Hemors Tablet UBAT buasir

  • Home
  • Hemors Tablet UBAT buasir

Hemors Tablet UBAT buasir ⭕ Melawaskan Pembuangan
⭕ Melegakan Sembelit ⭕Mengecutkan Buasir

Penyakit MentalPenyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubaha...
20/09/2022

Penyakit Mental

Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.

Jangkitan Kuman di Paru-paruJangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pund...
14/09/2022

Jangkitan Kuman di Paru-paru

Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa dikalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.

Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:

1. Demam panas.
2. Batuk dengan atau tanpa kahak.
3. Sakit dada.
4. Tiada selera makan, tidak mahu makan.
5. Rasa tidak sihat, sering merengek.
6. Pernafasan laju atau susah bernafas.
7. Muntah atau cirit-birit.

14/09/2022

..👉 𝑨𝒍𝒉𝒂𝒎𝒅𝒖𝒍𝒊𝒍𝒂𝒉....𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒏𝒐𝒓𝒎𝒂𝒍.
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐇𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬 👈
Syukur sangat dengan izin ramai tiada lagi masalah Buasir... Ramai yang amalkan Hemors Tablet, skrang hidup normal tanpa Buasir 💖

"So Far...saya amalkan Hemors Tablet 𝟭 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝟭 𝗯𝗶𝗷𝗶, alhamdulilah dah nampak kesan.. Skrang saya nak buat kerja pun mudah je, Alhamdulilah"
-Hamdan (Dah amalkan 2 botol)
⭕️ 1 Biji 1 Hari (Sebelum Tido)
⭕️ LULUS KKM
⭕️ Dijamin Halal
⭕️ Campuran Makanan berkhasiat
Http://wa.me/60109158578?text=HermorsOffer
𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙃𝙚𝙢𝙤𝙧𝙨 𝙏𝙖𝙗𝙡𝙚𝙩 ! Lebih dari 2,000 testimoni SELURUH MALAYSIA yang bagi feedback masalah buasir tiada lagi 😭🙏
Siap ada promosi dan FreeGift Sabun Buasir 🥰
Klik link dibawah untuk dapatkan info dan Harga promosi 👇
Http://wa.me/60109158578?text=HermorsOffer
Http://wa.me/60109158578?text=HermorsOffer
Http://wa.me/60109158578?text=HermorsOffer

KELEBIHAN TIDUR YANG CUKUP1. Jantung sihat2. Mencegah kanser3. Kurangkan stres4. Kurangkan keradangan5. Menyegarkan bada...
13/09/2022

KELEBIHAN TIDUR YANG CUKUP

1. Jantung sihat
2. Mencegah kanser
3. Kurangkan stres
4. Kurangkan keradangan
5. Menyegarkan badan
6. Menguatkan ingatan
7. Membantu menurunkan berat badan

SEDEKAHSadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa Arab: صدقة‎) yang bermaksud benar.Makna syara' "sedekah" p...
13/09/2022

SEDEKAH
Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa Arab: صدقة‎) yang bermaksud benar.
Makna syara' "sedekah" p**a adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.

Salam Jumaat
09/09/2022

Salam Jumaat

SelawatSelawat atau zikir adalah ibadah yang disyariatkan (masyru’) oleh agama Islam. Ada juga sekump**an ulama menyatak...
06/09/2022

Selawat

Selawat atau zikir adalah ibadah yang disyariatkan (masyru’) oleh agama Islam. Ada juga sekump**an ulama menyatakan selawat adalah satu juzuk daripada zikir.

Oleh itulah Allah SWT menuntut kita untuk berselawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Selawat ke atas nabi adalah satu wasilah (jalan) untuk mendapatkan cinta Allah SWT.

Kedua-dua selawat dan zikir adalah tuntutan di dalam syarak kerana ada banyak dalil yang menyeru semua umat Islam untuk melaziminya.

Kawalan teknik bernafasJika anda mempunyai kanser paru-paru, anda pasti berdepan dengan masalah kesukaran bernafas.Ia ad...
05/09/2022

Kawalan teknik bernafas

Jika anda mempunyai kanser paru-paru, anda pasti berdepan dengan masalah kesukaran bernafas.

Ia adalah perkara yang boleh tekanan dan semakin anda tertekan, semakin sukar untuk anda bernafas, yang akhirnya menyebabkan kesan spiraling.

Berikut adalah 4 teknik bernafas yang dapat membantu anda melalui hari-hari anda dengan lebih baik.

Ia mungkin kelihatan mudah dari situasi yang sebenar.

Langkah 1 – Jika boleh, duduk tegak. Ini membantu meningkatkan ruang dalam paru-paru untuk menyalurkan lebih banyak oksigen.

Langkah 2 – Bernafas secara perlahan melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.

Apabila ada sedang menyedut udara, pastikan mulut anda tertutup. Semasa menghembuskan nafas, pastikan bibir anda seperti ingin bersiul.
Cuba gandakan tempoh hembusan nafas yang keluar berbanding ketika anda menyedut udara. Ini membolehkan semua udara lama keluar dan memberikan lebih banyak ruang untuk oksigen baru.

Langkah 3 – Bernafas dengan otot dada bahagian bawah, turut dikenali sebagai diafragma.

Langkah 4 – Tenang otot di bahagian leher, bahu dan dada ketika bernafas.

Cuba teknik ini ketika anda merasa sukar untuk bernafas.

Punca utama penyakit buah pinggang kronik adalah akibat tekanan darah tinggi dan kencing manis.Setiap buah pinggang memp...
01/09/2022

Punca utama penyakit buah pinggang kronik adalah akibat tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Setiap buah pinggang mempunyai lebih kurang 1 juta penapis yang dipanggil sebagai nefron. Apa-apa kecederaan atau parut terhadap nefron boleh menyebabkan kehilangan fungsi buah pinggang. Kencing manis dan tekanan darah tinggi kedua-duanya boleh merosakkan nefron.

Tekanan darah tinggi juga boleh merosakkan salur darah pada buah pingang, jantung dan otak. Buah pinggang mengandungi banyak salur darah yang bermaksud banyak darah akan melaluinya. Jadi kerosakan salur darah adalah amat merbahaya kepada buah pinggang.

Penyakit autoimun seperti lupus juga boleh merosakkan salur darah dan menghasilkan antibodi yang menyerang sel buah pinggang.

Terdapat beberapa lagi punca penyakit buah pinggang seperti sakit buah pinggang polycystic yang merupakan sejenis penyakit keturunan. Penyakit glomerulonefritis boleh disebabkan oleh lupus dan juga jangkitan bakteria streptokokal.

Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria spirochete, iaitu spesies leptospira interroga...
30/08/2022

Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria spirochete, iaitu spesies leptospira interrogans. Ia merupakan penyakit bawaan zoonotik kerana manusia biasanya mendapat jangkitan ini daripada haiwan terjangkit (infected animals) contohnya tikus. Bakteria ini akan berada di dalam buah pinggang haiwan terjangkit dan akan keluar bersama air kencing haiwan tersebut.

Leptospirosis juga digelar sebagai “The Great Mimicker” kerana boleh menyembabkan simptom yang pelbagai sama seperti penyakit lain mengakibatkan ia agak susah untuk di diagnos. Antara komplikasi penyakit ini adalah seperti menyebabkan kegagalan pada fungsi hati dan ginjal, jangkitan kuman pada otak (Meningitis), atau masalah pernafasan seterusnya kematian andai tidak dirawat.

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika ...
29/08/2022

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi II menunjukkan prevalens sebanyak 24% untuk penyakit ini.

- Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75

- Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (140 seperti contoh)
- Tekanan darah diastolik – bilangan yang lebih rendah (75 seperti contoh)

Salam jumaat
26/08/2022

Salam jumaat

MINUMN ISOTONIKMinuman isotonik biasa menjadi pilihan kita terutama selepas habis melakukan senaman atau sebarang aktivi...
25/08/2022

MINUMN ISOTONIK

Minuman isotonik biasa menjadi pilihan kita terutama selepas habis melakukan senaman atau sebarang aktiviti fizikal.

Air isotonik dipercayai mampu memberikan tenaga segera dan mengembalikan cecair tubuh yang hilang akibat dehidrasi.

Selain daripada kandungan air, minuman isotonik juga mengandungi beberapa kandungan lain seperti karbohidrat dan elektrolit yang berperanan untuk meningkatkan prestasi anda.

Karbohidrat yang terkandung dalam minuman ini adalah dalam bentuk gula seperti fukrosa, sukrosa dan glukosa. Ia juga boleh diperoleh dalam bentuk yang lain selain daripada yang dinyatakan tadi.

Pada kebiasaannya, kandungan karbohidrat yang terkandung dalam minuman isotonik ini adalah sebanyak 6% hingga 8%.

Namun, ada juga minuman jenis ini yang mengandungi karbohidrat yang rendah atau tanpa gula sebagai pilihan minuman sukan yang tidak memberikan kalori tambahan.

Elektrolit yang terkandung di dalam minuman jenis ini sangat penting untuk fungsi atau operasi tubuh yang normal.

Rahsia solat 5 waktuSOLAT SUBUHSabda Rasulullah s.a.w seterusnya,“Sembahyang Subuh p**a, seseorang mukmin yang mengerjak...
24/08/2022

Rahsia solat 5 waktu

SOLAT SUBUH

Sabda Rasulullah s.a.w seterusnya,
“Sembahyang Subuh p**a, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberikan kepada nya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu :

1. Dibebaskan daripada api neraka
2. Dibebaskan dari nifaq. (sifat orang munafiq)

SOLAT ZUHUR

Rasulullah s.a.w bersabda.
“Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat”

SOLAT ASAR

Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
“Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir”

SOLAT MAGHRIB

Selepas itu Rasulullah s.a.w membaca ayat yang bermaksud,
“Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat dimana taubat Nabi Adam a.s diterima”

SOLAT ISYAK
“Seorang mukmin yang iklas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudia meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan”

Sabda Rasulullah s.a.w

“Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam mlam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahayang Isyak berjemaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath

Sifat Vitamin CVitamin C sangat tidak stabil. Oleh itu ia mudah rosak apabila terdedah kepada pencemaran, stress, proses...
23/08/2022

Sifat Vitamin C

Vitamin C sangat tidak stabil. Oleh itu ia mudah rosak apabila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oxidasi (seperti terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya. Vitamin C tidak dihasilkan oleh sel-sel badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting.

Vitamin ini larut di dalam air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah.

Kesan kekurangan Vitamin C
Kekurangan berterusan vitamin C akan menyebabkan anda mengalami beberapa jenis penyakit atau gejala seperti berikut:

1. Pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana ada tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian-bahagian badan.
2. Gusi berdarah dan tidak kuat.
3. Tulang menjadi kurang stabil kerana perubahan-perubahan yang terjadi pada tulang rawan yang menyokong tulang-tulang biasa.
4. Tisu jantung rosak.
5. Kesan kepada struktur tulang menyebabkan kehilangan kalsium.
6. Penambahan kadar metabolisma berlaku.

Apakah Yang Berlaku Di Dalam Usus ?Ketidaktahanan terhadap makanan tertentu (food intolerance) dan amalan pemakanan yang...
22/08/2022

Apakah Yang Berlaku Di Dalam Usus ?

Ketidaktahanan terhadap makanan tertentu (food intolerance) dan amalan pemakanan yang tidak seimbang dalam kalangan individu merupakan antara faktor yang membawa kepada masalah penghadaman seperti:

1. sembelit
2. kembung
3. cirit-birit.

Usus yang sihat perlu bermula dengan diet yang seimbang untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Usus yang sihat dapat mencegah penyakit usus seperti kanser usus besar dan usus kecil, serta penyakit melibatkan sindrom gangguan iritasi pada usus (Irritable Bowel Syndrome) seperti Crohn’s Disease dan Ulcerative Colitis.

Bakteria usus terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat. Kandungan bakteria-bakteria ini perlulah seimbang untuk memastikan sistem penghadaman berjalan lancar dan menggalakkan penyerapan nutrien yang lebih berkesan.

ObesitiObesiti merupakan suatu penyakit yang kompleks di mana terdapatnya pengump**an lemak yang berlebihan pada tubuh d...
17/08/2022

Obesiti

Obesiti merupakan suatu penyakit yang kompleks di mana terdapatnya pengump**an lemak yang berlebihan pada tubuh dan menyebabkan seseorang itu mengalami berat badan yang berlebihan. Berdasarkan Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Tahun 2011 mendapati sebanyak 33.3% rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah berada dalam kategori pre-obes dan sebanyak 27.2% adalah obes.

Anda boleh kira BMI anda dan klasiikasi anda di peringkat yang mana dalam gambar norms tersebut.

BMI : Berat (kg) / Tinggi2 (m)2

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hemors Tablet UBAT buasir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram