Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu

  • Home
  • Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu INFO KESIHATAN UNTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Page Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu diwujudkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan isu-isu atau promosi penjagaan kesihatan semasa yang mana akan memberi pengetahuan secara umum kepada masyarakat. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

AUDIT PEMATUHAN BAGI PENSIJILAN MeSTI1 Feb 2026 - Sesi audit pematuhan bagi pensijilan MeSTI telah dijalankan di sebuah ...
01/02/2026

AUDIT PEMATUHAN BAGI PENSIJILAN MeSTI

1 Feb 2026 - Sesi audit pematuhan bagi pensijilan MeSTI telah dijalankan di sebuah kilang pembungkusan cili di Setiu.

Pegawai terlibat dalam menjayakan audit:
👩🏻‍💼Pn Anis 'Afina Binti Mohd Azmi
(Pegawai Teknologi Makanan PKD Hulu Terengganu)
👩🏻‍💼Ts. Munira Binti Zakaria (Pegawai Teknologi Makanan PKD Kuala Nerus)
👩🏻‍💼Pn Nor Iluni Hayati Binti Nor Azman (Pegawai Teknologi Makanan PKD Besut)

Tujuan audit ini dijalankan adalah untuk:

📝 Memastikan pematuhan kepada Akta Makanan 1983.
📝Menilai tahap kebersihan dan keselamatan makanan di kilang makanan.
📝Memastikan kilang makanan mewujudkan Program Jaminan Keselamatan Makanan, MeSTI.

Apa itu MeSTI?🤔

✅ MeSTI adalah singkatan kepada "Makanan Selamat Tanggungjawab Industri".

✅Satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) yang minima bagi mengawal operasi pemprosesan dalam kilang makanan.

✅ Tempoh sah laku sijil ialah 3 tahun.

✅Pembaharuan pensijilan perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan sebelum tamat tarikh sah laku sijil.

✅Bayaran adalah percuma.

Pengguna disarankan untuk menggunakan produk berlabel MeSTI. Pilihan di tangan anda.




PEMBEKAL BUAH NAGA DIDENDA RM15,000 Hulu Terengganu  27 Januari  2026.
30/01/2026

PEMBEKAL BUAH NAGA DIDENDA RM15,000

Hulu Terengganu 27 Januari 2026.






PEMBEKAL BUAH NAGA DIDENDA RM15,000

Hulu Terengganu 27 Januari 2026

Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM15,000 terhadap sebuah syarikat pembekal buah naga yang beralamat di Sungai Pelik, Sepang, Selangor, selepas didapati bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 13B(2)(e), Akta Makanan 1983.

Berdasarkan fakta kes, pada 29 Jun 2025, tertuduh telah membekal dan menjual buah naga yang mengandungi residu racun perosak Carbendazim pada kadar 0.04 mg/kg, iaitu melebihi Had Maksimum Residu (MRL) yang dibenarkan di bawah Peraturan 41(3)(c), Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Kesalahan tersebut dikesan hasil aktiviti persampelan oleh Pegawai Berkuasa di bawah Akta Makanan 1983 di sebuah pasar raya di Bandar Kuala Berang, Daerah Hulu Terengganu. Sampel buah naga berkenaan telah dibeli oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Daerah Hulu Terengganu dan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Pahang bagi tujuan analisis kandungan kimia.

Keputusan analisis mendapati sampel tersebut mengandungi residu racun perosak melebihi had yang dibenarkan, sekali gus melanggar Peraturan 41(3)(c), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dan seterusnya melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13B(2)(e) dibaca bersama Seksyen 13B(4), Akta Makanan 1983.

Wakil syarikat telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM15,000, dan sekiranya gagal membayar denda tersebut, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama satu (1) bulan. Tertuduh telah menjelaskan bayaran denda sepenuhnya.

Pendakwaan kes ini telah dikendalikan oleh PPKPK Alias bin Awang Kechik dan PPKPK Ahmad Aizudin bin Abd Razak, manakala PPKP Abdul Rahim bin Ali bertindak sebagai Pegawai Penyiasat.

