27/08/2022
Hmm... Jumlah bil bulan ni masih tinggi, tapi perkara ni yang paling merisaukan;😥
75% kes berumur bawah 40 tahun.
9 kes melibatkan kanak-kanak bawah 10 tahun!
Admin ada seorang kenalan yang berumur baru 20-an, selalu mengadu sakit kepala. Katanya dia macam ni sejak sekolah menengah lagi. Mula-mula ingatkan biasa-biasa je tapi kalau dah berterusan sampai sekarang, mesti ada something wrong.🤔
Pertama, dia ada insomnia. Kedua, selalu tertekan kat tempat kerja. Dan ketiga, dia agak overweight dan tak banyak bersenam.
So, jangan fikir anda muda boleh buat apa saja, makan apa saja, tak peduli kesihatan. Buktinya, kes bulan ni. Hidup biar memberi ketenangan kepada orang lain. Jangan sebab masalah kesihatan anda, keluarga anda nanti yang kelam-kabut.
Masa muda ni lah nak jaga sebab peluang untuk recover dari apa-apa penyakit lebih tinggi masa masih muda ni. Dan jangan lupa, yang bijak akan sediakan perlindungan secukupnya untuk masa hadapan.🧠
Pecahan Perkongsian bulan OGOS 2022 ini adalah seperti berikut;
Sehingga 24 OGOS 2022, seramai 5391 Pekongsi Aktif, antaranya adalah perokok yang menyumbang 1.2 kali kadar bukan perokok.
(Jumlah keseluruhan kes - pelarasan bulan lepas = jumlah Perkongsian layak)
RM 128,039.28 – RM35.51 = RM 128,003.77
RM 128,003.77 dibahagikan dikalangan Pekongsi Aktif;
14hari - 5thn (bukan perokok) 373 @ RM33.32 = RM12,428.36
14hari - 5thn (perokok) 0 @ RM39.95 = RM0
6thn - 40thn (bukan perokok) 3917 @ RM20.83 = RM81,591.11
6thn - 40thn (perokok) 469 @ RM24.99 = RM11,720.31
41thn - 45thn (bukan perokok) 512 @ RM33.32 = RM17,059.84
41thn - 45thn (perokok) 81 @ RM39.98 = RM3,238.38
46thn - 50thn (bukan perokok) 34 .98 = RM1,699.32
46thn - 50thn (perokok) 5 .97 = RM299.85
Total = RM128,037.17
Pelarasan bulan ini: RM128,037.17 – RM128,003.77 = RM33.40
Nota: Pelarasan RM33.40 akan ditolak dalam jumlah kes keseluruhan bulan hadapan.
Dalam Perkongsian kali ini, jumlah yang dinyatakan di dalam pecahan di atas akan ditolak dari Deposit Perkongsian masing-masing yang disimpan di dalam akaun amanah. Seterusnya, baki Deposit Perkongsian anda akan ditolak sewajarnya. Jika baki Deposit Perkongsian anda jatuh ke paras minimum atau lebih rendah, anda perlu menambah semula Deposit Perkongsian anda ke paras maksimum melalui auto debit transaksi online RAZER.
Yang benar,
Gideon Leong
CEO, Gather Care
Community Medical Cost-Sharing💙
www.gathercare.com