
24/07/2023
Pada 2 Julai 2023, bersara lah Puan Nor Hartini binti Mohd Nor sebagai Pegawai Farmasi Kesihatan Daerah Setiu secara rasmi. Majlis perpisahan dan persaraan telah diadakan sebagai tanda memperingati segala jasa yang beliau taburkan. Pada 22 Jun 2023, Klinik Kesihatan Permaisuri membuat sambutan seiring dengan majlis perpisahan pegawai-pegawai yang bakal meninggalkan Klinik Kesihatan Permaisuri.
Kami warga Farmasi dan Klinik Kesihatan Permaisuri amatlah terkesan dengan persaraan seorang insan yang telah menjaga kemaslahatan anak-anak buahnya dengan baik. Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang dan selamat maju jaya🥰