Penguatkuasaan berterusan ini mencerminkan komitmen JKNT dalam memastikan keselamatan dan kualiti makanan sentiasa terpelihara demi melindungi kesihatan pengguna.



ADVOKASI KEBERSIHAN & KESELAMATAN MAKANAN KEPADA PENIAGA BAZAR RAMADAN AJIL TAHUN 202629 Januari 2026 – Satu sesi advoka...
29/01/2026

ADVOKASI KEBERSIHAN & KESELAMATAN MAKANAN KEPADA PENIAGA BAZAR RAMADAN AJIL TAHUN 2026

29 Januari 2026 – Satu sesi advokasi dan taklimat kebersihan serta keselamatan makanan kepada peniaga Bazar Ramadan Ajil telah berjaya dilaksanakan sebagai langkah proaktif dalam memastikan amalan pengendalian makanan yang selamat, bersih dan mematuhi piawaian kesihatan yang ditetapkan.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Nurmalisa Binti Mohamed Azahar, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu. Program ini merupakan anjuran Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan (KESUKAN), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu dengan penyertaan seramai 50 orang peniaga bazar.

Semoga program ini dapat meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan serta pematuhan para peniaga terhadap aspek kebersihan diri, keselamatan makanan dan peraturan kesihatan awam, seterusnya mencegah kejadian keracunan makanan serta menjamin kesejahteraan pengguna sepanjang operasi Bazar Ramadan.




HIV & AIDS: JANGAN TAKUT PADA FAKTA, TAPI TAKUT PADA MITOS! 🩺Ramai yang masih keliru atau takut bila dengar tentang HIV....
28/01/2026

HIV & AIDS: JANGAN TAKUT PADA FAKTA, TAPI TAKUT PADA MITOS! 🩺

Ramai yang masih keliru atau takut bila dengar tentang HIV. Jom kita fahamkan fakta sebenar supaya kita lebih peka dan tidak mudah menghukum.

🤔 Apa itu HIV?
HIV (Human Immunodeficiency Virus) ialah virus yang menyerang sistem pertahanan (imun) badan kita.

Bayangkan badan kita ada "askar" untuk lawan penyakit. Kalau HIV tak dirawat, "askar" ini akan hilang dan badan boleh kena komplikasi serius.

❓ Adakah HIV & AIDS itu sama?
TIDAK. AIDS p**a adalah kump**an gejala penyakit yang timbul bila sistem pertahanan badan sudah lumpuh akibat jangkitan HIV tadi.

🧬 Bagaimana HIV Boleh Merebak?

HIV BOLEH berjangkit melalui:
✅ Hubungan seksual tanpa perlindungan (kondom).
✅ Perkongsian jarum suntikan (terutamanya dalam kalangan penagih dadah).
✅ Daripada ibu ke anak semasa hamil, bersalin, atau menyusu (jika ibu tidak mendapat rawatan).

❌ Mitos vs Fakta (HIV TIDAK berjangkit melalui:)

Penting untuk kita tahu, anda TIDAK AKAN dijangkiti melalui:
🤝 Bersalaman atau bersentuhan.
🍽️ Berkongsi makanan atau alat peranti.
🚽 Menggunakan tandas atau kolam renang yang sama.
🦟 Gigitan nyamuk.

🔍 Ilmu yang betul adalah kunci!
Dengan maklumat tepat, kita bukan sahaja dapat mencegah jangkitan, malah kita dapat menghapuskan stigma negatif terhadap pesakit.

Stay tuned! Kami akan kongsi lebih banyak info tentang HIV.
Sebarkan fakta, hentikan stigma! ❤️







PDK BUKIT BADING : KEMPEN KESEDARAN AMALAN PEMAKANAN SIHAT DI PDK SIRI 1/2026 21 Januari 2025 | RabuAntara aktiviti yang...
26/01/2026

PDK BUKIT BADING : KEMPEN KESEDARAN AMALAN PEMAKANAN SIHAT DI PDK SIRI 1/2026

21 Januari 2025 | Rabu

Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
♦️Sesi Perkongsian Asas Pemakanan Sihat oleh Nurul Aida bt Embong (Pegawai Sains Pemakanan)
♦️ Pertandingan Bento Sihat (melibatkan penjaga & pelatih)
♦️Kempen Makan Sayur & Buah melalui penghasilan Sate Buah
♦️ Pengukuran Antropometri dan Penilaian Status Pemakanan oleh JK Siti Maslina bt Mokhtar dan JM Norazira bt Mohammed
♦️ Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ahmad Jauzy bin Abd Rahman (Pengerusi PPDK Bukit Bading)

👬 Kehadiran : 40 pelatih PDK, 8 penjaga & AJK PDK

📌TIPS KESIHATAN📌

Kekalkan atau dapatkan berat badan ideal dengan:
💠 Makan secara sihat iaitu secara seimbang, sederhana, pelbagai dan mengikut waktu makan yang disarankan
💠 Aktif secara fizikal, jalan kaki 10, 000 langkah setiap hari, bersenam 30 minit sekurang-kurangnya 5 hari seminggu
💠 Sentiasa berfikiran positif dan bijak menangani stress
💠 Dapatkan bantuan atau nasihat daripada profesional kesihatan atau jurulatih bertauliah untuk menurunkan berat badan dengan selamat
💠 Jom Sihat 2026






SK PADANG SETEBU BUKA TIRAI HITS DAERAH HULU TERENGGANU TAHUN 2026Tahniah! SK Padang Setebu (SKPS) membuka tirai Program...
26/01/2026

SK PADANG SETEBU BUKA TIRAI HITS DAERAH HULU TERENGGANU TAHUN 2026

Tahniah! SK Padang Setebu (SKPS) membuka tirai Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) dengan pelaksanaan bermula 25 Januari 2026. SKPS merupakan sekolah ke-9 di Daerah Hulu Terengganu yang melaksanakan HiTS dengan penyertaan seramai 40 orang murid.
Tahniah kepada warga SK Padang Setebu yang diterajui oleh Pn Najiah binti Md Yunus (Guru Besar) dan Pn Latifah binti Abd Ghani (Pengusaha Kantin), Unit HEM, para guru dan para ibu bapa yang terlibat dengan kemenjadian HiTS di SK Padang Setebu.

MOK AYOH : WAKPE ANOK KENE JOIN HITS?
🔹Memupuk anak mengamalkan pemakanan sihat.
🔹 HiTS menyediakan hidangan pakej makanan berkhasiat yang berdasarkan konsep Pinggan Sihat Malaysia.
🔹 Memenuhi keperluan kalori dan nutrien murid pada waktu rehat.
🔹 Anak-anak tidak perlu beratur untuk membeli makanan di kantin kerana makanan telah dihidangkan di meja.





𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐔𝐒𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔“Kusta Boleh Diubati, Cabaran Utama Adalah Stigma”Penyakit kusta (Hansen’s Disease) ialah jangkit...
26/01/2026

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐔𝐒𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

“Kusta Boleh Diubati, Cabaran Utama Adalah Stigma”

Penyakit kusta (Hansen’s Disease) ialah jangkitan kuman Mycobacterium leprae yang menyerang kulit dan saraf.
Ia BUKAN penyakit keturunan atau sumpahan — dan yang paling penting, kusta boleh diubati sepenuhnya.

Cabaran utama hari ini bukanlah penyakit itu sendiri, tetapi stigma masyarakat.
Stigma menyebabkan pesakit lewat mendapatkan rawatan, seterusnya meningkatkan risiko kecacatan kekal pada saraf, jari dan mata.

📌 Hentikan stigma. Selamatkan nyawa dan masa depan mereka.

Sekiranya anda atau kenalan mempunyai:
▪️ Tompok putih atau merah pada kulit (tidak gatal)
▪️ Kurang atau hilang deria rasa pada kawasan kulit

👉 Dapatkan pemeriksaan segera di klinik kesihatan berhampiran.

✅ Rawatan awal mencegah kecacatan
✅ Rawatan kusta adalah percuma di fasiliti kesihatan kerajaan
✅ Pesakit yang dirawat tidak lagi menjangkiti orang lain

💙 Kesedaran hari ini adalah perlindungan untuk komuniti kita pada masa hadapan.

Selamat Hari Kusta Sedunia 2026

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu







Lawatan Penyeliaan Program Rawatan HIV ke Klinik Kesihatan Ajil, Hulu TerengganuPada 25 Januari 2026, Bahagian Penyakit ...
26/01/2026

Lawatan Penyeliaan Program Rawatan HIV ke Klinik Kesihatan Ajil, Hulu Terengganu

Pada 25 Januari 2026, Bahagian Penyakit Berjangkit, Hospital Sultanah Nur Zahirah telah melaksanakan lawatan penyeliaan ke Klinik Kesihatan Ajil, Daerah Hulu Terengganu.

Lawatan diketuai oleh Dr. Nurul Asyikin Binti Adnan, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, bersama:
•Dr. NurSyuhada Binti Azmi (Pegawai Perubatan)
•Encik Lukman Nul Hakim Bin Md Khairi (Pegawai Farmasi)
•Nurshazwana Amira Binti Mohd Radzuan (Penolong Pegawai Perubatan)

Tujuan lawatan adalah untuk memantau pelaksanaan program rawatan HIV di daerah Hulu Terengganu, khususnya di Klinik Kesihatan Ajil, selaras dengan garis panduan (guideline) yang ditetapkan. Lawatan ini juga menilai aspek pelaksanaan rawatan serta mengenal pasti cabaran atau masalah yang dihadapi di peringkat klinik.

PKDHT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja Klinik Kesihatan Ajil atas kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan sepanjang lawatan penyeliaan ini.




PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA DI FASILITI KESIHATAN BIL. 1/202622 Januari 2026 – Program Gotong-Royong Perdana telah dil...
22/01/2026

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA DI FASILITI KESIHATAN BIL. 1/2026

22 Januari 2026 – Program Gotong-Royong Perdana telah dilaksanakan serentak di seluruh fasiliti kesihatan di daerah Hulu Terengganu hari ini. Aktiviti yang dijalankan merangkumi kerja-kerja pembersihan di kawasan dalaman dan luaran fasiliti dengan penglibatan menyeluruh warga kerja kesihatan. Inisiatif ini dilaksanakan secara konsisten bagi memastikan persekitaran fasiliti kesihatan sentiasa terpelihara, bersih serta bebas dari pembiakan nyamuk Aedes.

Budaya gotong-royong wajar diperkasakan di semua peringkat termasuk di kediaman, komuniti setempat dan juga persekitaran tempat kerja. Persekitaran yang bersih bukan sahaja membantu mengurangkan risiko penularan penyakit bawaan Aedes, malah turut mewujudkan suasana kerja yang lebih selesa, menyokong kesihatan fizikal serta kesejahteraan mental anggota kesihatan dan para pelanggan fasiliti.

Ucapan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada seluruh anggota kesihatan yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini. Diharapkan semangat kebersamaan dan kerjasama ini dapat diteruskan demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, bersih dan kondusif.

TERUSKAN USAHA CARI DAN HAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES







LAWATAN KERJA RASMI PENGARAH KESIHATAN NEGERI TERENGGANU KE PKD HULU TERENGGANU21 Januari 2026 - Pejabat Kesihatan Daera...
21/01/2026

LAWATAN KERJA RASMI PENGARAH KESIHATAN NEGERI TERENGGANU KE PKD HULU TERENGGANU

21 Januari 2026 - Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu (PKDHT) telah menerima Lawatan Kerja Rasmi Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Dr. Wan Abdul Rahim bin Wan Muhammad. Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi pertama beliau ke PKDHT sejak dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu pada 5 Januari 2026. Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBrs. Dr. Mohd Anuar bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pakar-Pakar Perubatan Keluarga, ketua-ketua klinik serta pegawai-pegawai PKDHT.

Lawatan kerja dimulakan dengan sesi lawatan ke unit-unit di Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu bagi meninjau operasi dan perkhidmatan yang dijalankan. Seterusnya, sesi taklimat pengenalan organisasi telah disampaikan oleh Dr. Norliana binti Ismail, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, yang merangkumi struktur organisasi, skop perkhidmatan serta pencapaian PKDHT.

Semoga lawatan kerja ini memberi impak positif dalam mengukuhkan kerjasama dan kefahaman bersama antara pengurusan negeri dan daerah, di samping membantu memperjelaskan hala tuju perkhidmatan kesihatan serta menyemarakkan semangat kerja dalam kalangan warga kesihatan di Daerah Hulu Terengganu.

KEMPEN MAKAN SIHAT ITU SAYA SIRI 2 - SEKOLAH DAERAH HULU TERENGGANU14 Januari 2026- Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Dae...
19/01/2026

KEMPEN MAKAN SIHAT ITU SAYA SIRI 2 - SEKOLAH DAERAH HULU TERENGGANU

14 Januari 2026- Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu meneruskan lagi Kempen Makan Sihat Itu Saya di SK Kuala Dura dan SK Kuala Ping sempena Minggu Orientasi Sekolah Sesi Persekolahan Tahun 2026.

Pengisian Aktiviti:
🔆 Ceramah Pemakanan Sihat untuk Murid Sekolah oleh Pegawai Sains Pemakanan
🔆 Aktiviti Interaktif Pinggan Sihat Malaysia
🔆 Kempen Makan Buah dan Sayur

5 TIPS UNTUK GALAKKAN ANAK MAKAN BUAH DAN SAYUR
1. Potong sayur dan buah dalam bentuk yang kecil
2. Masukkan sayur dalam makanan (cucur tepung + taugeh @ daging + sayur hijau)
3. Nikmati sayur & buah dalam bentuk jus
4. Jadikan masa makan sayur & buah adalah waktu yang menggembirakan
5. Elakkan menonton TV & gajet semasa makan






AUDIT TEKNIKAL PENGUATKUASAAN & PERUNDANGAN KESIHATAN AWAM  PKD HULU TERENGGANU 15.01.2026Pasukan audit dari Unit Inspek...
19/01/2026

AUDIT TEKNIKAL PENGUATKUASAAN & PERUNDANGAN KESIHATAN AWAM

PKD HULU TERENGGANU 15.01.2026

Pasukan audit dari Unit Inspektorat dan Perundangan JKNT yang diketuai oleh En. Rosli bin Abd Wahab Penolong Pegarah Kanan (Sub Pendakwaan) selaku Ketua Juruaudit bersama En Ahmad Zuhairi Bin Awang , En. Mohd Fairul Azhar Bin Abdullah ,En.Wan Muhammad Khairul Anam Bin W Aris dan juga 4 orang pegawai dari PKD Kuala Terengganu dan PKD Marang dijemput sebagai auditor pemantauan telah selesai melaksanakan audit teknikal di Unit Inspektorat dan Perundangan PKD Hulu Terengganu.

Audit bertujuan memastikan segala keperluan standard yang ditetapkan berkaitan pengurusan penguatkuasaan dan perundangan dapat dipatuhi Selain itu,pemeriksaan susulan tindakan pembetulan diambil daripada siri audit pertama yang telah dijalankan sebelum ini. Ianya juga sebagai persediaan audit yang akan dijalankan oleh SIP KKM ke JKN Terengganu yang juga melibatkan kedua-dua daerah iaitu Hulu Terengganu dan Setiu.

UIP PKDHT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan audit dari Unit Inspektorat dan perundangan JKNT atas bimbingan dan maklum balas yang konstruktif.




Address

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu

21700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram