Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak

  • Home
  • Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak

Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak Klinik Kesihatan Pesakit Luar, Klinik Kesihatan Ibu & Anak

15/08/2025


09/08/2025



07/08/2025
LAPORAN PROGRAM SARINGAN NHSI @ UCSI UNIVERSITY📅 Tarikh: 4 Ogos 2025 (Isnin)⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang📍 Lokasi: UCS...
04/08/2025

LAPORAN PROGRAM SARINGAN NHSI @ UCSI UNIVERSITY
📅 Tarikh: 4 Ogos 2025 (Isnin)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Lokasi: UCSI University

Anggota petugas terlibat:
👩‍⚕️ Pegawai Perubatan (MO): 2 orang
👨‍⚕️ Penolong Pegawai Perubatan (MA): 1 orang
👩 Jururawat: 1 orang
👨‍🔧 Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK): 1 orang
💊 Wakil Farmasi: 1 orang

Jumlah peserta yang telah disaring:
👥 46 orang

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan warga UCSI melalui saringan kesihatan asas.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua petugas yang telah menjayakan program ini.

Sekian,
KLINIK KESIHATAN BANDAR TUN RAZ

Saringan Kesihatan NHSI @ IPD Cheras📅 Khamis, 31 Julai 2025🕗 8.00 pagi – 5.00 petang👥 Seramai 117 peserta telah disaring...
02/08/2025

Saringan Kesihatan NHSI @ IPD Cheras
📅 Khamis, 31 Julai 2025
🕗 8.00 pagi – 5.00 petang
👥 Seramai 117 peserta telah disaring

Program saringan ini melibatkan pemeriksaan kesihatan asas seperti bacaan tekanan darah, tahap gula, kolesterol, tinggi dan berat badan.

Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja klinik dan pasukan terlibat yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.

Saringan Kesihatan NHSI @ Karnival Starmida📍 SK Taman Midah 2📅 Sabtu, 26 Julai 2025🕗 8.00 pagi – 1.00 petang👥 Seramai 60...
01/08/2025

Saringan Kesihatan NHSI @ Karnival Starmida
📍 SK Taman Midah 2
📅 Sabtu, 26 Julai 2025
🕗 8.00 pagi – 1.00 petang
👥 Seramai 60 orang peserta telah disaring

Program saringan ini dijalankan sempena Karnival Starmida dengan fokus kepada pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah, BMI, tahap gula dan kolesterol.

Terima kasih diucapkan kepada semua petugas kesihatan, pihak sekolah serta peserta yang hadir atas kerjasama dan sambutan yang diberikan.

📢 Program Saringan Kesihatan NHSI📍 Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi (SIRAJ), Bandar Tun Razak📅 Sabtu | 26 Julai 2025🕣...
31/07/2025

📢 Program Saringan Kesihatan NHSI
📍 Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi (SIRAJ), Bandar Tun Razak
📅 Sabtu | 26 Julai 2025
🕣 7.30 pagi – 4.30 petang

Program saringan kesihatan telah berlangsung dengan jayanya, melibatkan hampir 100 orang peserta yang telah menjalani pemeriksaan ketinggian, berat badan, paras gula darah, dan paras kolesterol.

Pihak klinik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

🔹 Warga kerja Klinik Kesihatan,
🔹 Warga pendidik dan staf SIRAJ, serta
🔹 Para peserta yang hadir,

atas sokongan dan kerjasama padu dalam menjayakan program ini. Komitmen semua pihak amat dihargai demi usaha memperkasa kesedaran kesihatan dalam komuniti.





Lindungi diri, sayangi keluarga Dapatkan Vaksin Influenza Hari Ini!Warga emas berumur 60 tahun ke atas digalakkan untuk ...
17/07/2025

Lindungi diri, sayangi keluarga
Dapatkan Vaksin Influenza Hari Ini!

Warga emas berumur 60 tahun ke atas digalakkan untuk mendapatkan suntikan vaksin influenza secara percuma di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak.

Vaksin ini membantu mengurangkan risiko jangkitan serius akibat influenza, terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik.

📍 Lokasi: Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak
🕘 Masa: Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi – 5.00 petang

Datanglah segera – perlindungan awal, kesihatan terjamin!

🔥 Latihan Kebakaran (Fire Drill) | KK Bandar Tun RazakPada hari Sabtu, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, Klin...
06/07/2025

🔥 Latihan Kebakaran (Fire Drill) | KK Bandar Tun Razak

Pada hari Sabtu, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak telah menjalankan latihan kebakaran melibatkan seramai 40 orang staf klinik.

Latihan ini diadakan bagi:

Meningkatkan tahap kesiapsiagaan staf menghadapi situasi kecemasan,

Memastikan semua warga kerja faham dan mampu bertindak pantas mengikut prosedur keselamatan,

Membina budaya kerja yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Kami berharap agar latihan ini memberi manfaat dan meningkatkan tahap keselamatan di tempat kerja. Terima kasih kepada semua staf atas komitmen dan kerjasama yang diberikan!

🌙✨ Salam Awal Muharram 1447HHari ini kita melangkah ke tahun baru Islam, Awal Muharram. Semoga kita semua diberi kesihat...
27/06/2025

🌙✨ Salam Awal Muharram 1447H

Hari ini kita melangkah ke tahun baru Islam, Awal Muharram. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dan dikurniakan keberkatan dalam setiap langkah.

Marilah kita berhijrah menjadi insan yang lebih sihat, lebih sabar, dan lebih dekat dengan Allah SWT.

💛 “Hijrah itu bukan hanya pada tempat, tetapi pada hati dan amalan kita.”

Ikhlas daripada,
Warga Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak

🌿 Program EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) 🌿📅 Sabtu, 20 Jun 2025🕗 8.00 pagi – 12.00 tengah hari📍 Klinik Kesihatan B...
23/06/2025

🌿 Program EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) 🌿

📅 Sabtu, 20 Jun 2025
🕗 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak

Program EKSA telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya, melibatkan penyertaan aktif daripada warga klinik demi mewujudkan suasana kerja yang lebih teratur, bersih dan mesra pelanggan.

✨ Antara objektif utama program ini adalah:
✅ Meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan persekitaran kerja yang kondusif
✅ Memupuk nilai kerjasama dalam menceriakan dan menyelenggara ruang kerja
✅ Meningkatkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan profesional

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!
✨ Bersama kita wujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni dan produktif.

🌟 SAMBUTAN MINGGU IMUNISASI 2025 🌟📍 Peringkat Pejabat Kesihatan Cheras📅 20 Jun 2025 (Jumaat)🕗 8.00 pagi – 12.30 tengah h...
22/06/2025

🌟 SAMBUTAN MINGGU IMUNISASI 2025 🌟

📍 Peringkat Pejabat Kesihatan Cheras
📅 20 Jun 2025 (Jumaat)
🕗 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
📌 Bilik Seminar 1 & 2, Pejabat Kesihatan Cheras
🎯 Tema: “Imunisasi Untuk Semua, Ayuh Kita Jayakan!”

Imunisasi adalah langkah penting dan berkesan dalam melindungi anak-anak daripada penyakit berbahaya yang boleh dicegah melalui vaksin. Program ini bertujuan:

✅ Meningkatkan kesedaran ibu bapa/penjaga tentang kepentingan vaksin
✅ Menggalakkan tindakan proaktif dalam pelaksanaan imunisasi

💡 Menarik dalam program:
🎤 Ceramah kesihatan
💃 Persembahan pelajar tadika
🎨 Pertandingan mewarna
🎁 Cabutan bertuah & hadiah menarik!

Jom daptkan immunisasi beramai-ramai demi kesihatan generasi masa depan! 💉👶🌈

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60391713333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram