23/07/2025
Dapatkan konsultasi bersama Pakar Perbidanan & Sakit Puan kami di Metro untuk pemeriksaan menyeluruh perkembangan janin bayi anda ๐คฐ๐ฉบ๐งฌ
Ini ialah video โfetal echocardiogramโ, iaitu menggunakan imbasan ultrasound scan untuk memeriksa pembentukan jantung janin semasa masih di dalam kandungan ibunya.
Video yang pertama sekali ialah apa kita panggil โ4-chamber viewโ jantung yang terbentuk dengan normal.
1) Mesti ada 4 bilik dan kita mesti nampak 4 bilik. Sebab itulah kita namakan ini 4-chamber view of the heart.
2) Di antara dua bilik kiri dan dua bilik kanan ada dinding yang kita panggil septum. Saya memeriksa ini untuk memastikan tiada lubang.
3) Di antara dua bilik atas (yang kita panggil atrium) dan dua bilik bawah (yang kita panggil ventricle) ada dua injap yang berlainan yang bergerak ke atas dan ke bawah. Sebab dua injap ini duduk di antara bilik atas atrium dan bilik bawah ventricle, maka kita panggil injap-injap ini atrio-ventricular valve.
Saya memeriksa kedua-dua injap ini buka dan kedua-dua injap ini tutup. Kedudukan dua injap ini mesti berlainan. Injap jantung bilik kiri tak sama dengan injap jantung bilik kanan.
4) Size jantung yang normal mengambil ruang tidak lebih dari satu-pertiga dada.
5) Kedudukan jantung mesti di bahagian kiri dada, bukan di tengah dan bukan di kanan.
Sila lihat VIDEO KEDUA:
Ini ialah video pembentukan jantung anak di dalam kandungan yang tidak normal.
1) Hanya ada tiga bilik, bukan empat.
2) Di antara dua bilik atas ada lubang yang besar. Ini tidak normal. Kita panggil ini Atrial Septal Defect. Maknanya dinding septum di antara dua bilik Atrium ada kerosakan atau kecacatan.
3) Perhatikanlan injap atrio-ventricular valve di sini. Ada satu ke ada dua? Tidak ada dua injap berlainan yang bergerak secara berlainan. Tetapi hanya satu saja injap yang duduk di atas dua bilik ventricle.
4) Yang penting, saiz jantung normal.
5) Yang penting, kedudukan jantung ini normal.
Ini ialah kecacatan jantung yang dinamakan Atrio-ventricular Septal Defect. Zaman dulu, jika anak anda dilahirkan dengan AVSD, anak tak boleh hidup lama. Darah beroxygen bercampur dengan darah tidak beroxygen sebab ada lubang. Fungsi jantung tidak lengkap.
Ramai anak kecil meninggal dunia dan ibubapa tak tahu pun sebabnya ialah ada kecacatan pembentukan jantung.
Kita ada kemahiran untuk membetulkan jantung ini dengan ubat-ubat dan pembedahan untuk membetulkan kecacatan ini.
Tetapi pertama sekali saya buat pemeriksaan jika anak ini juga ada syndrome. Ada beberapa jenis sindrom yang melibatkan kehadiran kecacatan AVSD sebagai salah satu dari kecacatannya. Jika ada syndrome seperti Downs Syndrome, CHARGE syndrome, Smith-Lemli-Opitz syndrome, maka walaupun kecacatan jantung boleh dibetulkan tetapi syndrome itu memberi anak itu masalah kesihatan yang lain dan boleh meninggal dunia juga.
Kadang-kadang baby yang ada AVSD ini tiada syndrome, maka selepas dibetulkan jantungnya, boleh bersukan dan hidup seperti kanak-kanak sihat yang lain.
VIDEO KETIGA:
Ini ialah janin di dalam kandungan yang ada ketumbuhan di dalam jantung. Kita panggil ini Rhabdomyoma dan sebutannya ialah Rab-do-ma-yo-ma.
1) Ada 4 bilik.
2) Dinding jantung septum yang normal
3) Ada dua injap Atrio-venticular valve yang normal.
4) Saiz jantung tidak normal merangkumi hampir keseluruhan dada. Ini bermakna selepas dilahirkan, paru-paru tak ada ruang untuk mengembang maka tak boleh bernafas selepas dilahirkan.
5) Kedudukan jantung yang tidak normal di tengah dada, dan ada air di sekeliling jantung ini menunjukkan sudah ada kelemahan fungsi jantung.
Saya memeriksa jantung anak di dalam kandungan ibu ini. Saya beritahu ibu ini, anak ini ada kecacatan pembentukan jantung sebab ada ketumbuhan yang terlalu besar di dalam dinding ventricle. Ini melemahkan fungsi pam ventricle. Sebab itu ada banyak air disekeliling jantung. Saya beritahu ibu ini, anak ini akan meninggal dunia di dalam kandungan tidak lama lagi, tetapi sebab baru saja 20 minggu kehamilan, ia terlalu pramatang untuk diselamatkan dengan pembedahan jantung. Dua minggu selepas ini, anak ini meninggal dunia di dalam kandungan ibunya. Innalillahiwainnailaihirojiun.
Yang penting, kita mesti beritahu ibu ini, dia tidak buat apa-apa kesalahan. Bukan salah makan. Bukan sebab terlalu lasak. Bukan sebab dia berdosa sebab kita semua pun buat dosa dan kita tak ada kuasa untuk menghukum orang lain ada lebih dosa dari kita. Ini ialah takdir, dan kita mesti redha.
Walaubagaimanapun, ada kecacatan pembentukan jantung yang boleh dicegah.
Cara pertama mencegah kecacatan jantung anak ialah pastikan ibu dan bapa tidak merokok.
Cara kedua untuk mencegah kecacatan jantung ialah pastikan jika anda asa diabetes, anda kawal diabetes sebelum mengandung. Diabetes yang tidak dikawal boleh menyebabkan kecacatan jantung anak di dalam kandungan. Sebab inilah semua ibu hamil yang ada type 1 dan type 2 diabetes mesti dirujuk ke pakar Maternal dan Fetal Medicine untuk Fetal Echocardiogram.
Sekian, terimakasih
Prof Dr Imelda Balchin
Pakar Maternal dan Fetal Medicine
P/S: kalau saya boleh ajar orang marhaen ilmu jantung, jangan kata orang marhaen tak boleh diajar menggunakan istilah yang betul, sebagai contoh, anak duduk di dalam rahim, bukan duduk di dalam perut. Kalau anda boleh belajar apakah AVSD dan apakah Rhabdomyoma, anda tahu diabetes tidak dikawal boleh menyebabkan kecacatan jantung anak, dan anda tahu merokok juga boleh menyebabkan kecacatan jantung anak, sudah tentu anda boleh ajar anak-anak anda bahawa baby duduk di dalam rahim ibu, bukan baby di dalam perut. Yang itu senang saja nak ajar kan. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
Call now to connect with business.