D'orked SPA & Wellness

D'orked SPA & Wellness Pusat sehenti untuk wanita memanjakan diri dari hujung rambut ke hujung kaki . One stop self pampering centre from head to toe for women

12/01/2023
02/01/2023
27/12/2022

Alhamdulillah ramai yang tanya resepi karipap pusing saya. Kali ni saya sertakan sekali dengan resepinya.

Doh minyak ( doh dalam) ⤵️
Segenggam marjerin pelangi (agak2 boleh kepal tepung tak berderai)
2 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
Doh tepung ( doh luar) ⤵️
3 1/2 cawan tepung gandum
1sk garam
2sb gula

Ais sejuk dari dalam peti ais ( kena betul2 sejuk)
1 sb minyak panas

Cara buat ⤵️
1. Satukan bahan untuk buat doh minyak. Kepal2 tepung gandum dan tepung jagung bersama marjerin sehingga tepung tak berderai. Boleh tambah minyak masak untuk elak penggunaan marjerin berlebihan sebab takut karipap terlalu gebu dalam mulut apabila dimakan nanti.
2. Apabila doh dah dikepal bulat rehatkan doh sebentar. Boleh perap dalam fridge selama 5minit.
3. Satukan bhn2 untuk buat doh tepung pulak. Kat sini macam2 versi boleh buat. Tp resepi saya, saya tak pakai apa2 marjerin sebab doh minyak dah ada marjerin. So bila doh tepung kita letak marjerin nanti karipap akn jadi lebih berminyak dan cepat hancur. Cukup sekadar minyak masak sahaja. Gaul2 tepung dgn minyak panas jadi macam serbuk roti.
3. Penggunaan gula untuk bagi karipap kita lebih rangup. Jgn risau dia tak akan rasa manis. InsyaAllah.. 😁
4. Uli sampai jadi doh. Kemudian rehatkan sebentar di dalam fridge selama lbh kurang 5 minit.
Kemudian kita sambung ke part canai lak yer..
1. Ambik doh tepung bulatkan2 kepada bberapa bahagian. Terpulang nak buat berapa bahagian. Begitu jugak dengan doh minyak bulatkan2 bergantung kepada bilangan doh tepung yang kita bulatkan tadi. Sbg cntoh, kalau doh tepung kita bahagiakn kepada 4 bahagian, maka begitu juga dengan doh minyak bulatkan kepada 4 bahagian.
2. Kemudian, ambil doh tepung canaikan dgn penggelek bagi bentuk bulat. Letak doh minyak yg dibulatkan td tu dlm tu dan tutup dgn doh tepung tadi. Bulatkan2 bagi bentuk bulat/bola. Macam kita tutup kuih pau bila dah masukkn inti la senang cerita.. 😂 Buat sampai doh hbis step yang sama ni.
3. Seterusnya, ambil doh dan canaikan bentuk bulat. Canai tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal ye kawan2. Kemudian gulungkan. Ok, doh kita tadi dah jadi bentuk panjang sekarang ni kan..
4. Kita canaikan doh tadi tu arah memanjang bukan melintang ye. Jangan salah paham disini. Canaikan bentuk memanjang. Canai tak terlalu nipis sgt ye. Ok tips kat sini nk cntikkn pusaran karipap pusing, semakin pnjang doh kita canai, makin banyak gulungan kita akan gulung nanti. So semakin cantikla pusaran karipap pusing kita nanti..😊
5. Dah canai memanjang , kita boleh gulung dia dari bawah bawak ke atas. Gulung sampai habis la ye.
6. Kemudian, ptong doh tadi ke beberapa bahagian ikut pada saiz doh yg kita gulung tadi tu. Ptong 3/4 inci setiap doh dah memadai.
7. Ambik doh yang telah dipotong tadi dan gelekkan dengan penggelek. Kat sini dah boleh nampak pusaran karipap pusing kita tu. Boleh buh inti. Nak guna acuan karipap pun boleh. Buat sampai habis step yang sama.
8. Dah siap buh inti, karipap pusing kita sudah siap untuk digoreng!
9. Goreng dengan minyal yang panas dan banyal sampai tenggelam karipap pusing tu dalam minyak. Goreng keperangan.
10. Karipap pusing sudah sedia dinikmati.. 😋😋

02/05/2022

A Magical Waterfall in Vietnam☘💚

12/12/2021

Situated in TTDI, Kuala Lumpur, stands a uniquely designed house named Concrete Jungle House by N O T Architecture. The main concept of this house design is to approach minimalistic…

15/11/2021

Resepi Daging Masak Hitam

1kg daging lembu
Kicap cap unta / kicap tongnam
2 sudu gula atau gula apong
Setengah sudu serbuk jintan putih
Setengah sudu serbuk jintan manis
1 cawan kismis
Minyak utk menumis
Serbuk secukup rasa
Rempah tumis 4 sekawan

Bahan blend
20 tangkai cili kering
Bawang putih blend 1 sudu
Bawang merah blend 2 sudu
1 batang serai
Lengkuas 2 inci
Halia 1 inci

1. Perap daging yg telah dipotong dgn 2 sudu gulapong dan kicap selama 3 atau 4jam.
2. Blend bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai dan cilii kering.
3. Tumis rempah 4 sekawan. Bila dah terbit bau, masuk kan bahan2 blend dan tumis hingga kekuningan.
4. Masukkan daging yg telah diperap dan gaul rata dengan tumisan yg telah kekuningan.
5. Tambah setengah sudu serbuk jintan putih, setengah sudu serbuk jintan manis. Tambahkan secukup rasa dan gaul rata.
6. Tambah kismis 1 cawan dan air 1 cawan. Masak hingga air tumisan kering. (Anak request kismis jgn di blend. S**a makan kismis begala)
7. Bila kuah dah agak kering, tambahkan kicap dan perasa ikut rasa masing2. My kids doesn't really like sweet so I don't add sugar anymore.
8. Siap utk dihidang.

Kredit Caesarena Anak Peter

Address

101-1, Jalan Meru Bestari B2 , Bandar Meru Raya
Ipoh
30020

Telephone

016 540 4216

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'orked SPA & Wellness posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category