24/03/2025
ADOLESCENCE: Apabila Benda Dah Jadi.
Adolescence:
Fasa peralihan dari kanak-kanak menuju dewasa.
Fasa akal belum cukup.
Fasa kawan sebagai sistem sokongan dan kawan juga boleh membawa rebah.
Fasa “You do not control what I do in my life” (Jamie, episod 3)
Jamie, anak remaja berusia 13 tahun ditahan kerana membunuh rakannya Katie dengan kejam.
Katie ditikam bertubi-tubi sebanyak 7 kali.
Ya, anak remaja semuda itu.
Tidak ada ayah dan ibu yang dapat menerima hakikat tersebut dengan mudah.
Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh menjadi pembunuh.
Anak sementah itu tidak mungkin dapat memahami betapa hancur luluhnya hati ayah dan ibu memikirkan tentang masa hadapan anak.
Anak sementah itu tidak mungkin dapat merasai penderitaan ayah, ibu dan kakaknya akibat perbuatannya.
Mereka diperhatikan, dikeji, dihina, dicemuh oleh masyarakat sekeliling
Akal yang belum cukup itu belum berupaya untuk memandang hidupnya jauh ke hadapan.
Menyakinkan ayah dan ibu bahawa “I’m OK” (episod 3) ketika berada dalam tahanan tidak mungkin dapat menenangkan hati ayah ibu yang remuk redam.
Beberapa kali tontonan saya terhenti kerana sesak rasanya di dada.
Membayangkan anak itu anak saya.
Membayangkan sekiranya ibu itu adalah saya.
What should I do?
Saya perlu menghela nafas yang panjang untuk hadam apa yang berlaku kapada Jamie dan nasib yang menimpa keluarganya.
Setiap dialog yang diungkap, walaupun dianggap bosan dan meleret-leret oleh sesetengah penonton, merungkai pelbagai persoalan tentang kehidupan remaja masa kini yang sukar untuk difahami.
Bak kata Briony, psikologis yang ditugaskan untuk membuat penilaian psikologi tentang Jamie, “You are far more complex than a straightforward question allow for”. (Episod 3)
REMAJA - “COMPLEX”.
Drama ini mampu membuatkan kita tersandar membayangkan bahawa perkara sebegini boleh berlaku kepada anak kita.
“It could happen to my child”.
Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja kerana apabila anak semakin meningkat usia, banyak perkara berada di luar kawalan dan pengetahuan kita sebagai ibubapa.
Semakin anak meningkat usia kita akan sedar bahawa usia kanak-kanak merupakan usia yang paling mudah untuk dijaga walaupun fizikal kita letih menguruskan.
Kita boleh terlepas pandang banyak perkara ataupun perkara yang kita anggap remeh-temeh boleh membawa implikasi yang besar terhadap pemikiran, jiwa dan tingkah laku anak kita jika tidak dibendung dari awal.
Malangnya seringkali kita hanya akan sedar mudaratnya sesuatu itu apabila ‘BENDA DAH JADI’.
SESALAN IBUBAPA
Itulah yang dikesali oleh Eddie dan Manda, ayah dan ibu Jamie.
Rintihan mereka berdua (episod 4) benar-benar menusuk ke kalbu.
Benar-benar boleh dirasai sebagai ayah dan ibu.
Saling menyalahkan diri sendiri apabila benda dah jadi.
Menyesali akan apa yang telah dilakukan dan tidak dilakukan selama ini sebagai ibubapa.
Saya kagum kerana Eddie dan Manda tidak menyalahkan satu sama lain.
Tidak seperti drama tipikal yang 'cliche’ di mana satu pihak menyalahkan pihak yang satu lagi untuk berlepas diri.
Persoalannya adakah salah ibubapa sepenuhnya apabila benda dah jadi begini?
SALAH IBUBAPA?
Jamie yang membunuh itu bukannya dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang berantakan ataupun disfungsi.
Dalam sebuah wawancara dengan penulis bersama drama 4 episod ini, Stephen Graham dan Jack Thorne, mereka menjelaskan bahawa idea dan tema drama ini CUBA LARI DARI NARATIF TIPIKAL yang sering menyalahkan ibubapa apabila anak tidak menjadi ‘orang’.
Drama ini ingin membongkar elemen-elemen lain yang menjadikan Jamie sebegitu, terutamanya pengaruh yang radikal di media sosial, agar masyarakat umumnya dan ibubapa khususnya lebih cakna.
Ayah dan ibu Jamie BUKAN ibubapa yang toksik, BUKAN alkoholik, BUKAN penjenayah, dań BUKAN pendera.
Mereka ibubapa biasa yang sudah tentunya ada berbuat silap.
Ibubapa Jamie sama seperti kita.
Eddie, ayah Jamie merasa gelisah berada di balai polis kerana seumur hidupnya dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke situ (Episod 1).
Beberapa kali Eddie menegur Lisa kerana menggunakan perkataan tidak elok ketika marah. (Episod 4). Itu 'value'.
NATURE VS NURTURE
Sekiranya ‘parenting’ menjadi persoalan utama di sini, bagaimana Lisa, kakak Jamie, membesar sebagai seorang individu yang menenangkan buat ayah dan ibunya?
Bagaimana Lisa boleh menjadi ‘apple of their eyes’ di waktu fikiran mereka kusut kerana pengakuan bersalah Jamie?
Kenapa Lisa tidak bermasalah seperti Jamie?
Pada saya dialog terakhir antara Eddie dan Manda dalam episod 4 mengajak kita untuk berfikir.
Eddie: How did we make her (Lisa)?
Manda : The same way we made him (Jamie).
Apa yang ingin disampaikan melalui dialog itu adalah bagaimana Lisa dibesarkan oleh ibubapa yang sama, dengan kaedah parenting yang sama, dalam persekitaran yang sama seperti Jamie juga tetapi Lisa tidak seperti Jamie.
Setiap anak adalah berbeza.
Cara mereka menghadapi konflik dan menguruskan konflik adalah berbeza walaupun lahir dari rahim yang sama.
Sekiranya Jamie anak tunggal ataupun Lisa juga anak yang liar, maka gaya 'parenting' Eddie dan Manda boleh dipersoalkan sepenuhnya.
JURANG GENERASI
Perbualan antara 3 beranak dalam van tentang kump**an A-Ha dan lagu “Take on Me” cuba memberitahu sesuatu kepada penonton. Lagu tersebut menjadi siulan anak-anak muda Generasi X tahun 80an termasuklah Eddie dan Manda, ayah dan ibu Jamie.
Terlalu besar jurang generasi antara Eddie dan Manda dengan anak mereka itu.
Jurang yang luas itu menjadikan dunia anak remaja Generasi Alpha terlalu asing bagi orang tua sekiranya dunia itu tidak cuba diterokai dan difahami.
UNDERSTAND - Perkataan yang sering diulang-ulang dalam drama ini.
Detektif Bascombe cuba 'understand' dan mencari motif Jamie (episod 2)
Psikologis Briony cuba 'understand' pemahaman (understanding) Jamie tentang apa berlaku. (episod 3)
Eddie dan Manda juga bingung dan cuba 'understand' (episod 4)
Penggunaan telefon pintar, komputer dań internet bagi Gen Alpha jauh maju ke hadapan berbanding Gen X yang merupakan immigran digital.
Emoji dan simbol bagi generasi ‘tua’ hanyalah dilihat secara literal sebagai emoji dan simbol semata-mata sedangkan bagi anak remaja emoji dan simbol tanpa kata-kata dapat menyampaikan mesej yang tersirat.
Simbol hati (