COMBI Komuniti Daerah Johor Bahru

  • Home
  • COMBI Komuniti Daerah Johor Bahru

COMBI Komuniti Daerah Johor Bahru COMBI NEGERI JOHOR

19 April 2026Gerak Kerja “Cari & Musnah Tempat2 Pembiakan Nyamuk” oleh Team COMBI Taman Permas Jaya.Keadaan  cuaca semas...
19/04/2026

19 April 2026
Gerak Kerja “Cari & Musnah Tempat2 Pembiakan Nyamuk” oleh Team COMBI Taman Permas Jaya.

Keadaan cuaca semasa (panas dan hujan) antara faktor2 wujudnya potensi lokasi2 pembiakan nyamuk. Seperti kita sedia maklum, lokasi pembiakan Nyamuk khususnya Nyamuk Aedes adalah di lokasi yang redup dan tersembunyi. Takungan air walau setebal duit syiling 20 sen audah cukup untuk Jentik2 membesar menjadi Nyamuk Dewasa. Aedes atau bukan Aedes, lokasi pembiakan perlu dihapuskan.

18 Apr. 2026@ 1 Hour Johor Clean-up @ Lokasi - Dataran Mawar Kami (Team COMBI) Tak Ramai!Tapi Ada Back-up Team!! 😀Aktivi...
18/04/2026

18 Apr. 2026
@ 1 Hour Johor Clean-up @
Lokasi - Dataran Mawar
Kami (Team COMBI) Tak Ramai!
Tapi Ada Back-up Team!! 😀
Aktiviti Lavarciding - Team COMBI
Hapus Lokasi2 Potensi Tempat Pembiakan Nyamuk - Team Kontraktor Kebersihan 🤭.
Gerak kerja bersama sekali lagi….
Alhamdulillah….
“Kita merancang dengan cita-cita. Allah swt merancang dengan Cinta & Kasih-NYA.”


02/04/2026

Everyone, stay safe. Big day tomorrow. It’s official. Signed at 6:00am. It was even on TV. Mine really turned blue. Don't forget that tomorrow marks the start of the new Facebook rule (also known as Meta), which allows them to use your photos. Don't forget the deadline is today!!!

According to the show 60 Minutes:

Just in case you missed it: a lawyer advised us to post this. The violation of privacy can be punished by law. NOTE: Facebook Meta is now a public entity. Every member must post a note like this. If you do not publish a statement at least once, it will be technically understood that you are allowing the use of your photos, as well as the information contained in your profile status updates.

I HEREBY DECLARE THAT I DO NOT GIVE MY PERMISSION FOR FACEBOOK OR META TO USE ANY OF MY PERSONAL DATA.

Hold your finger anywhere in this message and “copy” will appear. Click “copy. Then go to your page, create a new post, and place your finger anywhere in the empty field. “Paste” will appear, and click paste.

1 Mac 2026COMBI Zon Mawar (COMBI Komuniti Daerah Johor Bahru)Aktiviti Lavarciding @ Surau Al-Barakah Taman MawarGerak ke...
01/03/2026

1 Mac 2026
COMBI Zon Mawar (COMBI Komuniti Daerah Johor Bahru)
Aktiviti Lavarciding @ Surau Al-Barakah Taman Mawar
Gerak kerja aktiviti Lavarciding di Surau Al-Barakah dilaksanakan setiap hujung minggu oleh Team COMBI Zon Mawar @ JawatanKuasa Penduduk Zon Mawar.

Terdapat beberapa lokasi pengumpulan barangan sisa binaan yang perlu diselenggara (sisa bahan kitar-semula) dan dilupaskan dengan kadar segera. Ini adalah kerana terdapat beberapa lokasi yang berpotensi menjadi tempat-tempat pembiakan nyamuk.

17 Feb. 2026~ thrownback ~17 Feb. 2026💛❤️PAMERAN MYCHAMPION❤️💛@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@💙 FUN RUN Ⓜ️🔹BIRU YB BAHA 🔹Ⓜ️💙Pamera...
18/02/2026

17 Feb. 2026
~ thrownback ~
17 Feb. 2026
💛❤️PAMERAN MYCHAMPION❤️💛
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
💙 FUN RUN Ⓜ️🔹BIRU YB BAHA 🔹Ⓜ️💙
Pameran Kesihatan @ PKDJB
Turut sama membantu pameran sukarelawan daripada COMBI FAST Team JB.
Komunikasi berkaitan Aedes, Denggi, V**e & Merokok.

18 Feb. 2026Gerak Kerja Semburan “Lavarciding” oleh SBD COMBI Zon Mawar di Surau-Surau Taman Mawar @  JawatanKuasa Pendu...
18/02/2026

18 Feb. 2026
Gerak Kerja Semburan “Lavarciding” oleh SBD COMBI Zon Mawar di Surau-Surau Taman Mawar @ JawatanKuasa Penduduk Zon Mawar.
=> @ Surau Al-Hidayah Taman Mawar
=> @ Surau Al Falah, Sek. Agama Taman Mawar
=> @ Surau Al-Barakah Taman Mawar
=> @ Surau Al Hakim Fasa 5, Taman Mawar

Aktiviti larviciding (semburan jentik-jentik) ialah kaedah kawalan vektor kritikal untuk membunuh larva nyamuk dalam takungan air sebelum menjadi nyamuk dewasa. Ia menggunakan mist blower untuk merawat kawasan sukar dicapai seperti semak samun, kebun, dan takungan air. Ini berbeza dengan fogging (semburan kabus) yang membunuh nyamuk dewasa.

Tiada Aedes, Tiada Denggi!!!
In Shaa Allah….

Salam Ramadan dari kami @ Mariah Jaafar Zurina Tajalazmi Amimah A Rahim & Pozey Yahya

~ thrownback ~18 Oct. 2025  Taklimat & Gotong Royong Bersepadu untuk Gerak Kerja ORS (Outdoor Residual Spray) di Rumah P...
19/10/2025

~ thrownback ~
18 Oct. 2025
Taklimat & Gotong Royong Bersepadu untuk Gerak Kerja ORS (Outdoor Residual Spray) di Rumah Pangsa Taman Mawar

Terima kasih kepada wakil-wakil Blok dan komuniti yang hadir. Turut hadir Tn Hj Razani Abdul Rauf @ Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang bersama dengan Setiausaha dan AJK Rumah Pangsa @ JawatanKuasa Penduduk Zon Mawar.

Terima kasih juga kepada Inspektor Kesihatan & Pegawai2 Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Semoga semua komuniti yang menginap di Rumah Pangsa Taman Mawar, siap siaga untuk memastikan keluarga masing2 faham @ ambil perhatian dengan tindakan yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas Gerak Kerja ORS.
Aktiviti gerak kerja ORS di Taman Mawar akan diadakam pada 27 & 28 Oktober, 2025.

17 Oct. 2025Taklimat Operasi ORS (Outdoor Residual Spray) @ Rumah Pangsa Taman Mawar & Gerak Kerja Gotong Royong Bersepa...
17/10/2025

17 Oct. 2025
Taklimat Operasi ORS (Outdoor Residual Spray) @ Rumah Pangsa Taman Mawar & Gerak Kerja Gotong Royong Bersepadu.

Gerak kerja Taklimat Operasi ORS yang dijadualkan di Blok 8 & 10 berjalan lancar.
Turut sama hadir Pegawai PKPJB.

Terima kasih kepada wakil Blok 8 & 10, Rumah Pangsa Taman Mawar serta Team COMBI Zon Mawar @ Zurina yang sentiasa konsisten turun padang membantu menjayakan apa jua program2 COMBI Zon Mawar.

~ thrownback ~14 Oct., 2025Taklimat Operasi ORS (Outdoor Residual Spray) @ Rumah Pangsa Taman Mawar & Gerak Kerja Gotong...
17/10/2025

~ thrownback ~
14 Oct., 2025
Taklimat Operasi ORS (Outdoor Residual Spray) @ Rumah Pangsa Taman Mawar & Gerak Kerja Gotong Royong Bersepadu.

Gerak kerja Taklimat Operasi ORS yang dijadualkan di Blok 3, 4 & 5, berjalan lancar.
Turut sama hadir Pegawai PKPJB.

Terima kasih kepada Yang Berusaha En Jamil Bahari Jrc @ En Shafie Amin wakil Rumah Pangsa serta Team COMBI Zon Mawar Zurina Tajalazmi & Amimah A Rahim yang bersama-sama membantu menjayakan gerak kerja ini.

~ thrownback ~15 Oct., 2025Taklimat Operasi ORS (Outdoor Residual Spray) @ Rumah Pangsa Taman Mawar & Gerak Kerja Gotong...
17/10/2025

~ thrownback ~
15 Oct., 2025
Taklimat Operasi ORS (Outdoor Residual Spray) @ Rumah Pangsa Taman Mawar & Gerak Kerja Gotong Royong Bersepadu.

Gerak kerja Taklimat Operasi ORS yang dijadualkan di Blok 6 & 7 berjalan lancar
seperti yang dijadualkan.

Terima kasih kepada Yang Berusaha En Shafie Amin wakil & @ COMBI Zon Mawar ~?Mizi & Zurina Tajalazmi yang bersama-sama membantu menjayakan gerak kerja ini.
Team Zon Mawar memang always Awesome!!!
Thank you Alls‼️‼️‼️

~ thrownback ~16 Ogos 2025Perkongsian Gerak Kerja Komunikasi Operasi ORS (Outdoor Residual Spray) ➕ Pencerahan Lapangan ...
17/08/2025

~ thrownback ~
16 Ogos 2025
Perkongsian Gerak Kerja Komunikasi Operasi ORS (Outdoor Residual Spray) ➕ Pencerahan Lapangan Sasar Memanah.

Team MYChampion COMBI telah dimaklumkan berkaitan aktiviti ORS kali ke-2 yang akan diadakan di lokaliti Rumah Pangsa, Taman Mawar.
Maklumat dikongsikan kepada Jawatankuasa KRT Rumah Pangsa.
Gerak kerja komunikasi Blok-ke-Blok akan diadakan bagi memastikan komuniti / masyarakat Rumah Pangsa maklum dan aktiviti ORS berjalan lancar.

En Fazali Khambali @ Wakil COMBI Lokaliti Fasa 2 yang hadir, turut meminta izin mengambil ruang untuk pencerahan dan berkongsi maklumat berkaitan pembinaan “Lapangan Sasar Memanah”, yang telah siap dibina di padang berdekatan kawasan Rumah Pangsa Taman Mawar. Aspek keselamatan juga turut dikongsi.

Terima kasih J/kuasa KRT Rumah Pangsa yang sentiasa positive dengan apa jua gerak kerja dan program COMBI.

~ thrownback ~16 Aug. 20251 Hour Johor Clean-up  Membudayakan gerak kerja bulanan Unit Promosi JKNJ setiap bulan minggu ...
17/08/2025

~ thrownback ~
16 Aug. 2025
1 Hour Johor Clean-up
Membudayakan gerak kerja bulanan Unit Promosi JKNJ setiap bulan minggu ke-3.

Team COMBI Zon Mawar @ JawatanKuasa Penduduk Zon Mawar kekal konsisten mendidik komuniti / masyarakat ke arah menyemai nilai-nilai, norma, dan amalan baik dalam kehidupan seharian sehingga gerak kerja mempromosi “1 Hour Johor Clean-up” menjadi kebiasaan.
👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍

Next Mission will be “10 Minutes Every Week!!!”
With effort and patience, nothing is impossible.
In Shaa Allah …
🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when COMBI Komuniti Daerah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share