MyGynae

MyGynae Borak Bincang Bimbing (3B) bersama kami, kumpulan O&G KKM dari seluruh Malaysia.

Jika anda diberitahu doktor bahawa anda ada ovarian cyst, sila dapatkan butiran seperti:1. Lokasi cyst - kiri atau kanan...
25/07/2025

Jika anda diberitahu doktor bahawa anda ada ovarian cyst, sila dapatkan butiran seperti:

1. Lokasi cyst - kiri atau kanan, atau adakah di kedua-dua belah

2. Saiz cyst

3. Jenis cyst - adalah nampak seperti cyst biasa (benign) atau merbahaya (malignant)

3. Keperluan mengambil darah 'tumour markers'

4. Keperluan pembedahan

5. Komplikasi yang boleh berlaku (boleh rujuk gambar di bawah sebagai rujukan)





Pernah dengar kan mengenai 'ovarian cyst' atau sista ovari? Jom ikuti MyGynae untuk penjelasan lanjut.
25/07/2025

Pernah dengar kan mengenai 'ovarian cyst' atau sista ovari?

Jom ikuti MyGynae untuk penjelasan lanjut.






23/07/2025

� New to streaming or looking to level up? Check out StreamYard and get $10 discount! �

Ramai juga wanita yang datang ke klinik sakit puan untuk masalah rahim jatuh atau 'uterovaginal prolapse'.Doktor akan cu...
18/07/2025

Ramai juga wanita yang datang ke klinik sakit puan untuk masalah rahim jatuh atau 'uterovaginal prolapse'.

Doktor akan cuba mengenal pasti faktor risiko wanita tersebut.

Adalah kerana pernah melahirkan ramai anak?

Anak masa lahir sihat sungguh, sehingga mencecah 4kg?

S**a duduk membuang lama-lama di bilik air?

Dah menopos, hobi berkebun dan selalu angkat pasu-pasu berat.

Batuk berpanjangan... Baik ke klinik untuk kenal pasti punca.

Begitulah beberapa faktor risiko, selain hakikat otot dan ligamen pelvis semakin lemah.






LATE ONSET GBS SEPSISKebanyakan ibu pembawa GBS ini akan merasa sangat gembira dan bersyukur bila boleh membawa bayi bar...
17/07/2025

LATE ONSET GBS SEPSIS

Kebanyakan ibu pembawa GBS ini akan merasa sangat gembira dan bersyukur bila boleh membawa bayi baru lahir balik ke rumah.

BUT IT ISN'T OVER YET...

Ibu hamil masih perlu menjaga kebersihan dan cakna keadaan bayi. Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum menyentuh bayi.

Ingat, antibiotik yang diberikan semasa bersalin hanya mencegah 'early onset GBS' iaitu dalam seminggu pertama kelahiran sahaja.

Jangan juga tertipu bahawa bayi yang dilahirkan melalui tingkap atau pembedahan 'Caesarean' tidak akan dapat jangkitan GBS.

Beberapa tahun yang lepas, pernah dibincangkan satu kes bayi berusia tiga minggu. Lahir secara pembedahan Caesarean kerana kedudukan uri bawah. Dibawa ke hospital dalam keadaan sangat tidak stabil.

Diagnosa - GBS Sepsis

Punca GBS adalah jangkitan samada dari kawasan pundi kencing, f***j atau dubur ibu.

Bakteria GBS boleh membiak kembali seusai kelahiran dan menjangkiti bayi melalui sentuhan ibu, terutamanya jika memandang remeh aspek kebersihan.

WASH YOUR HANDS
YOUR BABY'S LIFE DEPENDS ON IT







INILAH TUJUAN DIBERI ANTIBIOTIK.Untuk mencegah GBS Sepsis.GBS sepsis boleh membawa maut.
17/07/2025

INILAH TUJUAN DIBERI ANTIBIOTIK.

Untuk mencegah GBS Sepsis.

GBS sepsis boleh membawa maut.







BAYI YANG BERISIKO KENA JANGKITAN GBSSenario 1Ibu hamil ini pembawa GBS. Dah mula sakit-sakit tetapi teringin nak makan ...
16/07/2025

BAYI YANG BERISIKO KENA JANGKITAN GBS

Senario 1

Ibu hamil ini pembawa GBS. Dah mula sakit-sakit tetapi teringin nak makan laksa istimewa cendawan enoki dekat dengan rumahnya. Lepas tu mengidam cendol p**a.
Terpaksa suami carikan.

Yalah. Nanti dalam pantang, dah tak boleh makan macam-macam dah.

Bila tiba hospital, dah 8cm. Ibu pun happy, tak perlu sakit lama-lama di Bilik Bersalin.

Tapi Doktor Bersalin tak happy.
Doktor Baby lagi tak happy.

Sebab tak sampai sepuluh minit beri antibiotik, bayi dah lahir.

Kemungkinan bayi ini dapat jangkitan GBS adalah 1 dalam 200.

Senario 2

Ibu ini juga pembawa GBS. Selepas makan tengahari dah mula rasa memulas perutnya. Tanda darah pun dah ada.

Cepat-cepat telefon suami di tempat kerja suruh balik rumah. Banyak jugalah traffic light dilanggarnya.

