01/09/2025
📢 AWAS DEMAM CAMPAK! 😷
Tahukah anda bahawa kes demam campak di Malaysia meningkat hampir dua kali ganda dari tahun lepas?
📈 2023: 2,002 kes
📈 2024: 3,791 kes
📢INILAH CIRI-CIRI DEMAM MEASLES:
• Demam tinggi mendadak.
• Batuk, selsema, mata merah
• Tompok putih kecil di dalam mulut
• Ruam merah yang bermula di muka, turun ke badan.
⚠️ Measles bukan chicken pox. Ia jauh lebih ganas kerana satu kes boleh menjangkiti sehingga 90% orang yang belum divaksin di sekelilingnya.
Bila wabak berlaku, semakin banyak kanak kanak jatuh sakit, semakin tinggi risiko komplikasi seperti radang paru-paru, radang otak, dan kematian. Ini mimpi ngeri kesihatan awam.
💡 BERITA BAIKNYA, PENYAKIT INI BOLEH DICEGAH.
Vaksin MMR memberi perlindungan utama, dan dos tambahan membantu mengukuhkan imuniti komuniti.
~ Dengan perlindungan vaksin yang mencukupi, kita boleh mengurangkan kes, mencegah komplikasi, dan menyelamatkan nyawa.
💡 KKM akan melaksanakan imunisasi tambahan MR secara percuma bagi kanak-kanak berumur enam hingga 59 bulan dari 4 Ogos hingga 12 Oktober 2025, menyasarkan mereka yang lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025.
💡 Dan kalau ada yang masih belum tahu kempen MR SIA (Measles-Rubella Supplementary Immunisation Activity) akan bermula 4 Ogos 2025 di seluruh Malaysia.
Sasaran kempen ini adalah semua kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 59 bulan (4 tahun 11 bulan), iaitu yang lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025.
~ Dos tambahan ini diberi walaupun anak sudah pernah menerima vaksin MMR sebelum ini, kerana ia bertujuan meningkatkan perlindungan imuniti komuniti dan menghentikan penularan measles & rubella yang semakin meningkat.
Jangan tunggu sehingga wabak besar berlaku di kawasan anda pastikan anak anda hadir untuk imunisasi tambahan ini demi melindungi mereka dan seluruh komuniti.
📍 untuk pertanyaan boleh runding terus bersama kami di talian rasmi
Klinik Iman Mikail ❤️
Terima kasih