Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2016

  • Home
  • Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2016

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2016 "Satu Projek Komuniti Anjuran Kelab Kebajikan & Rekreasi Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), United Nations Children’s Fund (UNICEF) dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia menyarankan agar bayi diberi susu ibu secara eksklusif iaitu bayi diberi susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur enam bulan tanpa campuran air atau susu lain. Kajian di kalangan bayi antara umur 28 hari hingga satu tahun telah menunjukkan bahawa bayi yang diberi susu ibu mempunyai 20% lebih rendah risiko untuk kematian berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Sementara itu, kajian oleh WHO juga menunjukkan risiko untuk mendapat cirit-birit di kalangan bayi yang diberi susu formula di negara membangun, secara purata, adalah lebih enam kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bayi yang diberi susu ibu. Penyusuan susu ibu dan pemberian makanan bayi yang betul juga penting bagi memastikan pencapaian Millenium Development Goal (MDG) ke 4 untuk Malaysia iaitu menurunkan kematian bayi dan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun sebanyak 2/3 antara tahun 1990 dan 2015. Selain itu, penyusuan susu ibu juga dapat membantu menjaga kesihatan ibu seperti mengurangkan risiko barah payudara, kegemukan, osteoporosis dan menjarakkan kehamilan. Berikutan dengan kejayaan program komuniti yang sama yang diadakan buat kali pertama pada tahun 2013, pihak kami ingin sekali lagi membawa ibu-ibu lebih dekat dengan pakar-pakar di dalam bidang penyusuan ibu bagi memastikan agar matlamat Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia dengan tema “BREASTFEEDING: A Winning Goal - for Life!” tercapai dengan jayanya.

Address

Serdang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2016 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram