ tidak lama lagi.

Selepas itu, saya melawat keluarga dan waris arwah untuk mendapatkan dokumen yang sepatutnya untuk urusan tuntutan kematian. Antaranya adalah sijil kematian, surat laporan polis kerana arwah meninggal di rumah, surat post mortem (dilakukan atas arahan polis) dan penyata bank penerima hibah.

Tuntutan didaftarkan pada 9 April 2025 dan alhamdulillah tuntutan telah diluluskan dan dikreditkan pada 11 April 2025 dengan nilai berjumlah RM25,255.19 ke akaun penerima hibah yang telah ditetapkan oleh arwah sewaktu hayatnya. Nilainya mungkin tidak banyak tapi saya yakin sedikit sebanyak boleh meringankan beban penerima hibah iaitu mak arwah untuk meneruskan kehidupan. Komitmennya juga telah diselesaikan menggunakan saving dan cash value yang ada semasa hayatnya.

Untuk pengetahuan, ini adalah tuntutan kematian pertama saya. Arwah client ini merupakan seorang orphan client. Saya adalah new servicing agentnya. Policy arwah ditransfer pada saya sewaktu arwah sudah tidak lagi bekerja jadi saya tidak dapat untuk upgrade/ tambah coverage hibahnya. Agak terkilan di situ. Namun, alhamdulillah arwah konsisten bayar caruman policy takafulnya walau sudah tiada pendapatan kerana kesedarannya yang tinggi dan dia tahu takaful ini penting. Ada guaranteed amount yang akan ditinggalkan di dalamnya iaitu hibah takaful kerana kematian itu pasti.

Saya doakan semoga clients saya yang lain dan para pembaca dalam keadaan sihat wal afiat, sentiasa di bawah lindunganNya dan sentiasa dalam keadaan bersedia dalam sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Prepare for the worst. Hibah sebelum hiba. Be financially prepared. Sayangi keluarga anda.

Fadhilah Khairunnas
Takaful Consultant
https://linktr.ee/fadhilahkhairunnas

Bulan terakhir 2024Pengecualian cukai 2024Takaful Hayat (hibah takaful) RM3,000Takaful Perubatan (medical card) RM3,000D...
11/12/2024

Bulan terakhir 2024

Pengecualian cukai 2024
Takaful Hayat (hibah takaful) RM3,000
Takaful Perubatan (medical card) RM3,000

Dah buat maksimum ke?

WhatsApp: https://linktr.ee/fadhilahkhairunnas

Fadhilah Khairunnas
PruBSN Takaful Advisor

 Kepentingan & Kelebihan Hibah 1. Selesaikan hutangKeutamaan membayar hutang adalah tanggungjawab diri sendiri; waris ti...
18/10/2024



Kepentingan & Kelebihan Hibah

1. Selesaikan hutang

Keutamaan membayar hutang adalah tanggungjawab diri sendiri; waris tidak wajib untuk melunaskan hutang si mati.

2. Penggantian pendapatan

Jika gaji kita RM5,000 sebulan, dengan sijil hibah takaful RM200,000 maka ia dapat bertahan selama 40 bulan / 3 tahun 4 bulan.

3. Penerima mutlak

Penerima hibah takaful ini adalah mutlak 100% miliknya.

4. Proses tuntutan lebih cepat

Biasanya proses mengambil masa di antara 7 - 21 hari bekerja.

5. Tiada kos guaman

Ini antara faktor besar kenapa hibah takaful penting. Jika kita mengambil sijil hibah takaful bernilai RM200,000 maka penama akan menerima RM200,000 juga. Tiada bayaran proses atau kurang.

6. Akaun tidak dibekukan

Ya, perkara ini amat merisaukan sesiapa sahaja. Mungkin sebelum kematian boleh je keluarkan duit dengan izin suami. Tiba-tiba akaun kena block memang jadi masalah besar. Lebih kritikal jika isteri suri rumah sepenuh masa. Mana nak cari duit?

Kawan-kawan,

Dengan sumbangan bulanan yang mampu milik dan tempoh masa terhad, jom segera rancang hibah takaful buat keluarga tersayang.

Fadhilah Khairunnas
017.618.4913
Perunding Takaful

https://linktr.ee/fadhilahkhairunnas

23/07/2024



Malam ini, ambil kertas duduk hadap suami sambil buatkan kopi Kapal Api.

Jika ada karipap semalam, panaskan bawa sekali dalam cawan.

"Abang sayang, gaji abang berapa sekarang?"

Ambil buku dan kertas buat catatan.

