Solusi Sakit Saraf Dan Otot

  • Home
  • Solusi Sakit Saraf Dan Otot

Solusi Sakit Saraf Dan Otot NeoMag Krim yang dirumus khas bersama magnesium sea salt yang terbukti mampu menghilangkan kebas, sakit saraf dan berkesan melancarkan peredaran darah.

*TIP KESIHATAN HARI INI*Tidur nyenyak 'seperti bayi'Tidur yang berkualiti mampu mempertingkatkan kesihatan anda.Tidur ya...
18/11/2023

*TIP KESIHATAN HARI INI*
Tidur nyenyak 'seperti bayi'

Tidur yang berkualiti mampu mempertingkatkan kesihatan anda.

Tidur yang mencukupi juga memberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari.

Jika anda s**ar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak selesa, amalkan tip berikut:

➡️ Tetapkan dan kekalkan jadual waktu tidur
➡️ Perhatikan makan dan minum anda seperti waktu makan sebelum tidur dan pengambilan kafein
➡️ Cipta ritual waktu tidur
➡️ Hadkan tidur waktu petang
➡️ Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin seharian anda
Dan jangan lupa konsisten amalkan SF Tea ni sekali pagi sekali malam in syaa allah, dengan asbabnya dapat membantu selesaikan masalah kerap bangun malam untuk kencing.

Tidur lena dan berkualiti bermaksud kesihatan makin cergas in syaa allah.

Jom sihat bersama😊

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit aga...
21/08/2023

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita..

Kredit Nur Amall Syalabyla ll

01/08/2023
Ada sorang haji ni. Ustaz tak ingat nama. Dia baru pindah ke kawasan perumahan baru.Haji ni ada satu kelebihan. Dia s**a...
28/06/2023

Ada sorang haji ni. Ustaz tak ingat nama. Dia baru pindah ke kawasan perumahan baru.

Haji ni ada satu kelebihan. Dia s**a bagi salam terutamanya orang surau kat kawasan tu.
Bila jumpa orang, dia cepat-cepat bagi salam.

“Assalamualaikum.”

Pernah satu hari tu dia ke kedai. Dalam perjalanan jumpa Ustaz Rafiuddin. Macam biasa, dia pun bagi salam sambil angkat tangan.

“Assalamualaikum, Ustaz.”

Ustaz Rafiuddin pun jawab,

“Waalaikumsalam. Haji nak pergi mana?”

“Nak ke kedai. Beli roti.”

Selepas bertegur sapa sepatah dua, dia terus berjalan ke kedai.
Nak dijadikan cerita, dia terlupa bawa duit. Terpaksa patah balik ke rumah ambil duit.

Dalam perjalanan ke rumah, dia jumpa Ustaz Rafiuddin lagi. Dia angkat tangan tinggi-tinggi dan bagi salam.

“Assalamualaikum Ustaz.”

“Waalaikumsalam. Dah beli roti ke haji?” Tanya Ustaz Rafiuddin.

“Belum. Saya terlupa bawa duit. Nak balik rumah ambil duit.”

Tak buang masa dia cepat-cepat kembali ke rumah.
Ketika dan perjalanan ke kedai buat kali kedua, dia jumpa Ustaz Rafiuddin lagi. Sama macam tadi, dia tetap bagi salam.

Sama juga dengan perjalanan balik dari kedai, dia bagi salam lagi.

“Assalamualaikum.”

“Assalamualaikum.”

Pagi tu saja, 4 kali dia bagi salam pada Ustaz Rafiuddin.
Bunyi macam kelakar tapi s**a bagi salam adalah Sunnah nabi. Kita mendoakan kesejahteraan orang lain.

Oleh kerana hobi haji tu s**a bagi salam, orang gelarkan dia “Haji Assalamualaikum.”

MashaAllah.
Walaupun Haji tu s**a bagi salam, dia ada satu kelemahan. Sejak pindah ke situ, dia tak pernah pergi ke surau. Asyik lalu lalang di depan surau dan bagi salam pada orang surau saja.

Sikap haji tu jadi buah mulut penduduk kawasan tu.

“Asyik bagi salam saja, surau tak pernah singgah pun.”
Tak lama sekitar setahun lebih lepas tu, ada seorang lelaki meninggal.

