12/06/2025
Assalamu'alaikum.
Saya cuba untuk tidak beremosi ketika menulis di sini.
Lazim pesakit datang klinik gigi kerana sakit gigi. Ketika dikemuncak kesakitan yang amat sehingga tak mampu mengawal emosi.
Amarah memuncak.
Akibatnya staf di kaunter dimarahi.
Terdahulu pesakit tersebut telah datang ke klinik membuat rawatan. Setelah diperiksa, penerangan tentang gigi tersebut diberi, hanya punya dua pilihan, dicabut, atau dibuat rawatan kanal akar (RCT).
Rawatan kanal akar menjadi pilihan, lalu dibuat tampalan sementara, diberi ubatan yang sepatutnya, bersama temujanji susulan.
Hari temujanji, peringatan telah diberi, pesakit tidak muncul.
Beberapa hari kemudian, pesakit datang ke klinik, dalam keadaan kesakitan di gigi yang sepatutnya dibuat rawatan pada hari temujanji.
Setelah disoal, ternyata, pada lawatan terdahulu, pesakit tidak faham pun tentang penerangan yang diberi berkenaan rawatan kanal akar. Mungkin sebab ini pesakit tidak muncul pada hari temujanji.๐
Begini lah situasi yang sering berlaku di klinik gigi.
Nasihat saya ;
1) Gigi anda tanggungjawab anda.
Cegahlah dari mendapat sakit gigi dengan menjaga kebersihan gigi setiap hari, mendapatkan pemeriksaan berkala setiap 6 bulan, buat scaling gigi berkala.
2) Sila la dengar penerangan dari perawat (doktor gigi) yang anda jumpa. Andai tak faham atau tak pasti, bertanyalah semula. Ia semudah anda telefon atau wasap sahaja (kami punya wasap untuk dihubungi).
Atau, andai anda punya masa, singgahlah sebentar di klinik untuk bertanya.
3)Sila la datang temujanji. Sekiranya anda tidak berhajat meneruskan rawatan yang telah dipersetujui dahulu pun tak mengapa. Boleh sahaja ditukar kepada rawatan lain yang sesuai.
Atau sekiranya anda tak berhajat untuk datang temujanji, beritahulah lebih awal agar pihak klinik boleh memberikan waktu tersebut untuk temujanji pesakit lain.
Bak kata pepatah, 'masa itu emas'
4) Marah pun tak guna. Yang tetap sakit gigi adalah anda juga. Walaupun ada hati yang tersakiti, namun ketahuilah ianya berpunca dari gigi yang berada dalam mulut anda.โ๏ธ