06/05/2026
PROGRAM JATI DIRI: PROGRAM LKV (BAIKPULIH PENGHAWA DINGIN)
Yan, 06 Mei,Pejabat AADK Daerah Yan telah melaksanakan Program RPDK i-Pulih melalui Program Jati Diri Program LKV (Baikpulih Penghawa Dingin) Siri 1 dengan penyertaan seramai 64 orang. Program ini memberi fokus kepada pembentukan sahsiah, peningkatan disiplin serta pembangunan kemahiran peserta sebagai persediaan ke arah kehidupan yang lebih positif dan berdikari.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian bermanfaat termasuk sesi pembangunan jati diri, bimbingan motivasi serta latihan berkaitan baikpulih penghawa dingin sebagai nilai tambah dalam kemahiran diri. Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan AADK Daerah Yan dalam membantu klien membina masa depan lebih cerah melalui pemulihan menyeluruh, ilmu kemahiran dan peluang perubahan ke arah hidup yang lebih baik.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.