Bila sebut nama orang tak kenal nama. Tapi bila anak dia cerita ayahnya s**a beri salam, barulah orang tahu 'Haji Assalamualaikum' telah meninggal dunia.

Jenazah dibawa ke surau untuk dimandi serta disolatkan.

Bila semua urusan selesai, Haji Rafiuddin pun borak-borak dengan anak arwah. Masa borak-borak tu dia pun tanya dengan nada yang lembut,

“Kenapa ayah kamu tak pernah datang surau sejak pindah ke sini. Dia baik orangnya. S**a bagi salam.”

Dengan nada sebak, si anak jawab.

“Ustaz, sebelum pindah sini ayah saya memang orang surau juga. Dia selalu solat jemaah kat surau. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan solat berjemaah di surau.”

“Cuma, ayah saya menghidap kanser usus. Beberapa tahun kebelakangan ni dia terpaksa menggunakan beg stoma setiap masa.

Ayah tak ke surau sebab bimbang beg tu bocor dan najis terkeluar kena karpet surau. Takut susahkan orang lain nak kena cuci karpet surau. Itulah punca dia tak ke surau.”
Tambah si anak lagi,

“Ayah rindu sangat nak ke surau. Sebab tu dia s**a lalu lalang depan surau dan bagi salam.

Bila dengar azan dan masuk waktu solat, dia rindu sangat nak ke surau. Ayah selalu keluar jalan-jalan supaya dapat jumpa dan bagi salam pada orang surau.”

Allahuakbar.

Semua orang surau yang dengar cerita tu rasa sedih. Rasa bersalah p**a sebab tak pernah tanya dia, “Kenapa haji tak pergi surau?” masa dia hidup. Tak pernah ziarah dia di rumah. Sampai ke tahap bersangka buruk pada arwah.

Apatah lagi orang yang pernah bersangka buruk pada haji ni. Makin bertambah rasa bersalah dan menyesal atas apa yang berlaku.
Masa dengar cerita ustaz rasa sebak. Mungkin sebab ustaz pernah merasai apa yang arwah Haji ni rasai. Rindu nak ke masjid dan surau bila diuji dengan masalah kesihatan. Rindu nak solat berjemaah dengan kawan-kawan.

Tapi apakan daya. Setiap takdir Allah, pasti besar hikmahnya.
Ada satu pelajaran besar yang Ustaz dapat dari kisah ini.

“Bila nampak keburukan orang, jangan cepat-cepat bersangka buruk dan berkata tidak baik.”

Dengan orang kita kenal pun kena sangka baik, apatah lagi dengan orang yang langsung kita tak kenal.

Kena hati-hati.

Dari prasangka buruk, akan keluar kata-kata buruk dan tidak baik. Silap-silap boleh jadi fitnah sesame Islam p**a. Nauzubillah.
Akhir sekali, Ustaz nak kongsi satu kata Imam Shafie.

“Aku takut untuk berkata buruk akan keburukan orang lain, bimbang keburukan itu akan menimpa diriku sendiri.”

Betul tuan puan.

Kita semua tak lepas dari ujian. Keburukan yang kita lihat pada orang lain itu adalah satu ujian. Sekarang, dia yang diuji. Entah di masa depan, kita p**a yang diuji sedemikian. Nauzubillah.

Tuan puan, tak kira apa jua bentuk ujian yang datang, semoga kita kekal di jalan ahsanu amala. Jalan orang yang beramal dengan sebaik-baik amalan.

Moga kita kita selamat dari segala bentuk fitnah dunia. Amin.
Kredit to post asal: UstazHanafiMalek

DOA PENYEMBUH SÀKIT LUTUT DAN SENDICaranya : -Baca potongan ayat tersebut sambil tangan digosok dtempat yg sakit atau le...
09/11/2022

DOA PENYEMBUH SÀKIT LUTUT DAN SENDI
Caranya : -
Baca potongan ayat tersebut sambil tangan digosok dtempat yg sakit atau lenguh.
Potongan Ayat:- [ QS.ASY SYUARA 26:130 ]
Wa iza batastum batastum jabbarin
Selepas diulang bacaan 3x
Tepuk dtempat yg bermasalah 3x
Insya allah ,dengan izin dan Redha Allah S.W.T Dapat kembali sembuh..
Kita ikhtiar cara Islam..
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah

30/07/2022
30/07/2022

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Solusi Sakit Saraf Dan Otot posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share