02/01/2022
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟭, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟮!
Tahun 2022 sudah menjelma. Saya mendoakan agar kehadiran tahun baru ini meniupkan semangat dan azam baru kepada seluruh rakyat Malaysia.
Jadikan segala pahit manis yang berlaku pada tahun 2021 sebagai kenangan dan juga ruang pembelajaran buat diri kita.
Pengalaman dan ujian yang dilalui bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana ia dapat mematangkan kita semua dan boleh dijadikan iktibar bagi menghadapi cabaran yang akan datang.
Melangkah ke tahun baru merupakan detik yang paling sesuai untuk memperbaharui semangat dan azam. Sekiranya kita memasang tekad untuk berusaha lebih gigih, maka kejayaan dan impian kita pasti lebih mudah untuk direalisasikan.
Selamat Tahun Baru! Ikhlas daripada saya
Abdul Mu'iz Fikri Bin Ab Wahab
Perunding AIA Takaful 🏅🏅🏅