Mentang-mentang sebab naik motor Yamaha VMAX 2025 yang terbaru, dan juga sebab teringat pesan doktor bawa isteri cepat-cepat kalau dah ada tanda nak bersalin.

Bila tiba hospital, bukaan jalan 3cm. Sempatlah dapat dua kali ubat antibiotik melalui jarum.

Jika ibu menerima antibiotik sekurang-kurangnya 4 jam sebelum bersalin, risiko bayi mendapat jangkitan GBS boleh berkurang kepada 1 dalam 4000 bayi.

Yang mana satu pilihan anda?






TIDAK SEMUA IBU PERLU ULANG BUAT UJIAN GBS SEMASA KEHAMILAN SETERUSNYAAda sesetengah ibu yang menceritakan bahawa bayiny...
15/07/2025

TIDAK SEMUA IBU PERLU ULANG BUAT UJIAN GBS SEMASA KEHAMILAN SETERUSNYA

Ada sesetengah ibu yang menceritakan bahawa bayinya dulu dimasukkan ke wad dan agak kritikal kerana diagnosa GBS sepsis.

Ibu ini TIDAK perlu ulang ujian GBS. Masa bersalin, wajib dapat antibiotik.

Ada ibu yang dahulunya pembawa GBS. Ramai juga doktor yang tidak akan mengulangi ujian GBS dan terus menganggap ibu ini pun pembawa GBS semasa kandungan ini.

Ini kerana, GBS ini macam iklan biskut juga.

Sekejap ada. Sekejap takde.

Bila sistem imunisasi ibu hamil kuat, ia akan berjaya melenyapkan GBS buat seketika. Tetapi kemudiannya boleh datang semula.

Admin lebih kepada tidak mengulangi ujian GBS dan memberi antibiotik SEMASA kelahiran.

Sebab GBS macam biskut.
Sekejap ada, sekejap takde.

Cuma biskut kita berkehendak.
GBS ni buat hati bergelodak.






PEMBAWA GBS: ANTIBIOTIK SEMASA BERSALIN SAHAJA KE?Ada dua senario pembawa GBS di mana ibu hamil akan diberi antibiotik S...
15/07/2025

PEMBAWA GBS: ANTIBIOTIK SEMASA BERSALIN SAHAJA KE?

Ada dua senario pembawa GBS di mana ibu hamil akan diberi antibiotik SEMASA hamil.

1. Jika ujian air kencing positif GBS
2. Jika ada keputihan dari f***j yang disahkan GBS DAN pesakit ada simptom gatal dsb

Jika tiada simptom, ibu hamil tidak perlu antibiotik SEMASA hamil dan hanya SEMASA bersalin.

Antibiotik apa yang akan diberikan?

1. Ubat antibiotik pil semasa hamil
2. Ubat antibiotik melalui jarum semasa hendak bersalin

Kongsi-kongsilah ilmu dengan mummies lain ya...






BORAK SANTAI MYGYNAE JATUHKAN STIGMA, BUKAN RAHIM!Ada yang pernah dengar mengenai *prolaps rahim* atau *rahim jatuh*? Ma...
14/07/2025

BORAK SANTAI MYGYNAE

JATUHKAN STIGMA, BUKAN RAHIM!

Ada yang pernah dengar mengenai *prolaps rahim* atau *rahim jatuh*?

Masalah ini lebih kerap berlaku daripada yang kita sangka, terutama jika sudah banyak kali bersalin, menopos ataupun usia meningkat.

Ramai wanita juga hanya berdiam diri dan segan untuk mendapatkan rawatan. Inilah peluang untuk mendapatkan informasi - dari tanda-tanda, faktor risiko, sehingga cara rawatan moden yang tersedia dari Pakar O&G, kali ini dari Hospital Sibu, Sarawak Bumi Kenyalang.

Jom borak santai pada tarikh berikut:

🗓️ Tarikh: 23/7/2025
🕒 Masa: 1.30-2.00p
📍 Lokasi: Live FB dan Youtube MyGynae






GBS HANYA MERBAHAYA PADA BAYI Mana-mana wanita boleh menjadi pembawa GBS. Namun, wanita tersebut tidak terdedah kepada a...
14/07/2025

GBS HANYA MERBAHAYA PADA BAYI

Mana-mana wanita boleh menjadi pembawa GBS. Namun, wanita tersebut tidak terdedah kepada apa-apa risiko atau komplikasi dari GBS.

Ibu hamil pun sama. Tiada risiko atau komplikasi kepada ibu hamil.

Namun, bayi yang melalui proses bersalin boleh terdedah kepada bakteria GBS ini di kawasan f***j.

Di sinilah sangat, sangat penting ibu yang ada GBS datang awal ke hospital untuk mendapatkan antibiotik apabila sudah ada simptom hendak bersalin.

Jangan dilengah-lengahkan. Apabila air ketuban sudah pecah, bermakna bayi boleh mendapat jangkitan terus GBS kerana tiada penghadang dari kantung bayi yang sudah pecah.

Datang bila anda 2-3cm dan bukan apabila air ketuban sudah pecah dan bukaan f***j sudah 6cm.

Antibiotik mungkin sudah tidak memberi kesan.






Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyGynae posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to MyGynae:

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Practice
  • Claim ownership or report listing
  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share