1. Tanyakan gaji suami sekarang berapa. Jika dapat tahu juga Gred Gaji suami lebih baik.

2. Mohon tanyakan juga pin no ATM kad suami, catat dan simpan dengan baik.

3. Suami ada masuk khairat kematian dipejabat atau tidak. Jika ada berapa sumbangan boleh dapatkan?

4. Suami ada masuk koperasi atau tidak. Apa sumbangan dan duit koperasi boleh tuntut jika suami tiada nanti.

5. Suami ada buat hibah atau tidak? Jika belum ada, pujuk baik baik pada dia. Dengan serendah RM50 sebulan pun dah ada untuk isteri dapat RM150,000 jika dia meninggal nanti.

6. Penama KWSP abang letak nama siapa? Anak kita kecil lagi. Jika belum buatlah segera.

7. Penama Tabung Haji abang letak nama siapa? Abang ada buat Hibah Amanah atau tidak buat sesiapa?

8. Abang ada buat Hibah ASB atau tidak? Jika ada berapa peratus pembahagiannya? Boleh saya simpan satu salinan jika jadi apa apa?

9. Abang ada Takaful kemalangan diri atau kad perubatan saja? Boleh saya catat no polisi.

10. Saya sayang abang, kalau abang kerja naik motor, saya belikan takaful kemalangan diri setahun RM200 abang nak atau tak?

Abang potong nafkah saya pun tak apa, janji lindungi abang. Biasanya suami yang baik akan tewas punya.

11. Hutang dan simpanan abang ada berapa? Boleh tahu dimana dan apa yang ada?

12. Abang tahu baki hutang abang ada berapa lagi? Rumah kita insuran ni MRTT atau MLTT dulu ya? Jika meninggal ada baki atau tidak?

"Abang lambat lagi mati Musalmah oi, macam nak aku mati cepat jer".

Jangan begitu kawan, kecil hati dia nanti. Jangan juga tuduh dia 'mata duitan'.

Benda belum jadi, kita semua kata.

"Alah itu orang bukan aku".

Maka kita tak kisah bila akan berlaku.

Malam ini, ambil kertas tulis semua butir belanja yang suami ada.

Ajar isteri pandu kereta, berdikari jika mereka suri rumah tangga.

Bila mata kita terpejam, dan kita rasa hangatnya kucupan isteri didahi kita. Tapi kita dah tak boleh buat apa apa.

Apakah airmata kita boleh balas kebaikan mereka yang jaga kita nantinya.

Selagi masih berkemampuan untuk mencari rezeki, rebutlah peluang untuk ambil hibah walau kecil dan sedikit yg kita mampu.

Ramai yg tahu kepentingan hibah, tapi ramai yang tak ambil TINDAKAN dengan segera.

Istimewanya Hibah Takaful ini.
โœ… Pengganti gaji jika kematian suami
โœ… Penerima hibah adalah Penerima mutlak
โœ… Melangsaikan hutang
โœ… TIADA kos guaman
โœ… TIDAK melalui proses faraid

Jika ada hibah sekurang-kurangnya wang hibah tersebut dapat menampung komitmen bulanan.

Jika suami tak berminat, isteri boleh ambilkan dan dihibahkan pada diri sendiri. Itu lebih istimewa dan jelita.

Malam ini sebelum tidur, tenunglah anak2 dan isteri kita yg dah tidur lena.
Mereka makan apa bila kita dah tiada nanti ya?

Fadhilah Khairunnas
Takaful Consultant
017.618.4913

Saya tengah mencari business partner untuk sama-sama berjaya dalam business takaful.Sekiranya awak seorang yang rajin, j...
13/07/2024

Saya tengah mencari business partner untuk sama-sama berjaya dalam business takaful.

Sekiranya awak seorang yang rajin, jujur, dan beriman, boleh terus hubungi saya 0176184913.

 ISTERI MINTA TAโ€™LIQ SEWAKTU SUAMI TERLANTAR SAKIT AKIBAT KEMALANGANTerkedu bila saya baca luahan wife ni. Tapi inilah h...
12/06/2024



ISTERI MINTA TAโ€™LIQ SEWAKTU SUAMI TERLANTAR SAKIT AKIBAT KEMALANGAN

Terkedu bila saya baca luahan wife ni. Tapi inilah hasil tekanan melampau bila ditimpa musibah.

Dalam hidup kita ni tak semuanya indah. Bermacam ujian sedang menunggu di depan.

Ketua dalam keluarga adalah suami. Tugas suami, mencari nafkah untuk isteri dan keluarga. Terutamanya nafkah kewangan.

Suami ni seperti nakhoda kapal. Sentiasa kena jaga stereng kapal supaya haluan kapal di jalan yang betul.

Kalau nakhoda sakit, macam mana nak jaga haluan kapal?

