04/12/2024
Secara tradisional, manfaat Kacip Fatimah adalah untuk kesihatan wanita seperti mereka yang mengalami masalah sistem pembiakan (reproduktif), masalah seksual, tekanan dan sembelit.
Kebaikan dan manafaat kepada wanita
#1. Boleh menguatkan dan menyembuhkan f***j. Menguatkan sistem reproduktif wanita dan digunakan sebagai bantuan mengetatkan f***j. Fitoestrogen (phytoestrogen) pada Kacip Fatimah menyembuhkan saluran pembiakan, dinding f***j dan tisu f***j. Ia menjadikannya lebih kuat dan ketat.
#2. Melegakan otot f***j. Menyembuhkan tisu f***j terutama selepas bersalin.
Wanita biasanya akan mengalami kesakitan dan dinding f***j lebih luas selepas melahirkan anak.
Jadi, khasiat Kacip Fatimah boleh membantu menyempitkan dinding f***j selepas bersalin, menyembuhkan otot perut dan menguatkan saluran f***j.
Selain itu, tumbuhan ini juga boleh menyebabkan fungsi seksual bertambah baik.
Ia meningkatkan testosteron yang menaikkan libido wanita dan juga seks wanita secara semula jadi.
#3. Mengimbangi hormon wanita.
Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan perubahan mood, kekeringan f***j, perimenopaus dan masalah menopaus akibat kekurangan estrogen.
Estrogen adalah hormon seks wanita yang mana menyumbang kepada mengekalkan kitaran haid, mengelakkan masalah menopaus dan gejala menopaus.
Keseimbangan hormon estrogen adalah penting bagi sistem pembiakan wanita.
Kacip Fatimah adalah sejenis herba semula jadi yang meningkatkan seks dan suplemen hormon yang baik untuk wanita.
#4. Meningkatkan sistem imun
Kacip Fatimah mempunyai ciri-ciri antioksidan yang tinggi membantu merangsang tindak balas sistem imun di dalam badan.
Sistem imun dipertingkatkan dan dilindungi daripada penyakit.
Kacip Fatimah juga adalah herba antiradang yang menyebabkan tumor dan membunuh sel-sel tumor. Khasiatnya buat wanita, ia dapat menghalang jangkitan dan membunuh bakteria f***j.
#5. Merendahkan tahap kolesterol
Kacip Fatimah mengurangkan tahap kolesterol tambahan dalam badan dan lemak yang disimpan di dalam arteri.
Ia mengurangkan trigliserida yang merupakan bahan lemak dalam tubuh dan melindungi daripada penyakit jantung.
#6. Kemurungan
Manfaat Kacip Fatimah juga digunakan sebagai makanan tambahan tekanan untuk mengelakkan simptom menopaus seperti:
❤Kekeringan f***j
❤Perubahan mood
❤Rangsangan seks yang rendah
❤Peningkatan rembesan hormon estrogen
❤Membantu mencegah penyakit reproduktif wanita dan kemurungan.
#7. Melindungi kulit dan rambut.
Kacip Fatimah mempunyai keupayaan untuk memberi kekuatan dan mencegah kerosakan kulit dan rambut.
Kacip Fatimah adalah penyelesaian untuk rambut yang rosak dan melindungi kulit daripada alergi, ruam dan jerawat.