
13/06/2024
Jom ketahui bagaimana susu badan terhasil?
Hormon PROLAKTIN bertanggungjawab untuk merangsang penghasilan susu.
Tindakan hormon prolaktin berlaku semasa bayi menyusu di payudara ibunya di mana reflek saraf akan dihantar ke otak
Tindakbalas ini akan menyebabkan kelenjar pituitari di otak merembeskan hormon prolaktin dan paras hormon prolaktin akan meningkat di dalam darah. Maka, ia akan meransang penghasilan susu ibu untuk penyusuan berikut nya
Paras hormon prolaktin tertinggi adalah pada waktu malam. Maka, ibu-ibu digalakkan untuk menyusu pada waktu malam.
Semakin kerap penyusuan diberikan, semakin banyak ransangan penghasilan susu ibu untuk penyusuan seterusnya.
SUMBER: Dr. Tengku Alina, HUSM