Begitu juga dalam hidup berkeluarga. Ketua adalah suami/ayah. Tapi kalau ketua sakit atau hilang upaya, siapa nak ganti cari duit? Tugas isteri ke? Atau keluarga suami?

Formula hidup ni mudah. Kita senang, orang sekeliling s**a. Kita susah, orang sekeliling lari. Masa ni baru kita tahu siapa kawan, siapa lawan.

Isunya sekarang adalah bukan tanggungjawab siapa tapi PERSEDIAAN APA ??

Kemalangan / Sakit kritikal ni bukan bukan boleh dijangka. Risiko sakit ni ada pada semua orang. Tak kira kaya atau miskin. Tak kira muda atau tua

Perit tahan sakit bukan kejap. Boleh drag sampai 10-15 tahun malah lebih. Masa ni kita akan gadai semua harta yang ada hanya untuk bayar kos hilang upaya kekal.

Boleh dikatakan punca utama kemiskinan di negara ini disebabkan sakit kritikal. Ubat kanser yang paling murah adalah berharga RM 6,000 dan boleh bertahan selama sebulan. Setahun memerlukan RM 72,000 untuk membeli ubat kanser sahaja.

Ubat sakit jantung yang paling murah ialah RM 1,000 untuk 10 biji. Sebulan perlukan RM 3,000 untuk membeli ubat sakit jantung. Setahun memerlukan RM 36,000 untuk kos ubat sahaja.

Kos Rawatan akibat kemalangan juga tidak murah sekarang. Subsidi kerajaan dan sediakan tapi kos masuk besi klau patah situ sini ribu riban juga kena bayar sendiri

Ilmu menyimpan duit yang betul adalah dengan cara SECURE THE SAVINGS. Dalam kita simpan duit, kita perlu lindung simpanan tu supaya tak digunakan dengan cepat bila sakit.

Disebabkan risiko kewangan yang sebegini, diwujudkan takaful untuk jadi persediaan dan tangani masalah risiko ini.

Jadi semua, sediakan persediaan dari sakit kritikal. Lindungi gaji dan simpanan keluarga.

Takaful Kemalangan & Sakit Kritikal adalah sangat penting. Ramai tak sedar hal ini. Harga takaful ni murah sahaja. Yang mahal adalah kesedaran kita.

Sekurangnya, sediakan nilai pampasan sama dengan 3-5 tahun pengganti pendapatan kita.

Bukanlah kata perkara ni akan jadi pada kita, tetapi rata-rata, menganggap kita beban bila ujian seperti atas melanda.

Persiapkanlah diri kita, sekurang-kurangnya, duit menjadi tempat berpaut bila kita tiada tempat bergantung.

Fadhilah Khairunnas
Perunding Takaful
017.618.4913

25/04/2024

๐€๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐€๐‹๐” ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ ๐ค๐ž๐ฆ๐š๐ญ๐ข๐š๐ง ๐’๐”๐€๐Œ๐ˆโ“

Apabila berlaku kematian suami, selepas urusan jenazah, tertib utama dan wajib diselesaikan adalah hutang simati.

Waris perlu melunaskan baki hutang yang ada daripada harta yang ditinggalkan.

Wasiat kepada waris adalah tidak sah jika ada waris yang lain tidak bersetuju melainkan mendapat keizinan oleh waris lain.

๐’๐š๐›๐๐š ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐’๐€๐– ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ค๐ฌ๐ฎ๐:

"๐ด๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘ก๐‘’๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘”๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘ ๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘Ž๐‘ ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘Ž๐‘˜. ๐‘‚๐‘™๐‘’โ„Ž ๐‘–๐‘ก๐‘ข, ๐‘ก๐‘–๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘ค๐‘Ž๐‘ ๐‘–๐‘Ž๐‘ก ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘๐‘’๐‘ค๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž." (๐‡๐š๐๐ข๐ฌ ๐‘๐ข๐ฐ๐š๐ฒ๐š๐ญ ๐š๐ฅ-๐“๐ข๐ซ๐ฆ๐ข๐ณ๐ข)

Bagi kes di bawah, isteri boleh buat permohonan di Mahkamah Syariah untuk dapatkan sijil faraid. Dari situ boleh juga dapatkan khidmat nasihat atau pengesahan berkenaan wasiat pesanan arwah suami tersebut.

Sebelum semua harta pusaka diagihkan, isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah.

Harta pusaka yang boleh dituntut adalah harta yang diperolehi sepanjang perkahwinan. Berapa kadar yang akan diterima adalah bergantung kepada keputusan Mahkamah.

Pembahagian melalui faraid. Waris faraid utama ada 5 iaitu ayah, ibu, suami/isteri, anak lelaki dan anak perempuan. Bahagian faraid isteri adalah 1/8 sekiranya mempunyai anak dan 1/4 jika tiada anak.

Isu pewarisan harta ni akan sentiasa ada. Tambahan p**a jika ada waris yang ambil ringan atau tidak ambil tahu tentang faraid dan juga ilmu pewarisan harta ini.

Bagaimana hendak kurangkan risiko dari perkara seperti ini terjadiโ“

Beberapa cadangan solusi yang boleh kita pertimbangkan adalah:

1. Buat dokumen Wasiat pentadbiran - Pemilik harta melantik wasi/ pentadbir untuk bantu dalam urus tadbir pusaka selepas kematian.

2. Buat dokumen Wasiat 1/3 daripada harta pusaka bagi tujuan amal jariah.

3. Buat dokumen hibah harta - Sekiranya ada hasrat lain selain pembahagian faraid, boleh buat dokumen pengisytiharaan hibah.

Sebagai contoh jika ada anak perempuan sahaja atau anak angkat. Atau pun hendak bagi bahagian yang lebih kepada anak perempuan atau isteri.

4. Hibah Takaful - Melalui pampasan yang diterima dari Syarikat Takaful boleh dijadikan sebagai tunai segera kepada penerima hibah. Duit tersebut boleh digunakan untuk kelangsungan hidup keluarga yang ditinggalkan.

Hari ini kita dengar dan baca kisah orang lain. Sudah pasti kita tidak mahu perkara seperti di bawah menjadi kisah kita p**a. Kesian isteri kita dan anak-anakkan.

Semasa sihat dan waras, sebaiknya ambil tindakan yang sewajarnya agar harta yang ditinggalkan menjadi ladang pahala kita yang berterusan.

1 JUTA Duit yang masuk ke akaun ni adalah duit utk Family Continuation Income Fund (FCIF). Duit ni utk apa?Untuk pastika...
26/03/2024

1 JUTA

Duit yang masuk ke akaun ni adalah duit utk Family Continuation Income Fund (FCIF). Duit ni utk apa?
Untuk pastikan family income stream tak terputus kalau berlaku 3 financial disasters in a family i.e Death, TPD, Critical Illness.

Zaman sekarang, kedua ibu bapa biasanya bekerja. Boleh jadi si ibu yg income lebih tinggi dari si bapa dan tanggung lebih banyak beban kewangan. Screenshot di bawah adalah bayaran FCIF yang dikreditkan ke akaun nominee sebanyak 1 juta ++ selepas kematian si ibu semasa melahirkan bayinya.

1 juta tuan-tuan. Bukan 1 ratus bukan 1 ribu bukan 1 ratus ribu.
1 juta sbg replacement income since penyumbang kepada pendapatan keluarga telah tiada.

Ok kita breakdown 1 juta ni boleh tahan berapa lama.

Katakan arwah meninggalkan 4 anak yg berumur 3 tahun -12 tahun.

Monthly expenses : RM5000
Annual expenses: RM5000 x 12 = RM60,000
Inflasi 6 % selepas 10 tahun: RM107,450
RM1,000,000 / RM107,450 = 9 tahun 3 bulan FCIF boleh bertahan.

10 tahun selepas itu, penanggung nafkah perlu kerja lebih keras utk terus tanggung pendidikan anak2 sbb ada yg masih sekolah. Boleh bayangkan both parent takde langsung FCIF ni? Macam mana yg survivors nak teruskan hidup? Nak maintain lifestyle & commitment ?

Kawan-kawan,
Jika masih ada anak kecik-kecik, berselang setahun dua, sangat penting create FCIF 1 juta ni. Pasangan suami isteri yg bekerja wajib ambil sama-sama. Bukan hanya 1 pihak saja yg ambil. No one can guarantee who will survive.

Nak lebih penjelasan tentang FCIF ni boleh pm atau click link dlm komen. Saya akan bantu pastikan ur family income stream will be protected.

Fadhilah Khairunnas
Takaful Advocate
PRUBSN Takaful






20/03/2024

Ramai je isteri kata tak nak ambil takaful untuk suami sebab takut cerai atau takut suami kawen lagi.

tak sempat cerai tak sempat dapat madu. suami dah โ€œjalanโ€ dulu.๐Ÿซ 

Jangan fikir negatif sangat. Betulkan niat. Nak buat hibah supaya dapat bantu mudahkan urusan nak besarkan anak2, dapat bantu selesaikan hutang pasangan jika ada. Dapat buat amal jariah contoh bina masjid hasil dari pampasan hibah tu agar saham akhirat tu mana tahu dapat juga pada pasangan yang dah pergi tu. Dan lain-lain. Banyak perkara boleh selesaikan dengan takaful dengan izin Nya. InsyaAllah.

Address

Selangor
43200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Medical Card Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Medical Card Takaful:

Share